WARGA SCP

Khamis, Disember 16, 2010

BURUNG NAK MAMAM


ALHAMDULILLAH

Salah satu aktiviti yang menarik kat sini ialah bagi mamam burung2 ni. Makanannya adalah beriyani unta hehehe
Mau sakit perut burung ni kalau mamam beriyani

Ramuan khas dan dicampur air yang disediakan disebuah kaunter di pintu masuk ke Lory Loft ni. 3 sing dollar utk semangkuk. Tapi kami tak payah bayar krn termasuk dalam pakej tiket yang dibeli tadi. Jadi hanya perlu tunjukkan tiket je .

Kawasan Lory Loft ni sangat besar dan jambatan gantung disediakan mengelilingi kawasan ni yang ketinggiannya kiranya hampir 3/4 pokok2 besar yang menaungi keseluruhan kawasan ni.. Jadi memang senang nak kasi makan .

Burung2 ni memang menghiburkan dan jinak2 belaka . Anak ku sampai terlepas bekas mangkuk makanan burung tu apabila ada burung yang nakal mengigigt mangkuk tu.

Apa yang menarik ialah pelbagai spesis dan warna yang sungguh cantik bagi setiap burung begitu menenangkan perasaan kita semasa di sini.



dipagar sekelilingnya sepenuhnya






penuh pengunjung



jinak hingga boleh hinggap di tangan

Selasa, Disember 14, 2010

BIRD SHOW : part 2

ALHAMDULILLAH

Kami menuju ke Pools Amphitheatre untuk menyaksikan kehebatan burung2 kakaktua ni beraksi . Show lebih kurang 30 minit.

Memang terhibur melihat gelagat dan telatah kepandaian burung2 beraksi. Kata orang haiwan takde otak, tapi lihatlah jika dilatih dan diasah bakat , haiwan pun boleh mendengar cakap. Inikan kita manusia yang diberi akal dan fikiran.


Bird show ni dijalankan 2 kali sehari dan yang paling best , penyertaan penonton terdiri dari kanak2 menjadikan satu pengalaman bagi mereka.

Burung2 ni mempunyai kelebihan mereka sendiri . Ada yang pandai melukis , ada yang pandai selesaikan puzzle . Paling menyeronokkan ialah se kecik yang pandai bercakap dan mengajuk . Yang tak tahan dia boleh nyanyi lagu kebangsaan singapura tu.

Agaknya kalau di ajar lagu nasyid
"Bila izrail datang memanggil" pun dia boleh nyanyi
Bapak gelar dia "Hantu Mak Limah Balik Kampung" pasal dia ketawa berdekah2

Surah Al-Mulk: 19
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Apa yang dapat disimpul di sini ialah betapa hebatnya ciptaan Allah ke atas setiap ciptaannya di muka bumi ni termasuklah haiwan yang hidup melata .

SUBHANALLAH
ALLAHUAKHBAR
BETAPA HEBATNYA KUASA ALLAH

burung ni pandai padan dan suaikan puzzle

pandai naikkan bendera

ni jenis mesra alam
buang sampah ikut tong

siap pakai bangku tu nak buang sampah dlm tong recycle

pandai bersenam angkat berat

ni mulut mcm hantu mak limah balik kampung
pandai cakap dan pandai nyanyi lagu kebangsaan singapura
bersin pun pandai, ketawa mcm hantu mak limah
dan pandai menyalak mcm anjing

Isnin, Disember 13, 2010

MENJENGUK KEBUN BURUNG PELIHARAAN : part 1


ALHAMDULILLAH

Bapak terpaksa pegi over river, (menyeberang sungai HC) sebelum ke oversea . Bapak menggunakan Link Kedua kerana takut tersangkut dan membuang masa di imigresen pulak. Kunjungan bapak kali ini untuk menjenguk kebun burung peliharaan yang lama tak ziarah.

Sampai je kat imigresen johor, dalam 5 minit dah selesai dan di imigresen Singapore pun dalam 10 minit dah selesai. Cuma bila berhenti kat lorong kastam "nothing to declare" a.k.a lorong hijau je, kastam singapore siap periksa dalam dashboard kapal bapak, takut ada seludup makan burung.

Toleh je lorong sebelah menghala ke Johor
"mak datuk" dalam 2-3 km juga keta singapore beratur nak ke Johor.

aci ni pi sini pakai sari je
karang nampak burung jantan , kalau dia gigit sari terburai hehe

10 minit dari CIQ , dah sampai ke kebun burung yang dituju. Ramai juga pengunjung hari ni. Kebun burung ni bukan macam kebun burung biasa kerana kebun burung punyalah besar . Kalau jalan kaki sekitar kebun burung ni , 4-5jam baru khatam.

Jadi bapak pun belilah tiket combo yang termasuk sekali kemudahan menaiki monorel dari satu tempat ke satu tempat siap sekali dengan pakej memberi makan burung.Harga bagi seorang dewasa Sing Dolar 26.00.

Sampai2 je, semua burung kakak tua yang kat depan pintu masuk ni pakat2 siul sambil berkata
"bapak datang yea,yea"
"bapak datang yea,yea"



burung ni pemalu sikit

dok pakat tenggek ramai2 tunggu bapak sampai


penguin ni kira burung jugakan

dok reramai sambil gosip-gosipan

Jumaat, Disember 10, 2010

MUZIUM TENTERA DARAT : PART 2 (leftenan adnan saidi)

bapak gergaji yg digunakan oleh anggota tentera

ALHAMDULILLAH

Penjelajahan kami menerokai khazanah muzium ini dipermudahkan oleh Allah. Sebelum ni semasa kami memasuki muzium Kota Lukut , pengunjung tidak dibenarkan merakamkan gambar di dalamnya. Tapi kali ini di sini, ambik dan tangkaplah seberapa banyak gambar yang nak ditangkap .

Kebetulan seorang petugas di situ dengan senanghati telah membawa kami menerokai satu persatu ruang pameran serta menerangkan dengan terperinci . Terima kasih atas layanan Sarjan Azmi. budi baik tuan, hanya Allah yang dapat membalasnya.

era zaman pemerintahan Inggeris
pahlawan melayu kita boleh dianggap sebagai askar tanah melayu
dalam membebaskan diri dari penjajahan
apa yang menarik ialah baju yang dipakai oleh Rentap (pahlawan Sarawak)
ni merupakan baju asalnya yang telah diawet .
Semangat pahlawan2 dulu inilah yang tersebat di hati para perajurit kita dahulu
dalam mempertahankan negara dari ancaman jepun serta komunis.

pengasas RAMD
Almarhum DYMM Tuanku Muhammad
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
bersama 25 orang anggota pertama RAMD pada tahun 1933

Bila bapak tiba diruang pameran ini, perasaan hairan timbul

"Bagaimana dan apakah kaitan harimau ni dengan sejarah angkatan tentera kita"

rupa2nya lambang kegagahan pada jata Askar Melayu (RAMD) ialah 2 ekor harimau.
Dan harimau dalam ruang pameran ini merupakan harimau betul yang telah diawet .

Di sini juga bapak berkesempatan mengenali pengasas2 setiap rejimen yang terdiri dari kalangan pembesar istana masa dulu.

Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar Shah
Sultan Perak ketika itu juga salah seorang pengasas RAMD

Nombor tentera satu yang tidak dapat dipisahkan dan menjadi identiti bagi setiap anggota . Sekarang nombor sirinya telah sampai sehingga 7 digit dan dah sampai 7 juta orang anggota sehingga kini yang telah berkhidmat sebagai perajurit.

Namun bapak bertuah kerana dapat melihat sendiri fail peribadi asal anggota tentera yang bermula dengan angka 1, bermaksud ia merupakan askar yang pertama berkhidmat ketika itu Allahyarham Abdul Samad bin Abdullah yang mula berkhidmat pada tahun 1933 ketika zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Namun apakah keistimewaan bagi anggota bernombor 90
Tak lain tak bukan, pemegang nombor siri 90 inilah yang pernah berjuang bermati-matian mempertahankan negara kita dari serangan jepun hingga akhirnya beliau rebah dan tersungkur di Bukit Chandu, namun semangatnya tidak luntur hingga ke titisan darah yang terakhir
Leftenan Adnan bin Saidi merupakan salah seorang lagenda kebangaan kita hingga ke hari ini

Marilah sama2 kita sedekahkan fatihah kepada para perajurit dan pejuang agama, bangsa dan negara ini serta rakan2 mereka yang telah kembali kerahmatullah ketika berjuang hingga akhirnya jiwa dan raga mereka terkorban

AL FATIHAH



Fail Peribadi anggota bernombor 1 dan 90
botol air dan seragam askar dahulu