WARGA SCP

Khamis, Januari 03, 2013

PART 17 USA : THE VENETIEN LAS VEGAS

ALHAMDULILLAH 

Aku berkesempatan berkunjung ke The Venetian Resort Hotel Casino yang menjadi tumpuan pelancong .Kalau kat negara kita orang nampak masuk Casino, pasti depa dah agak kita nak berjudi hehehe 

Tapi aku ke Venetien untuk menikmati seni binanya yang begitu unik sekali seolah-olah kita berada di Venice, Itali . 

The Venetien telah dibina pada tahun 1997 dan mula beroperasi pada tahun 1999 dengan ciri rekabentuk dalamannya dan suasananya seperti di Venice kerana siap dengan terusan dan gondola . 

Bila aku memasuki ruangan dalamnya, aku terpegun kerana melihat langitnya yang menggunakan teknologi screen seolah2 awan diatas kepala kita sedang berarak . 

Di kiri-kanannya pula adalah deretan butik2 terkenal yang menawarkan harga yang agak munasabah berbanding kalau barangan tersebut telah dibawa ke negara kita yang 4-5 kali ganda dari harga di sini. Memang rambang mata bagi sesiapa yang shophaholic . Barangan yang dijual disini pula adalah fesyen dan keluaran terkini yang tiada di factory outlet.

Memang unik sekali The Venetien dengan seni reka binanya yang begitu klasik dan inilah yang aku katakan bangunan dalam bangunan. Sekali pandang dari luar , siapa sangka terdapat bangunan yang begitu unik di dalamnya yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati suasananya yang unik. 

Memang Las Vegas tersohor dan terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perjudian,namun sebenarnya masih banyak lagi yang boleh kita terokai hasil kepandaian manusia yang membinanya yang semestinya akal fikiran mereka adalah kurnian Allah S.W.T jua.

Berada di sini seolah-olah berada dalam sebuah dunia fantasi . Mereka menggunakan kebijaksaan dalam mengadunkan teknologi terkini menjadikan ia sebegitu menarik . 

Jom iku aku menjelajahi The Venetian melalui foto-foto yang sempat aku rakamkan .



seolah2 dalam sebuah dunia fantasi



siang sebenarnya masa aku ke sini




cafe bawah kubah dengan senireka kota Rome


bahagian ruang utama dengan langit membiru dan langitnya lebih tinggi



6 ulasan:

  1. Salam bapak. Waaahhh macam langit betoi ja dah rupanya tu. Kalau tak habaq, mesti saya ingat kat luaq tu ha. Canggihlah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak pun ternganga kejap bila masuk tempat tu hehe

      Padam
  2. cantiknye la bapak! ni bile nye nak pulang ni? waaaaaaaaa ingat msia x ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa cop masa masuk 7 bulan kat pasport hehehe

      Padam
  3. amboi seni sungguh depa.

    jagn lupa balik tauuuuu

    BalasPadam