WARGA SCP

Selasa, Februari 05, 2013

PART 42 USA : 3 MINUTES LIKE 30 MINUTES

ALHAMDULILLAH

Untuk golongan dewasa, harga tiket untuk sehari adalah USD 87.00. Lebih kurang RM 261.00 . Nasib baik aku golongan kanak-kanak tua riang dalam lingkungan umur 3-9 tahun yang hanya perlu bayar USD 81.00 (RM 252.00)  je hahaha

Kalau nak free , kena pakai pampers la jawabnya bila nak masuk Disneyland Park California ni kerana bawah 3 tahun kira tak perlu bayar.

Di sebelah pantai timur USA , terdapat juga "The Disney Theme Parks" yang terdiri dari Magic Kingdom, Epcot, Disney's Hollywood Studios dan  Disney's Animal Kingdom.  Bezanya di pantai timur USA ni takde Disneyland Parks . Tu nampak gaya nak kena pergi tu sebelah east coast USA nanti , tapi tak tahulah kala tahunnya hehehe






Selain dari dua buah kapal ni iaitu Colombia dan Mark Twain riverboat, terdapat jugak banyak perahu atau kenu yang turut belayar di River of America ni, tapi yang menjadi tanda tanya ku walaupun sibuk laluan ni, depa kira macam beratur je satu persatu dan tak belaga pula.

Akhirnya aku dapat jawapannya yang sebenarnya, kesemua benda alah yang belayar kat sini kira ikut laluannya sendiri yang pastinya kat bawah air tu ada landasannya dan disambungkan pula kepada benda-benda alah yang belayar kat atas tu. Kalau tak , ikut hukum fizik, mesti depa dah berlaga antara satu sama lain .

Bijak sungguh depa mencipta teknologi sebegini.





Pelayaran kami berakhir selepas hampir 45 minit jugak dan aku rasa seronok dan puas . Sebenarnya lepas turun dari kapal , queen aku dok ajak naik Big Thunder Mountain Railroad pula . Kira dia macam mini roller coster jugak dan aku rasa boleh kot walaupun hati aku rasa takut2 jugak.

Aku beranikan diri kerana aku lihat ramai juga yang dah berumur dok seronok naik benda alah tu

Harap je badan besar tapi aku memang fobia apabila sebut roller coaster walaupun anak roller coster.

Beratur dalam 10 minit jugak sebelum kami dapat menaikinya. Masa tu aku dah simpan DSLR aku dalam bagpack aku . Jadi takdalah fotonya .

Memula aku rasa ok je dan takda apa2 kerana dia masuk dan mengelilingi dalam gunung dan rasa seronoklah pula kerana dengan audio dan visualnya apabila melalui kawasan perlombongan dalam gua tu namun ku sangka panas sampai ke petang , rupanya tak sempat tengah hari dah hujan.

Big Thunder Mountain Railroad  kira macam keretapi yang digunakan oleh pelombong dengan kelajuan maksimunnya 56 km sejam menggunakan jarak landasan sepanjang 814 meter dengan durasinya selama 3 minit je .
3 minit je bukan lama dan kelajuan maksimum 56 km je tapi sebenarnya aku rasakan macam 30 minit dan laju macam 560 km sejam kerana saat paling aku takut ialah kalau landasannya lurus takpa. Ini belok sana,belok sini dan aku rasa macam nak terpelanting ke luar je bila ia mula beraksi di luar kawasan gunung tadi. . Terus terang aku katakan sepanjang tempoh "seksaan" itu, aku tak berbunyi dan menguit langsung dan mata  aku tutup dan pejam kuat2 hahaha

Queen aku punyalah seronok siap nak ajak naik lagi hahaha
Kira queen aku dah lulus "fear factor" dan dapat mengatasi fobia naik roller coaster sedangkan  aku tobat hahaha
Nampak gaya queen aku dah boleh join 'son of guns" aku naik roller coaster lepas ni manakala aku dok kena tunggu pegang beg kat bawahlah gamaknya.

depa dok kayuh
tapi sebenarnya dia jalan sendiri




Red Indian dok melambai tepi tebing sungai



Isnin, Februari 04, 2013

PART 41 USA : RIVERS OF AMERICA , FRONTIERLAND DISNEYLAND CALIFORNIA

ALHAMDULILLAH

FRONTIERLAND

Terdapat 7 tarikan di dalam kawasannya yang boleh dinikmati oleh para pengunjung:

1. Pirate Lair on Tom Sawyer Island.
2. The Golden Horseshoe Stage
3. Frontierland Shootin' Exposition
4. Mark Twain Riverboat
5. Sailing Ship Colombia
6. Big Thunder Mountain Railroad
7. Big Thunder Mountain Ranch

Di Frontierland juga tersedia 6 buah restoran. Sebenarnya setiap kawasan tarikan tersedia restoran yang berlainan konsepnya untuk kemudahan pengunjung . Aku congak2 dengan jari tangan campur jari kaki, lebih kurang 23 buah restoran di dalam Disneyland Park California ni sahaja yang aku lihat tak pernah kosong bangku dan kerusinya kerana jumlah pengunjung ke sini ramai sungguh .

Kalau ada sebuah restoran mamak jual roti canai dan teh tarik, alangkah bahagianya kerana aku dah rindu dengan menu masakan Tanah Melayu sebenarnya. Kat sini pulak bukan boleh hantam sebarangan dan kenalah kami 100% vegatarian . Hanya salad dan sandwich sayuran je yang kami boleh makan.Tentang harga biasalah tempat2 macam ni tapi masih "reasonable".

Yang pasti semua pakai USD.Rindu pulak kat kepala agong yang lama kami tak tak gunakan. Aku ada bawak juga RM kerana manalah tahu USD yang aku bawak dalam tabung buluh dan digunakan saban hari habis walaupun cik CC ada dibawa bersama kerana untuk makan,minum dan benda2 kecik2 , aku gunakan "cash" .

 



kapal layo aku dah mai


Bila kaki kami terlangkah ke Frontierland ni , "attractions" pertama yang kami nak naiki ialah Sailing Ship Colombia mengelilingi Rivers Of America. Sebenarnya ada sebuah lagi kapal yang belayar di sini iaitu Mark Twain Riverboat . Kami tak kisah mana kapal sampai dulu, kami naiki.

Macam biasa, beratur tetap kena beratur, tapi tak perlu menunggu lama kerana kebetulan kapal ni sampai dan nak turunkan penumpang .Kami pula beratur kira depan juga. 

Aku rasa Rivers of America ni ada kat Disneyland US je .

Besar juga Kapal Layar Colombia ni kerana aku lihat beratus penumpang jugak boleh menaikinya. Ia belayar mengelilinggi River Of America dan aku macam biasa melayan DSLR aku sepanjang pelayaran ni dengan udara yang nyaman dan dingin serta segar ketika ini setelah kelasi kapal dok hayun loceng menandakan pelayaran kami akan bermula

Jom layan foto2 yang sempat aku rakamkan disepanjang pelayaran Sailing Ship Colombia














Mark Twain Riverboat

Sabtu, Februari 02, 2013

PART 40 USA : DISNEYLAND RAILROAD,MAIN STREET USA, DISNEYLAND CALIFORNIA

ALHAMDULILLAH

Jom aku bawa kalian mengikuti pengembaraan kami ke Disneyland California yang terletak di area Anaheim, Los Angeles . Disneyland ni telah dibuka pada tahun 1955 lagi . Masa tu aku tak ada kat dunia lagi. Tapi semenjak itu ia telah melalui pelbagai pembaharuan saban tahun dengan pelbagai tarikan yang menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia. Kalau nak banding dengan Disneyland Hong Kong, sini 2-3 hari jalan pun tak habis pusing dan masuk.Disneyland Hong Kong pula adalah Disneyland yang terkecil di dunia.

Pagi yang cerah dengan cuaca yang sejuk tidak keterlaluan kerana biasalah, California ni kira kawasan yang terletak di pinggir pantai . Jadi cuaca musim dinginnya tidak keterlaluan berbanding kalau kita berada sama ada di Vegas atau kawasan yang agak ke dalam sikit.

dok beratur nak masuk


yahoooo aku sekarang dah berada dalam Disneyland California
untuk ke Main Street USA

Agak panjang juga barisan pagi tu untuk memasuki ke dalam Disneyland Park ni.Tapi tiket dah berada kat tangan aku dan aku tak perlu risau . Jadi aku tak perlulah beratur . Macam biasa beg yang dibawa masuk akan diperiksa , tapi setakat makanan ringan dan minuman, depa tak kisah kalau kita bawa masuk. Jangan pulak kita dok hayun mangkuk tingkat a.k.a mangkuk tepin pula, sah tak boleh bawak hehehe

Macam biasa, masukkan tiket untuk scan dan simpanlah tiket tu buat kenangan. Tangan kami dicalit dengan sebatang pen yang tak nampak dengan mata kasar calitannya kerana untuk tiket "one day one park" ni kira boleh keluar masuk ikut suka dalam sehari , nanti dia suluh je dengan lampu infra red dia nanti sebagai bukti pengesahan.

Sebenarnya ada satu lagi park kat Disneyland ni iaitu Disney California Adventure Park di sebelahnya yang mengandungi segala atuk nenek permainan jenis "Roller Coaster" dan sewaktu dengannya, tapi kena beli tikat lain . Kami ni kalau jenis suruh naik benda alah macam Roller Coaster tu,mintak maaf le bebanyak hehehe

Alhamdulillah
Disneyland Paris , Disney Hong Kong dan kini Disneyland California kami dah sampai. Cuma Disneyland Tokyo belum lagi. Maybe next time kot.

Kalau queen aku kata , "lamalah tak melawat mickey" maknanya dia dah nak ajak aku pi Disneyland la tu yang membawa maksud kembara kami mesti ke negara yang ada Disneyland. Tu kira ayat keramat nak cari jalan nak pi Disneyland hahaha





apa nama watak ni aku tak tahu
bebudak dok beratur untuk signautograp kat buku khas yg depa bawak
kemudian boleh bergambar sama-sama



Masuk je kat dalam, tak kira mana-mana Disneyland, kita pasti bertemu dengan salah satu kawasan atau tarikan yang kira wajib ada dalam sesebuah Disneyland iaitu Main Street, USA. Kat Main Street USA ni je ada 8 tarikan seperti Disneyland Railroad, Horses Carriage, Fire Engine, Horse Drawn Streetcars,Omnibus, The Disney Gallery dan The Disneyland Story presenting Great Moments with Mr. Lincoln.

Kami pertama sekali terus menuju ke Railroad Station untuk menaiki keretapinya yang akan mengelilingi ke seluruh kawasan Disneyland Park ni . Aku pun kalau masuk Disneyland ni dah macam budak kecik jugak dan excited .

Terkenang aku masa dulu aku memuda kali pertama bawak "son of guns" aku yang dua orang tu ke Disneyland Paris, kalau tak salah tahun 2002 , kami banyak melepak je kat sana kerana anak2 aku kecik2 lagi dan faham2 jelah bebudak ni, jalan sikit je dah penat . Lagi satu masa tu anak aku yang bongsu  tu mengalami jetlag yang agak teruk. Jadi dia banyak meragam dan nak tidur je hehehe





OK kita sambung cerita hari tu masa aku nak boarding dari HK ke US. 

Memang kalau penerbangan masuk ke US , pemeriksaan yang teliti dan ketat akan dilakukan mengikut S.O.P yang telah ditetapkan oleh kerajaan USA tak kira dari mana kita bertolak. 

Bagus sebenarnya kerana sebenarnya apabila berada dalam kapalterbang dan setinggi 30-40 ribu kaki di atas udara, keselamatan kita yang menjadi keutamaan kerana zaman sekarang ni pelbagai cara akan digunakan oleh para pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perkara yang tak baik . Jadi kita sebagai penumpang kena ikut jelah S.O.P yang telah mereka tetapkan demi keselamatan kita juga .Kalau kita tak buat salah dan ikut peraturan, kita tak perlu risau .

Kerana kawalan keselamatan dan pemeriksaan yang ala kadarlah, cuba kita lihat apa dah jadi dengan negara kita kerana entah berapa tan agaknya segala atuk nenek dadah yang dah terlepas masuk . Tu sebab sekarang jika penerbangan masuk dari negara sebelah Africa dan jugak Iran, maka pihak kastam kita kena periksa betul2 bila mereka tiba kerana pemeriksaan kastam dan pihak berkuasa negara mereka mungkin tak periksa betul2 dan dengan teliti bagasi para penumpang . Jadi mereka terlepaslah sampai ke Malaysia dan kalau nasib mereka baik pula , habis segala atuk nenek dadah tu terlepas masuk pula ke negara kita.

Begitu juga dengan prosedur untuk mendapatkan visa USA yang begitu teliti kerana USA tu terlalu besar dan mereka tak mahu ada yang masuk ke US dan tak keluar2 . Jadi mereka kena tapis betul2 setiap pengunjung yang nak masuk ke US dari permulaan permohonan visa dan seterusnya. 

Aku ingat negara kita juga perlu melakukan sedemikian kerana kerana kelonggaran syarat kemasukan ke negara kita, berapa banyak pelacur yang datang dari China dan banyak lagi negara lain yang masuk sebagai pelancong , tapi sebaliknya menjadikan negara kita sebagai sarang maksiat mereka. Tu belum kira lagi yang masuk sebagai pelajar katanya dari negara Africa yang akhirnya sekarang menimbulkan banyak masalah sosial dengan pelbagai jenayah di negara kita.

Macam aku selalu katakan, benda yang baik kita jadikan teladan . Benda yang tak bagus, kita jadikan sempadan .





Jumaat, Februari 01, 2013

PART 39 USA : LUKISAN ALAM

ALHAMDULILLAH

Aku rasa dah beribu batu jarak kembara kami di bumi Uncle Sam ini. Memang kalau ikut wishlist, takda langsung US ni dalam senarai kami. Tapi entah macam mana queen aku satu hari boleh kata "jom kita pi US", aku yg pada mulanya ingatkan yg ia hanya cadangan main2 akhirnya jadi kenyataan apabila aku mula google dan cari maklumat kat internet bagaimana proses yg perlu dilakukan untuk permohonan visa yang harus dilakukan semuanya atas talian.

Kemudian aku pi goncang tabung buluh aku dan tengok cukup tak nanti untuk menampung segala perbelanjaan di sana nanti kerana itu yang paling penting hehehe

Banyak juga "homework" yang aku kena buat untuk permohonan visa atas talian tu . Masa tu RM 512.00 seorang hanya untuk permohonan visa tu. Kalau lulus berbaloi dan kalau tak lulus memang tak berbaloi hehehe

Tapi masa tu kami hanya berserah yang kalau Allah dah tulis kami nak sampai ke bumi Uncle Sam ni,maka sampailah kami, kalau tak kami tak kisah kerana konsepnya mudah je. Kita hanya merancang, yang tentukan tak lain tak bukan hanya Allah S.W.T sahaja.

Sebelum ni memang bila aje sebut nak Amerika, kami memang takda hati kerana faham-faham jelah kerana kita saban hari sering dikhabarkan bahawa prosedur untuk kemasukan ke negara mereka agak sukar dan begitu ketat sekali terutama selepas tragedi 11 September dulu. 

Entah secara tetiba Allah gerakkan hati kami untuk merancang kembara kami yang sebelum ni takda dalam perancangan langsung untuk ke sana.

Alhamdulillah,
proses permohonan visa dari mula sampai akhir berjalan lancar walaupun ada sikit kesilapan pada peringkat awal masa melakukan proses dalam talian. Tapi Allah tunjukkan dan lorongkan jalan hingga semua selesai dengan jayanya dan kami diberi pula visa selama 10 tahun .

Bawah foto aku dalam visa US ni ada sebutir bintang yang kalau tak salah aku membawa maksud aku lepas dari tapisan ketat mereka dan boleh masuk nanti tanpa perlu disoal siasat dengan teliti . Mak Itam pula ada 2 butir bintang yang kalau tak salah aku membawa maksud boleh memasuki US tapi boleh diperiksa ikut keperluan mereka kerana biasalah orang perempuan pakai tudung. 

Yang paling risau kalau siapa dapat 3 bintang dan lebih, membawa maksud boleh masuk ke US tapi biasanya kena soal siasat dulu dengan teliti di airport nanti masa ketibaan.

Masa kami transit kat HK untuk bertukar kapal terbang dalam meneruskan perjalanan ke US, aku dah mula rasa rimas jugak kerana kawalan dan pemeriksaan kastam dan imigresen sebelum masuk ke ruang menanti untuk flight tu ke US begitu ketat sekali tak macam nak  boarding ke negara2 lain .Ramai sungguh pegawai yang bertugas hari tu dengan mereka melakukan pemeriksaan dengan begitu teliti sekali.

Habis semua hand carry luggage dan segala apa benda dalam beg kena bukak dan tengok .Sepatu dan talipinggang pun habis kena bukak. Nasib baik seluar aku tak melorot ke bawah.Kalau melorot , sah kena 100% check hehehehehe

Kala itu aku rasa lebih senang pakai kain pelikat gombang yang sah-sah gulung dan ikat je tanpa perlu tali pinggang hehehe

Kalau nak periksa pun senang, singkap je hahaha

OK,penatlah nak nulis.
Nantilah kita sambung cerita merapu ni esok2 ke atau minggu depan.
Aku ada benda penting nak kena buat ni dulu

Layan dulu lukisan alam ni hadiah dari Allah buat kita umat manusia agar mensyukuri segala nikmat pemberiannya dan sentiasa menghargai setiap ciptaanNYA dimuka bumiNYA.