WARGA SCP

Sabtu, September 18, 2010

SUZZANA BERLADO

ALHAMDULILLAH

Selepas puas makan segala juadah hari raya dengan ketupat rendang, lodeh
apa yang sedap untuk makan tengahari
membangkitkan selera makan

jawapannya ialah

ikan sepat goreng berlada (nama menu melayu)

panggilan menu omputehnya ialah Suzzana Berlado

kena pulak dengan nasi panas2

adoiiiiiiiiiiiii

kat kedai jarang ada menu ni tau

hehehehehehehe






Jumaat, September 17, 2010

MEMORI KUIH RAYA : part 2




ALHAMDULILLAH

Ingatan ku kembali merewang 30 puluh tahun lalu, ketika hari raya hampir tiba, ibu ku akan berada di dapur saban pagi lebih kurang pukul 3 pagi hingga sebelum subuh untuk mengadun, membacuh dan membakar kuih raya . Masa tu, tiada kuih2 raya yg dijual seperti sekarang.

Aku dan 2 org adik ku paling suka sekali membantu ibu dengan erti kata lain mengacau dan membuat kecah di dapur. Paling aku suka bila ibu ku mengadun kuih siput yang antara bahan utamanya selain tepung ialah jintan , kalau tak salah ku.

Tapi bentuk kuih siput ku dah macam siput babi besarnya hehehe

Seminggu lagi sebelum syahwal menjelma, seperti biasa ibu ku akan menyuruh aku ke kedai "koling" berdekatan untuk menghantar sebungkus besar kacang hijau untuk dikisar . Dah kisar nanti, akan dijadikan acuan utama kuih koya.

Tapi memori kuih raya hanya tingggal kenangan ,
pasti takkan berulang lagi.

Keadaan kesihatan ibu ku 2-3 bulan ni begitu merosot sekali.Kalau sebelum ini, dia mampu berdiri lagi dan ke bilik air walupun payah dan terlalu bongkok. Tapi kini , hanya terlantar di katil khas dan menggunakan pampers sahaja kerana tidak mampu lagi untuk berdiri pun akibat penyakit reput tulangnya sampai ketahap yang serius. Katanya bisa seperti mencucuk2 di daging dan hanya bergantung pada "pain killer"

Semuanya diuruskan di atas katil, Situasinya sekarang kembali kepada fitrah seakan anak2 kecil yang makannya perlu disuapkan , berak kencingnya perlu dibersihkan, pakainya disarungkan , mukanya perlu dibedakkan dan apa jua urusan .
Semua di atas katil khas ini.

Di ruang inilah juga 25 tahun lalu di mana arwah nenda ku terbaring lesu dan dijaga segala keperluannya oleh ibu ku hingga ke akhir hayatnya akibat sakit tua.

Di ruang inilah juga 15 tahun lalu, arwah ayahhanda juga terbaring kegeringan akibat kanser tulang hampir bertahun juga , juga dijaga segala keperluannya oleh ibu ku juga.

Sekarang , ibu ku pula yang terbaring lesu kegeringan di ruang yang sama juga.

Mungkin ini satu dugaan yang sangat besar baginya, kerana sekarang ibu ku sering berasa was-was untuk mengangkat wuduk dan bersolat kerana di atas katil itulah dia sering dibersihkan dan disalinkan . Katanya perasaan was2nya berkaitan dengan kebersihan dan takut terdapat najis di situ. Sepanjang usianya tidak pernah meninggalkan solat, tapi kini Allah menduganya sebegitu.

Dalam keadaan darurat sebegini, kami mengesyorkan agar dia melewatkan sedikit waktu solatnya seperti yang disarankan ,

bersolat zohor dipenghujung waktu dan bila masuk waktu asar, terus solat asar.
begitu juga dengan magrib dan isyak.

Aku bersedia dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku,
setiap yang bernyawa pasti akan kembali pada sang pencipta
tak kira ,tua atau muda
tak kira , sihat atau sakit
tidak tercepat bang sesaat pun,
tidak terlambat bang sedetik pun,
kerana itu janji Allah

Jika sebelum ini, setiap kali kami mahu pulang,
ibu ku akan menghantar ku hingga ke pintu luar,
kepulangan kami akan sentiasa diiringi dengan doa darinya
yang menadah ke hadrat ilahi ,
memohon perlindungan dan keselamatan buat perjalanan kami,
tapi kini, dia hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja

Ya, Allah
Permudahkan perjalanan ibu ku di akhir2 usianya.
Kasihanilah ibu ku seperti mana dia mengasihani ku ketika ku masih kecil.

ku panjatkan doa buat mu ibu
setiap waktu yang terluang
selagi hayat ku dikandung badan


Isnin, September 13, 2010

MEMORI KUIH RAYA : part 1

ALHAMDULILLAH

Tahun ini, aku menyambut kedatangan bulan syahawal buat sekalaian kalinya lagi . Ia mengamit kenangan ku ketika aku ketika itu masih kanak2 di mana kedatangan subuh syawal begitu dinanti-nantikan sehingga terasa seperti fajar saddiq ( bukan saddiq sigaragar ya) 1 shawal begitu lambat sekali .

kuih raya yg dimasak di dapur orang
dibeli di Plaza Kota Raya
dibeli dengan pengusaha yg sama setiap tahun(home made sendiri)

Namun saat2 yang dinantikan akhirnya muncul jua. Aku disiapkan dengan baju kurung baru yang dijahit sendiri oleh ibu ku siap dengan berbedak umpama ratu "wayang cina" seperti tepong kormak .

Bersalaman dengan ayahanda bonda tercinta sambil dikucup kedua pipi ku. Menerima duit raya sebesar 20-30 sen ketika itu sangat berharga dan besar ertinya .


my favorite kuih kenari dan bluberry tart


Seperti biasa , makan bersama keluarga dengan ketupat dan rendang yang dimasak , kemudian dihidangkan dengankuih raya yang diadun, diuli dan dibakar didalam oven berwarna hitam yang hanya menggunakan gas .

Memori kuih raya seperti kuih siput dan kuih koya serta batang buruk sentiasa segar dalam ingatan ku kerana dimasak sendiri oleh ibu ku yang kini hanya tinggal sejarah dan kenangan yang terlalu manis yang pasti hanya tinggal kenangan dan pasti tiada "siaran ulangan"nya lagi kerana ......................................................................


bersambung


kuih tat nenas tetap menjadi pujaan

Khamis, September 09, 2010

PERUTUSAN RAYA



dah siap ni nak pi berburu haiwan
nak buat rendang esok


ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

PAK ITAM SEBAGAI TOK BATIN
INGIN MERAKAMKAN

UCAPAN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
SEMPENA
KEDATANGAN 1 SHAWAL 1431
PADA ESOK HARI
JUMAAT

MINTA MAAF JIKA ADA YANG DISIARKAN
SEPANJANG SCP KE UDARA
MENYINGGUNG HATI DAN PERASAAN KALIAN
MINTA MAAF JIKA ADA GURAUAN
YANG MENGURIS PERASAAN

KEPADA SAHABAT PAK ITAM YANG BERADA DI PERANTAUAN
TERUTAMANYA CL DAN LAIN2

PAK ITAM DI SINI TETAP AKAN MENGINGATI KALIAN SEMUA
DAN AKAN MAKANKAN SEKALI KETUPAT
UNTUK KALIAN SEMUA

UTK RAKAN2 YG BERADA DI KAMPUNG HALAMAN SEKARANG
SEMOGA BERGUMBIRA DAN BERBAHAGIA
DENGAN KELUARGA DAN SANAK SAUDARA
SERTA SAHABAT2 KALIAN

INGATLAH
SEMASA KITA BERGUMBIRA
ADA INSAN2 LAIN YANG KURANG BERNASIB BAIK
MENDERITA

BERSYUKURLAH
BAHAWA KITA SEKALI LAGI
DIBERI KESEMPATAN
BERTEMU BULAN SYAWAL
SELEPAS SEBULAN BERPUASA

DOA PAK ITAM
AGAR KEHIDUPAN KITA SEMUA
SENTIASA
DIBERKATI DAN DIBAWAH
PERLINDUNGAN
ALLAH S.W.T

MARILAH KITA SAMA2 BERSEDEKAH
ALFATIHAH
BUAT KAUM KELUARGA KITA
SERTA SAHABAT2 KITA
YANG TELAH DULU
MENINGGALKAN KITA SEMUA

AKHIR KATA
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, September 08, 2010

LAGU NI SALAH

ALHAMDULILLAH

Setiap tahun lagu ni akan berkumandang

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


tentu tak kira umur
tua atau muda
seronoknya nak balik kampung

tapi pak itam terbalik pulak
tu sebab pak itam kata lagu ni salah

sementelah semua warga kota berpusu pulang ke kampung
meninggalkan hiruk pikuk ibukota KL
maka pak itam pula mengantikan mereka semua
pulang ke kota raya hehehe

pak itam kan international
akan beraya bersama Abang Donnesia, Abang Pal, dan Abang Ladesh
baru muhibbah hehehehehe

Pagi Jumaat nanti lepas solat raya
boleh rasanya pak itam dgn depa semua
main kok nai dan galah panjang kat atas jalan TAR dan
Main Sang Harimau depan jalandi Dataran Merdeka

pasti lengang nanti

cite pasal balik kampung masa kecik2 dulu
masa tu kami tinggal kat bandar JB tempat arwah ayah keja
adik beradik ramai,
kami beraya kat sana je , takde acara balik2 kampung mcm sekarang ni
ialah, arwah ayah hanya ada motor honda cup cai je

masa dia pencen , terus buat umah kat kampung dengan wang pencennya
atas tanah pusaka pemberian atuk
masa tu RM 25 hibu dah besar sangat dan boleh buat rumah yang selesa
bukan mcm sekarang , 25 hibu org buat garaj keta je

dah kat kampung , jadi takde istilah balik kampung le
pasal ayah dan mak dua2 orang situ hehehe

kalau kenang2
tentu kalian semua pun tentu punya kenangan indah semasa berhari raya

ALHAMDULILLAH


tadi melayan anak ku berdua dan emak anak
di Gardens dan Mid Valley





Selasa, September 07, 2010

ANAK BULAN DAH KELIHATAN

ALHAMDULILLAH

Kek bumi mungkin belum rayo lagi,
tapi pak itam kek planet Hytam ni esok rayo
penyimpan moho bosa rajo2 hytam telah mengistiharkan
bapak bulan dah kelihatan meronta2
maka dengan ini mak itam pun kena masaklah rendang dan juadah utk sambutan esok

tapi kekawan kat bumi belum lagi raya tau
hehehehehe

jom layan apa yg mak itam sediakan
rendang ado,lomang ado, palo hotak kompas ado, limpo ado

sajo jo nak kasi feel rayo kat kawan2 hehehehehehheheh

zsssssssssssssssssssssssssssssss

jadi kami buka nanti jap lagi dengan segala benda alah ni

ALHAMDULILLAH











Isnin, September 06, 2010

BUKA APA YG SODAP HARI NI

ALHAMDULILLAH

Cuaca ptg ni sedu2 basah , panas idak, sejuk pun idak
Lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan bulan ramadhan yg mulia,

Tekak ku 1-2 hari ni terasa loya betul,
budak dalam perut ni ada je meragam nak makan itulah , inilah
hari tu nak makan nasi mandy,
dah dapat
dulu masa aku mengandung anak cacing kerawit takde pulak mcm ni

Jadi juadah apa yg sedap di kala bulan mengambang ni

yessssssssssssssssssssss
berbuka nanti makan nasi panas dengan jeng,jeng,jeng

ikan tenggiri fresh baru beli kat pasar tani masak apa lagi
ASAM PEDAS KAWIN BENDEY

JOM layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

inilah citer SCP bakal berlaku petang ni kat meja makan kala azan berkumandang

heheheheheh

semua gambar pak ityam kidnap masa dia dalam kuali lahgi hehehehe