WARGA SCP

Selasa, November 24, 2009

PART 3: SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W


Mabit di Mudzalifah

Mencari 7 biji anak batu utk lontaran di jamratul Kubra pada hari 10 Zulhijjah







Melakukan perkara-perkara sunat yg dituntut




PARA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN KU, SEMPENA HARI WUKUF YG AKAN TIBA TAK BERAPA HARI LAGI , MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI RENTETAN SEJARAN PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DALAM HATI KITA
UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
DAN SEJARAH JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.WSUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W

PART 3

Mendengar ayat yg dibaca , Saidina Abu Bakar R.A terus menangis, kerana merasa risalah Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W telah selesai dan hampir tiba saat perpisahan dengan Baginda mengadap Allah .

Setelah selesai menyampaikan ayat tersebut,
Rasulullah S.A.W duduk berwukuf mengadap kiblat sehingga waktu Magrib. Kemudian Baginda meneruskan perjalanan menuju ke Mudzalifah.

Tiba di Mudzalifah, Baginda menunaikan solat jamak takhir
Magrib dan Isyak dalam waktu Isyak.Selesai saja solat,
Lalu baginda berbaring hingga terbit fajar lalu
Menunaikan solat Subuh dan selepas itu meneruskan
Perjalanan menuju Masya’ir Haram di mana Baginda berhenti
Mengadap kearah kiblat, dan berdoa mengagungkan Allah dan mentauhidkan-Nya.

Baginda Rasulullah berangkat menuju ke Jamrah Kubra di Mina lalu melontar dengan 7 biji anak batu. Setelah itu, Rasulullah kembali ke khemah.
Di sana , Baginda telah menyembelih 63 ekor unta,
Setiap seekor untuk satu tahun umurnya dan baki dari jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan Yaman disembelih oleh Saidina Ali R.A.

Baginda meminta untuk mengambil sepotong daging
Dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka Baginda
Dan Saidina Ali R.A memakan dan menghirup kuahnya.
Kemudian Baginda pun bercukur.


Kawasan Jamrah





Jamrah yg telah melalui proses permodenan

Pulang dari melontar ke Mina



Lihatlah kemajuan yg telah dicapai,
Jamrah telah berubah wajah
utk kemudahan para jemaah melontar

Isnin, November 23, 2009

PART 2 : SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W

BAITULLAH AL HARAM







SAIE ANTARA SAFA DAN MARWAH


MINA

BERWUKUF DI ARAFAH



MASJID NAMIRAH DI ARAFAH



PARA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN KU, SEMPENA HARI WUKUF YG AKAN TIBA TAK BERAPA HARI LAGI , MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI RENTETAN SEJARAN PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DALAM HATI KITA
UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
DAN SEJARAH JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.WSUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W


PART 2

Pada hari ke 4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba
Di Makkah. Rasulullah S.A.W mengetui umat Islam
Menuju ke Kaabah. Rasulullah S.A.W istilam
(menyentuh dengan tangan atau pengantara seperti tongkat)
Hajarul Aswad dan mengucupnya,
Lalu mengerjakan tawaf 7 pusingan.
3 pusingan pertama dengan berlari-lari anak.

Setelah melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat
Di belakang Makan Ibrahim A.S
Baginda kembali ke kaabah dan mengucup
Hajarul Aswad sekali lagi.

Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk
Melakukan Saei di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 Zulhijjah
Rasulullah S.A.W mengetui rombongan haji
Menuju ke Mina. Baginda berada selama sehari di Mina
Dan menunaikan solat Zohor,Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selesai sahaja solat subuh pada hari 9 Zulhijjah
Ketika matahari sedang memancarkan cahayanya
Pada waktu Dhuha,
Baginda bersama rombongan memulakan perjalanan
Menuju Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa.
Ratusan ribu umat islam mengikut Baginda
Sehinggalah sampai ke Arafah.
Di Namirah(sebelah timur Arafah)
Khemah telah siap didirikan utk Baginda

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu zohor)
Baginda dan kaum muslimin lain berhimpun
Di Wadi Uranah (berhampiran Arafah)
Seterusnya menyampaikan khutbah, yang dikenali dengan
Khutbah Perpisahan.
Setelah selesai menyampaikan khutbah,
Baginda memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan
Azan dan Iqamah.

Baginda bersama kaum muslimin menunaikan solat zohor dan asar secara Jamak dalam waktu ohor.

Selesai solat, Baginda pun segera menunggang untanya ke kawasan lereng Jabal Rahmah untuk berwukuf
Pada waktu itu Rasulullah S.A.W membacakan firman
Allah S.W.T
Surah al-Maidah : ayat 3
Maksudnya

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu Agama mu,
Dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmatKU
Dan telah Aku redahai Islam itu sebagai agama bagi mu”

Bersambung

Bagi sesiapa yg pernah menunaikan fardhu haji
Mungkin tertanya-tanya dan melihat sendiri , kebanyakan jemaah dr negara lain
telah bergerak menuju ke Mina dahulu dan kemudian baru ke Arafah utk berwukuf berbanding jemaah Malaysia yang terus ke Arafah.
Namun jangan risau kerana berada di Mina sebelum hari wukuf bukan satu dari rukun dan wajib haji
Mungkin pihak Tabung Haji telah bermuzakarah
mengenainya dan mengambil keputusan utk jemaah haji kita
terus ke Arafah .

Ahad, November 22, 2009

PART 1 :SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W









PARA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN KU, SEMPENA HARI WUKUF YG AKAN TIBA TAK BERAPA HARI LAGI , MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI RENTETAN SEJARAN PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DALAM HATI KITA
UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
DAN SEJARAH JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.W

SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
PART 1


Pada tahun 10 hijrah, Rasulullah SAW mengisytiharkan untuk menunaikan fardhu haji dan memerintahkan kaum muslimin membuat persiapan utk menunaikannya.
Setelah tersebar berita tersebut maka berpusu-pusulah umat Islam dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab dtg berhimpun ke Madinah utk turut serta mengerjakan ibadat haji bersama baginda.

Mereka terlalu ghairah menantikan saat untuk sama-sama melihat dan mencontohi cara Baginda menunaikan haji kerana Baginda adalah sebaik-baik contoh. Khemah2 dipasang di sekitar Kota Madinah

Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah , saat yg dinanti-nantikan pun tiba. Baginda dgn isteri-isterinya memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu yang diikuti oleh 90 – 140 ribu org para sahabat. Mrk berangkat dgn penuh semangat, keimanan dan keikhlasan menuju Baitulah di bawah pimpinan manusia teragung Muhamad SAW.

Setibanya di Zulhulaifah (Bir Ali), rombongan tersebut berhenti dan bermalam di itu.
Keesokannya mrk memakai pakaian ihram dan menuju ke Baitullah di Makkah dgn laugan talbiah yg penuh semangat.
Laugan talbiah dari ratusan ribu umat islam bergema membelah lembah dan bukit-bukau di sepanjang perjalanan menuju Makkah.
Apabila mrk berhenti di setiap persinggahan utk solat atau berehat, mrk mengumandangkan talbiah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran kepada
Allah SWT




Bersambung
Cuba kita bayangkan dan gambarkan bagaimana suasana dan gambaran ketika itu dgn ratusan ribu jemaah mengiringi Baginda bertalbiah ,
Subahanallah, Allahuakbar

Sabtu, November 21, 2009

MOVIE WORLD PART 1

MOVIEWORLD, AUSTRALIA

LOKASI
Pacific Motorway
Oxenford 4210
Gold Coast, Queensland
Australia

MASA DIBUKA
RIDES & ATTRACTIONS OPEN 10:00am
RIDES & ATTRACTIONS CLOSE 5:00pm
GATES CLOSE 5:30pm

HARGA TIKET
AT FRONT GATE
ADULTS $62.00
CHILDREN ( 4 - 13 years inclusive) $40.00
PENSIONERS (with Government Card)* $40.00
DISABLED ADULT/CARER** $40.00
DISABLED CHILD/PENSIONER** $31.00


"semua gambar dari camcorder
takde pixel"

Kami tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Movie World
yang merupakan salah satu park yang terkenal di Gold Coast
Berbagai acara dan pertunjukan

Pagi tu, dah ramai pengunjung menunggu kat main entrance
Bila buka je pintu tu, mereka terus meluru masuk
pasal kalau tidak semua dapat barisan kat belakang sekali
kat rides yg mereka nak naik







Rides pertama yang kami masuk ialah Batman Rides,
panjang juga barisannya.

Memang menyeronokkan bukan saja kanak-kanak
orang tua pun seronok yang tak tahan masa last stesyen 
kat batman ni.

Duduk kat kerusi yang disediakan seolah-olah dalam batman punya kenderaan pasang tali pinggang keselamatan menghadap skrin besar tetiba mula mula je,kerusi tu bergerak ke sana kemari  seolah-oleh kita merasai sendiri pengembaraan tu


panjang barisan tu




Sessi bergambar
Batman mmg handsome
Batwomen putih melepak
ingat lepas ni nak minta kejelah kat sini
tapi dapat jadi sponge bob je keh,keh,keh







Antara tarikan utama di sini ialah perarakan watak-watak dalam
filem Warner Bros.

Dengan kostume yang menarik dan diiringi lagu tema
menjadikan ia suatu acara yang merah


































Wonder Woman
Scobidoo bidoo


Austin Power




















Seperti biasa kesempatan bergambar dengan watak-watak tersebut
tidak dilepaskan.

Aku bergambar dengan Marilyn Monroe sebagai kenang-kenangan
mrs dgn Austin Power
keh,keh,keh



Roller Coaster Lethal Weapon,
siapa berani silakan naik
keh,keh,keh