WARGA SCP

Isnin, November 23, 2009

PART 2 : SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W

BAITULLAH AL HARAM







SAIE ANTARA SAFA DAN MARWAH


MINA

BERWUKUF DI ARAFAH



MASJID NAMIRAH DI ARAFAH



PARA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN KU, SEMPENA HARI WUKUF YG AKAN TIBA TAK BERAPA HARI LAGI , MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI RENTETAN SEJARAN PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DALAM HATI KITA
UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
DAN SEJARAH JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.WSUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W


PART 2

Pada hari ke 4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba
Di Makkah. Rasulullah S.A.W mengetui umat Islam
Menuju ke Kaabah. Rasulullah S.A.W istilam
(menyentuh dengan tangan atau pengantara seperti tongkat)
Hajarul Aswad dan mengucupnya,
Lalu mengerjakan tawaf 7 pusingan.
3 pusingan pertama dengan berlari-lari anak.

Setelah melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat
Di belakang Makan Ibrahim A.S
Baginda kembali ke kaabah dan mengucup
Hajarul Aswad sekali lagi.

Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk
Melakukan Saei di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 Zulhijjah
Rasulullah S.A.W mengetui rombongan haji
Menuju ke Mina. Baginda berada selama sehari di Mina
Dan menunaikan solat Zohor,Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selesai sahaja solat subuh pada hari 9 Zulhijjah
Ketika matahari sedang memancarkan cahayanya
Pada waktu Dhuha,
Baginda bersama rombongan memulakan perjalanan
Menuju Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa.
Ratusan ribu umat islam mengikut Baginda
Sehinggalah sampai ke Arafah.
Di Namirah(sebelah timur Arafah)
Khemah telah siap didirikan utk Baginda

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu zohor)
Baginda dan kaum muslimin lain berhimpun
Di Wadi Uranah (berhampiran Arafah)
Seterusnya menyampaikan khutbah, yang dikenali dengan
Khutbah Perpisahan.
Setelah selesai menyampaikan khutbah,
Baginda memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan
Azan dan Iqamah.

Baginda bersama kaum muslimin menunaikan solat zohor dan asar secara Jamak dalam waktu ohor.

Selesai solat, Baginda pun segera menunggang untanya ke kawasan lereng Jabal Rahmah untuk berwukuf
Pada waktu itu Rasulullah S.A.W membacakan firman
Allah S.W.T
Surah al-Maidah : ayat 3
Maksudnya

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu Agama mu,
Dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmatKU
Dan telah Aku redahai Islam itu sebagai agama bagi mu”

Bersambung

Bagi sesiapa yg pernah menunaikan fardhu haji
Mungkin tertanya-tanya dan melihat sendiri , kebanyakan jemaah dr negara lain
telah bergerak menuju ke Mina dahulu dan kemudian baru ke Arafah utk berwukuf berbanding jemaah Malaysia yang terus ke Arafah.
Namun jangan risau kerana berada di Mina sebelum hari wukuf bukan satu dari rukun dan wajib haji
Mungkin pihak Tabung Haji telah bermuzakarah
mengenainya dan mengambil keputusan utk jemaah haji kita
terus ke Arafah .

16 ulasan:

  1. salam rezeki...

    satu pengalaman yang amat berguna untuk kita jadi kan panduan haji..alhamdulilah
    wslam

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Satu n3 yang sangat berguna kepada bakal-bakal haji dan info kepada semua

    BalasPadam
  3. salam dik CR..
    suatu catatan kenangan yg paling indah...
    semoga mendapat keberkatan

    BalasPadam
  4. terimakasih diatas maklumat yg diberi.Mengimbau ke masa lalu.Banyakkanlah berselawat kpd nabi kita saw.
    Wah ummi panggil dik CR le,..

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    suatu catatan yang mengembalikan kenangan masa lalu.. terbayang-bayang diruang mata perjalanan haji hamba.. ketika itu masih banyak kekurangan jika dibandingkan dengan sekarang.. namun perjalanan haji Rasullulah s.a.w lebih mengujakan perasaan hamba.. bila membaca.. menaikan semangat hamba untuk kesana lagi.. teruskan menulis.. pengetahuan yang ada dikongsi bersama.. InsyAllah pasti besar ganjaran nya.. Semoga Allah memberkati kita semua.. amin

    BalasPadam
  6. salam Dik CR..

    tumpang lalu yer..
    mama ju.. salam kenal.. bukannye apa bila panggil adik sekurang2 nya ummi terasa diri lebih dewasa dr mereka yg lebih muda , dan semoga ikatan ukhuwah fillah lebih terasa kemesraannya.. tumpang kasih sayang adik2 blogger . tak gitu mama ju .jom kita saling kenal mengenali

    BalasPadam
  7. salam

    cikgu nak pi haji jugak..doakan yer!!

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam lie,

    sebagai menyelusuri catatan perjalanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW utk dijadikan panduan.

    alhamdulillah

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam az,

    semoga kita dapat menghayati perjalanan haji Rasulullah SAW

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak ummi,

    semoga dpt menyuntik motivasi dlm diri kita bagaimana Baginda mengerjakan haji dlm serba kekurangan

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam mama ju,

    semoga bermanafaat kpd kita semua

    selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam noor,

    alhamdulillah, semoga sedikit ilmu dari saya dapat dikongsi bersama

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam cm,

    tanamkan tekad dan berusaha serta berdoa agar mendapat jemputan dariNYA, insyallah, kita semua berdoa agar impian cm menjadi kenyataan, insyallah

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kak ummi dan mama ju,

    saya baru lps upsr keh,keh,keh

    semoga ikatan silarurahim berkekalan dgn kehendak Allah SWT jua, insyallah

    BalasPadam
  15. Salam CR,

    satu bacaan yang amat bagus..
    thanks for info :-)

    BalasPadam
  16. salam shima,

    sebagai perkongsian dlm menghayati perjalanan haji Rasulullah

    tk

    BalasPadam