WARGA SCP

Jumaat, Disember 10, 2010

MUZIUM TENTERA DARAT : PART 2 (leftenan adnan saidi)

bapak gergaji yg digunakan oleh anggota tentera

ALHAMDULILLAH

Penjelajahan kami menerokai khazanah muzium ini dipermudahkan oleh Allah. Sebelum ni semasa kami memasuki muzium Kota Lukut , pengunjung tidak dibenarkan merakamkan gambar di dalamnya. Tapi kali ini di sini, ambik dan tangkaplah seberapa banyak gambar yang nak ditangkap .

Kebetulan seorang petugas di situ dengan senanghati telah membawa kami menerokai satu persatu ruang pameran serta menerangkan dengan terperinci . Terima kasih atas layanan Sarjan Azmi. budi baik tuan, hanya Allah yang dapat membalasnya.

era zaman pemerintahan Inggeris
pahlawan melayu kita boleh dianggap sebagai askar tanah melayu
dalam membebaskan diri dari penjajahan
apa yang menarik ialah baju yang dipakai oleh Rentap (pahlawan Sarawak)
ni merupakan baju asalnya yang telah diawet .
Semangat pahlawan2 dulu inilah yang tersebat di hati para perajurit kita dahulu
dalam mempertahankan negara dari ancaman jepun serta komunis.

pengasas RAMD
Almarhum DYMM Tuanku Muhammad
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
bersama 25 orang anggota pertama RAMD pada tahun 1933

Bila bapak tiba diruang pameran ini, perasaan hairan timbul

"Bagaimana dan apakah kaitan harimau ni dengan sejarah angkatan tentera kita"

rupa2nya lambang kegagahan pada jata Askar Melayu (RAMD) ialah 2 ekor harimau.
Dan harimau dalam ruang pameran ini merupakan harimau betul yang telah diawet .

Di sini juga bapak berkesempatan mengenali pengasas2 setiap rejimen yang terdiri dari kalangan pembesar istana masa dulu.

Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar Shah
Sultan Perak ketika itu juga salah seorang pengasas RAMD

Nombor tentera satu yang tidak dapat dipisahkan dan menjadi identiti bagi setiap anggota . Sekarang nombor sirinya telah sampai sehingga 7 digit dan dah sampai 7 juta orang anggota sehingga kini yang telah berkhidmat sebagai perajurit.

Namun bapak bertuah kerana dapat melihat sendiri fail peribadi asal anggota tentera yang bermula dengan angka 1, bermaksud ia merupakan askar yang pertama berkhidmat ketika itu Allahyarham Abdul Samad bin Abdullah yang mula berkhidmat pada tahun 1933 ketika zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Namun apakah keistimewaan bagi anggota bernombor 90
Tak lain tak bukan, pemegang nombor siri 90 inilah yang pernah berjuang bermati-matian mempertahankan negara kita dari serangan jepun hingga akhirnya beliau rebah dan tersungkur di Bukit Chandu, namun semangatnya tidak luntur hingga ke titisan darah yang terakhir
Leftenan Adnan bin Saidi merupakan salah seorang lagenda kebangaan kita hingga ke hari ini

Marilah sama2 kita sedekahkan fatihah kepada para perajurit dan pejuang agama, bangsa dan negara ini serta rakan2 mereka yang telah kembali kerahmatullah ketika berjuang hingga akhirnya jiwa dan raga mereka terkorban

AL FATIHAH



Fail Peribadi anggota bernombor 1 dan 90
botol air dan seragam askar dahulu

6 ulasan:

  1. Assallamualaikum Pak Itam,

    Bagusnya, dapat melawat tempat mcm ni..Kalaulah anak2 pelajar dapat ke sini, melihat dan memikir tentang perjuangan askar2...
    InsyaAllah sekiranya mama nadz ke daerah sana..nak juga mengunjungi muzium tentera ni.
    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Kakak tak tahu ada muzeum ini di sana. Tak patut betul kan org Johor pun tak tahu. (Macam katak bawah tempurung pulak dah).Boleh juga bawa anak-anak pergi melihatnya.

    Besar ke muzeum tu Pak Itam? Teringin pulak nak pergi.

    BalasPadam
  3. salam pak itam, tempat yang amat sesuai untuk bawak anak2

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam mama nadz

    mmg bagus kalau bawak pelajar melawat muzium ni, byk berkaitan dgn matapelajaran sejarah utk sek men dan kajian tempatan utk sek ren

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam kakzakie

    besar dan koleksinya banyak

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kamato

    yup, sesuai utk anak dan kita org tua juga

    BalasPadam