WARGA SCP

Isnin, Januari 10, 2011

CUTI TAPI TAK CUTI


ALHAMDULILLAH

SELASA esok 11/01/2011 cuti umum bagi negeri johor kerana hari HOL.
Kerana semua klien bapak terdiri dari sekolah2 dan jabatan kerajaan bercuti, Bapak dah plan baik punya , ingat nak melengkor atas katil dgn bantal peluk busuk sambil tengok TV

Tapi apakan daya , hajat rasanya tak kesampaian,
Ada pulak esok kena selesaikan satu kerja yang penting kerana menerima "short notice" dari klien dan kebetulan kilang tu tak cuti ,

adoiiiiii

tapi bak kata orang
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

hehehe

Ahad, Januari 09, 2011

UNTOLD & UNCUT STORY THIS SUNDAY

ALHAMDULILLAH










All the ingredents is there
fishball,fish cake,kerang,daging
dan memacam lagi
jom kekawan



Jumaat, Januari 07, 2011

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI MENENANGKAN JIWA

ALHAMDULILLAH

antara ribuan koleksi lukisan alam yang sempat bapak potretkan
buat santapan mata dan hati , rohani dan jasmani
kalian semua
di pagi Jumaat yang mulia ini

sungguh hebat dan indah ciptaan Allah
banyak yang tersurat dan tersirat

Surah Ali-Imran

ayat 190-191


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata,

Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka "






Khamis, Januari 06, 2011

DIJAMIN SAMPAI LUSA

ALHAMDULILLAH

Kalau lihat apa dia kata
"We ship worldwide Big or Small No Problem.... well pack & send to any destination"

Tapi yang bapak pesan 2 ekor kat bawah ni tak sampai2 lagi hehehe

katanya dijamin sampai lusa
tapi lusa dia bila hehehe


Rabu, Januari 05, 2011

JANTINA BASIKAL

basikal ni punya sejarah
kerana digunakan askar jepun masa mendarat di Kota Bahru

ALHAMDULILLAH

Hari ni bapak nak kecek pasal jantina basikal lak. Sebenarnya bebudak sekarang dah tak kenal lagi basikal2 ni dan jantinanya .

Kalau nak tahu , yang kat atas tu adalah basikal jantan
kalau hak tine, dia takde palang kat depan
kalau ada palang , karang terselak kain masa mengayuh hehehe
tapi jenis pompuan yg terejal, dia tak peduli hehehe

teringat masa dedulu,
kalau bawak basikal jantan ni, boleh bawa penumpang lain yg duduk kat palang tu
tapi kalau perjalanan jauh, mau kebas bontot dan boleh buasir hehehe

Bapak dulu punya basikal jantan ni
tapi penutup rantai habis bapak bukak
tak ruggedlah hehe

tongkatnya pula jenis sebelah sahaja
kalau tongkat mcm kat atas tu, biasanya bai jual roti je pakai
pasal dia bawak bakul besar bulat kat belakang dan senang nak tongkatkan nanti

perewel hidupnya bapak ganti dengan perewel mati
punyalah handal masa tu, boleh brek pakai pedal je pasal perewel mati

Paling jauh bapak berkayuh dengan basikal bapak ialah dari jalan Bakri ke air terjun Gunung Ledang. Rasa separuh nyawa nak sampai masa pegi nak balik, melecet kelengkang

sib baik bapak pegi secara sembunyi2 dan rahsia
kalau abah tahu, mau kena belasah
dan basikal tu pasti kena rantai kat tiang umah

Selasa, Januari 04, 2011

SEJENAK DI TEROWONG BINTANG 3

ALHAMDULILLAH

Bapak berkesempatan merasai sejenak pengalaman berada di dalam terowong Bintang 3 semasa kunjungan bapak ke PD tempohari.

Terowong2 sebegini sebenarnya telah lama wujud sejak semasa zaman komunis dulu yang dibina berselirat di dalam tanah. Pelbagai kelengkapan sebenarnya terdapat di dalam terowong ini . Pada waktu malam, kebanyakkan ahli bintang 3 ni akan berada di dalam2 terowong ini agar tidak dapat dikesan. Patutlah askar2 kita dulu memakan masa bertahun2 lamanya untuk menghapuskan mereka kerana mereka amat cekap dalam taktik peperangan gerila ni.

Jom layan perjalanan bapak ke dalam terowong ni yang agak panjang juga

layannnnnnnn

semua bahan ni dah berpuluh tahun usianya
hasil rampasan dahulu
pelbagai ubatan seperti morfin dll dalam bentuk asal

antara senjata mereka yg pernah digunakan

bahan2 risalah dan propaganda serta kitab2 rujukan mereka

bilik pembedahan ditepi jalan utama terowong

tempat tidur mereka

motosikal yg pernah mereka gunakan

bilik mesyuarat

antara ribuan anggota bintang 3 yang berjaya
dibunuh