ALHAMDULILLAH
Macam aku tulis kat atas , aku sendiri dah beku idea apa aku nak bagi tajuk kat n3 ni macam keadaan di sini yang semakin sejuk dan beku. Sebenarnya kekadang susah nak dapat ilham untuk menulis dan bercerita . Tapi kekadang ilham tu datang laju je
Cerita aku pagi ni masih berkisar kat The Venetien .
Tengah dok melilau cari spot untuk koleksi foto aku, mata mak itam dah "terspot" kat satu butik yang menjual pelbagai handbag untuk koleksi terbaru winter. Apa lagi, kami pun dok terjahlah dan dalam butik Corsa tu dengan pelbagai jenama terkenal handbag semua ada .
koleksi MK
koleksi Marc Jacobs
koleksi TUMI
koleksi Marc Jacobs
Belek punya belek , hati dah berkenan dengan koleksi terbaru Michael Kors (MK) terkini untuk winter collection. Harga boleh tahan jugak dalam USD 480 plus tax. Tak beli rasa ralat pula pasal cantik dan kalau koleksi beg tu sampai kat Malaysia pun mau hujung tahun 2013 dan entah 4-5K agaknya harganya.Tapi yang penting hati dah berkenan.
Lagi pun dia asyik belikan yang adik2nya kirim je dan untuk diri sendiri dia belum sambar lagi . Aku kata beli je . Kalau rasa dia tak nak pakai, nanti aku pakai buat isi mangkuk tepen dan botol air masa aku pegi noreh nanti hehehehehe
Akhirnya beli sekali berserta dengan dompet kecilnya sekali dalam USD 99 jugak kerana discount yang diberikan untuk dompet kecil tu . Hand beg besar no discount kerana koleksi terbaru yang baru sampai semalam . Memang berbaloi kerana dompet kecil tu aku pernah tengok kat butik MK di JPO depa jual dalam RM799 berbanding tadi harganya baru dalam RM300 setelah "convert dari USD ke RM". Kat US kalau dah "off season" sesuatu koleksi, discount yang tinggi akan diberikan.
Hand bag sendiri dah dapat ,maka hati pun senanglah seumpama dalam hati ada taman hehehe
Terkenang dulu2 masa kami hidup kira cukup2 makan je, jangan kata handbag, nak ganti baju noreh setahun sekali pun kena buat kira-kira dulu selepas segala keperluan wajib terlaksana. Kalau ada lebih masa tu lepas kumpul-kumpul, adalah. Kalau takda takdalah dan kami tak merungut pun dan redha walaupun kami tak senang masa tu dan hanya cukup makan dan pakai je kerana kami masih ada tempat berteduh walaupun buruk dan tak kebuluran.
Terkenang dulu2 masa kami hidup kira cukup2 makan je, jangan kata handbag, nak ganti baju noreh setahun sekali pun kena buat kira-kira dulu selepas segala keperluan wajib terlaksana. Kalau ada lebih masa tu lepas kumpul-kumpul, adalah. Kalau takda takdalah dan kami tak merungut pun dan redha walaupun kami tak senang masa tu dan hanya cukup makan dan pakai je kerana kami masih ada tempat berteduh walaupun buruk dan tak kebuluran.
Moral dari cerita aku ni sebenarnya ialah tak salah untuk kita meraikan diri sendiri dengan membeli apa yang kita berkenan setelah kita penat noreh sepanjang tahun .
Lagi pun bukan selalu kita dapat datang sini . Apa yang patut kita rasa nak beli ,kita beli selagi Allah bagi kita rezeki dan kita rasa sangat bersyukur kerana semuanya tu datang dari Allah hasil titik peluh kita dan paling penting tak berlaku pembaziran .
Konsep hidup aku dari dulu sangat mudah.
Pada kami, cukup makan, cukup pakai, cukup kasi anak2 pelajaran, cukup jalan2 tengok tempat orang dan cukup jugak buat dana akhirat, itu sudah memadai kerana yang penting kualiti kehidupan,bukan kuantiti yang ku cari .
Senang cerita aku tak mau jadi terlalu berharta kerana takut nanti akan menerbitkan sifat riak dan lupa daratan macam banyak contoh jugak yang aku telah temui yang apabila dah senang mulalah terbit sifat riak dan takabur hingga lupa dan memandang rendah pada orang lain dan aku jugak tak mau jadi terlalu miskin kerana Rasulullah pernah bersabda dari Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy
dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud:
“Maka sesungguhnya kefakiran
itu hampir-hampir mengundang kekufuran.”
Kata orang "Lain padang, lain belalang"
Lain orang lain caranya dan cara kami dengan pinjaman rezeki yang Allah S.W.T berikan untuk meraikan diri kami sendiri ialah antaranya dengan melihat negara orang atau dengan erti kata lain dengan melakukan pengembaraan melihat dunia dan manusia serta peradabannya yang Allah cipta di muka bumi ini .
Tapi takdalah sampai nak berhutang . Kalau ada rezeki Allah bagi adalah, kalau takda , takdalah.
Tapi takdalah sampai nak berhutang . Kalau ada rezeki Allah bagi adalah, kalau takda , takdalah.
Ok, jom ikut aku sekarang menikmati suasana Grand Canal tapi bukan di Venice Italy, tapi di The Venetien Las Vegas.





















































