ALHAMDULILLAH
Ingatan ku kembali merewang 30 puluh tahun lalu, ketika hari raya hampir tiba, ibu ku akan berada di dapur saban pagi lebih kurang pukul 3 pagi hingga sebelum subuh untuk mengadun, membacuh dan membakar kuih raya . Masa tu, tiada kuih2 raya yg dijual seperti sekarang.
Aku dan 2 org adik ku paling suka sekali membantu ibu dengan erti kata lain mengacau dan membuat kecah di dapur. Paling aku suka bila ibu ku mengadun kuih siput yang antara bahan utamanya selain tepung ialah jintan , kalau tak salah ku.
Tapi bentuk kuih siput ku dah macam siput babi besarnya hehehe
Seminggu lagi sebelum syahwal menjelma, seperti biasa ibu ku akan menyuruh aku ke kedai "koling" berdekatan untuk menghantar sebungkus besar kacang hijau untuk dikisar . Dah kisar nanti, akan dijadikan acuan utama kuih koya.
Tapi memori kuih raya hanya tingggal kenangan ,
pasti takkan berulang lagi.
Keadaan kesihatan ibu ku 2-3 bulan ni begitu merosot sekali.Kalau sebelum ini, dia mampu berdiri lagi dan ke bilik air walupun payah dan terlalu bongkok. Tapi kini , hanya terlantar di katil khas dan menggunakan pampers sahaja kerana tidak mampu lagi untuk berdiri pun akibat penyakit reput tulangnya sampai ketahap yang serius. Katanya bisa seperti mencucuk2 di daging dan hanya bergantung pada "pain killer"
Semuanya diuruskan di atas katil, Situasinya sekarang kembali kepada fitrah seakan anak2 kecil yang makannya perlu disuapkan , berak kencingnya perlu dibersihkan, pakainya disarungkan , mukanya perlu dibedakkan dan apa jua urusan .
Semua di atas katil khas ini.
Di ruang inilah juga 25 tahun lalu di mana arwah nenda ku terbaring lesu dan dijaga segala keperluannya oleh ibu ku hingga ke akhir hayatnya akibat sakit tua.
Di ruang inilah juga 15 tahun lalu, arwah ayahhanda juga terbaring kegeringan akibat kanser tulang hampir bertahun juga , juga dijaga segala keperluannya oleh ibu ku juga.
Sekarang , ibu ku pula yang terbaring lesu kegeringan di ruang yang sama juga.
Mungkin ini satu dugaan yang sangat besar baginya, kerana sekarang ibu ku sering berasa was-was untuk mengangkat wuduk dan bersolat kerana di atas katil itulah dia sering dibersihkan dan disalinkan . Katanya perasaan was2nya berkaitan dengan kebersihan dan takut terdapat najis di situ. Sepanjang usianya tidak pernah meninggalkan solat, tapi kini Allah menduganya sebegitu.
Dalam keadaan darurat sebegini, kami mengesyorkan agar dia melewatkan sedikit waktu solatnya seperti yang disarankan ,
bersolat zohor dipenghujung waktu dan bila masuk waktu asar, terus solat asar.
begitu juga dengan magrib dan isyak.
Aku bersedia dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku,
setiap yang bernyawa pasti akan kembali pada sang pencipta
tak kira ,tua atau muda
tak kira , sihat atau sakit
tidak tercepat bang sesaat pun,
tidak terlambat bang sedetik pun,
kerana itu janji Allah
Ya, Allah
Permudahkan perjalanan ibu ku di akhir2 usianya.
Kasihanilah ibu ku seperti mana dia mengasihani ku ketika ku masih kecil.
ku panjatkan doa buat mu ibu
setiap waktu yang terluang
selagi hayat ku dikandung badan

Jika sebelum ini, setiap kali kami mahu pulang,
ibu ku akan menghantar ku hingga ke pintu luar,
kepulangan kami akan sentiasa diiringi dengan doa darinya
yang menadah ke hadrat ilahi ,
memohon perlindungan dan keselamatan buat perjalanan kami,
tapi kini, dia hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja
ibu ku akan menghantar ku hingga ke pintu luar,
kepulangan kami akan sentiasa diiringi dengan doa darinya
yang menadah ke hadrat ilahi ,
memohon perlindungan dan keselamatan buat perjalanan kami,
tapi kini, dia hanya mampu memandang dari kejauhan sahaja
Ya, Allah
Permudahkan perjalanan ibu ku di akhir2 usianya.
Kasihanilah ibu ku seperti mana dia mengasihani ku ketika ku masih kecil.
ku panjatkan doa buat mu ibu
setiap waktu yang terluang
selagi hayat ku dikandung badan
salam pak itam,
BalasPadamalhamdulillah...anda anak yang baik, anak yang soleh - menjaga kebajikan ibu di hari tuanya...banyak pahala pak itam dapat...bersabarlah dengan dugaanNYA..
kak nab doakan yang terbaik buat bonda pak itam...
Salam Pak Itam,
BalasPadamMenjegah di aidil-fitri dengan kesyahduan. Sesungguhnya balasan Allah ada yang dibayar secara tunai. Inilah yang diberikan Allah kepada ibunda Pak Itam. Jasa ibu menjaga nenek dan ayah telah terbalas dengan mengurniakan anak-anak yang soleh-solehah dan kini menabur bakti utk. menjaganya.
Insya-Allah yang baik akan baik jua balasannya. Moga ibu diberi kekuatan dan anak-anak diberi kesabaran yang tinggi.
alhamdulillah masih pentingkan solat walau sedang diduga dengan penyakit... harap kita di masa tua mencontohi ibu pak itam
BalasPadamsemoga sentiasa dalam peliharaan allah
salam rezeki,
BalasPadambegitulah anak yang soleh menjaga kesejahteraan ibunya. Kata orang tua-tua seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tahu dapat menjaga seorang ibu.
Salam Pak Itam,
BalasPadamtaj terlewat tapi tidak terlambat lg...selamat hari raya dan maaf zahir batin...
semoga Allah mempermudahkan segala urusan pak itam sekeluarga dlm menguruskan hal ibu...
dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan belas kasihnya pd ibu...spt kasih ibu pd anak2nya...
amin ya Rab
Salam Pak Itam,
BalasPadamPak itam membuat akak teringat zaman akak budak2 dulu..masa buat kuih dgn arwah emak..mengimbau kenangan lalu yg tak pernah padam..
pak itam jaga ibu baik2 yer..sabar penting dalam melayan kerenah org tua yg sakit..banyak berdoa pada Allah..jgn sampai terguris hati ibu..org sakit terlalu sensitif perasaan nya..tak boleh salah sikit..
Salaam Pak Itam,
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan adik-beradik Pak Itam untuk memberi layanan terbaik dan menjaga kebajikan bonda di saat-saat yang amat menduga kesabaran ini.
Kakchiq mendoakan yang terbaik buat bonda Pak Itam.
VpeaceV
Salam ziarah pak itam. Ini la dugaan dari Allah, anak yang soleh akan sentiasa sayang pada kedua ibubapanya. Dengan cara apa, ini la caranya untuk mentarbiah diri. Bagaimana kita bila ditempat dia nanti. Allhamdullah...semoga segalanya peroleh keberkatan, kesihatan dan anak yang soleh mendoakan ibubapanya.
BalasPadamJaga la semasa ia masih ada.
muga diberkati segala amalan2 kita, dikurniakan kesabaran dan nikmat iman.
BalasPadamterpicit tanpa nama .. :)
BalasPadamjasa baik sentiasa dikenang
salam semua
BalasPadamalhamdulillah
jutaan terimakasih kepada kalian semua yang sudi mendoakan buat ibu ku
hanya Allah yang dapat membalasnya
insyallah