ALHAMDULILLAH
FRONTIERLAND
Terdapat 7 tarikan di dalam kawasannya yang boleh dinikmati oleh para pengunjung:
1. Pirate Lair on Tom Sawyer Island.
2. The Golden Horseshoe Stage
3. Frontierland Shootin' Exposition
4. Mark Twain Riverboat
5. Sailing Ship Colombia
6. Big Thunder Mountain Railroad
7. Big Thunder Mountain Ranch
Di Frontierland juga tersedia 6 buah restoran. Sebenarnya setiap kawasan tarikan tersedia restoran yang berlainan konsepnya untuk kemudahan pengunjung . Aku congak2 dengan jari tangan campur jari kaki, lebih kurang 23 buah restoran di dalam Disneyland Park California ni sahaja yang aku lihat tak pernah kosong bangku dan kerusinya kerana jumlah pengunjung ke sini ramai sungguh .
Kalau ada sebuah restoran mamak jual roti canai dan teh tarik, alangkah bahagianya kerana aku dah rindu dengan menu masakan Tanah Melayu sebenarnya. Kat sini pulak bukan boleh hantam sebarangan dan kenalah kami 100% vegatarian . Hanya salad dan sandwich sayuran je yang kami boleh makan.Tentang harga biasalah tempat2 macam ni tapi masih "reasonable".
Yang pasti semua pakai USD.Rindu pulak kat kepala agong yang lama kami tak tak gunakan. Aku ada bawak juga RM kerana manalah tahu USD yang aku bawak dalam tabung buluh dan digunakan saban hari habis walaupun cik CC ada dibawa bersama kerana untuk makan,minum dan benda2 kecik2 , aku gunakan "cash" .
Yang pasti semua pakai USD.Rindu pulak kat kepala agong yang lama kami tak tak gunakan. Aku ada bawak juga RM kerana manalah tahu USD yang aku bawak dalam tabung buluh dan digunakan saban hari habis walaupun cik CC ada dibawa bersama kerana untuk makan,minum dan benda2 kecik2 , aku gunakan "cash" .
kapal layo aku dah mai
Bila kaki kami terlangkah ke Frontierland ni , "attractions" pertama yang kami nak naiki ialah Sailing Ship Colombia mengelilingi Rivers Of America. Sebenarnya ada sebuah lagi kapal yang belayar di sini iaitu Mark Twain Riverboat . Kami tak kisah mana kapal sampai dulu, kami naiki.
Macam biasa, beratur tetap kena beratur, tapi tak perlu menunggu lama kerana kebetulan kapal ni sampai dan nak turunkan penumpang .Kami pula beratur kira depan juga.
Aku rasa Rivers of America ni ada kat Disneyland US je .
Besar juga Kapal Layar Colombia ni kerana aku lihat beratus penumpang jugak boleh menaikinya. Ia belayar mengelilinggi River Of America dan aku macam biasa melayan DSLR aku sepanjang pelayaran ni dengan udara yang nyaman dan dingin serta segar ketika ini setelah kelasi kapal dok hayun loceng menandakan pelayaran kami akan bermula
Jom layan foto2 yang sempat aku rakamkan disepanjang pelayaran Sailing Ship Colombia
Mark Twain Riverboat
Assalammualaikom wbt Pak Itam...Apa kabar....cantik gambar-gambar yang bapak ambil, menarik dan tenang je gambar-gambarnya...Walaupun padat dengan pegunjung tetapi masih berpeluang menaiki kapal tu...bagus la...ia satu pagalaman yang menarik untuk berkongsi....
BalasPadamDisini pun tiada roti canai dan teh tarik...
JazakaAllah
waalaikumsalam
Padamhari tu ramai sangat umat manusia
tebar je roti sendiri kat sana hehehe
Salam Bapak... bila nampak Mark Twain's ship tu, teringat yg saya naik di Disneyland Paris... sebijik aja rupanyakan... best betol la tngk gmbr2 ni semua..:)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamkalau tak salah kat paris namanya thunder mesa river boats
lagi satu ada kat disneyland tokyo
yg kat US ni boat yang asal dan original
melambak foto2 kami kat sini hehehe
Salam bapak. Kira besaq betoi la kapai tu, beratus penumpang boleh naik eh. Saya suka tengok Mark Twain Riverboat tu, nampak meriah :)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padambesaq juga kapal tu ciku, boleh buat gi perang hehehe
bapak nak naik tu, tetiba yg datang colombia tu hehehe
silap time le hehe