WARGA SCP

Rabu, Januari 05, 2011

JANTINA BASIKAL

basikal ni punya sejarah
kerana digunakan askar jepun masa mendarat di Kota Bahru

ALHAMDULILLAH

Hari ni bapak nak kecek pasal jantina basikal lak. Sebenarnya bebudak sekarang dah tak kenal lagi basikal2 ni dan jantinanya .

Kalau nak tahu , yang kat atas tu adalah basikal jantan
kalau hak tine, dia takde palang kat depan
kalau ada palang , karang terselak kain masa mengayuh hehehe
tapi jenis pompuan yg terejal, dia tak peduli hehehe

teringat masa dedulu,
kalau bawak basikal jantan ni, boleh bawa penumpang lain yg duduk kat palang tu
tapi kalau perjalanan jauh, mau kebas bontot dan boleh buasir hehehe

Bapak dulu punya basikal jantan ni
tapi penutup rantai habis bapak bukak
tak ruggedlah hehe

tongkatnya pula jenis sebelah sahaja
kalau tongkat mcm kat atas tu, biasanya bai jual roti je pakai
pasal dia bawak bakul besar bulat kat belakang dan senang nak tongkatkan nanti

perewel hidupnya bapak ganti dengan perewel mati
punyalah handal masa tu, boleh brek pakai pedal je pasal perewel mati

Paling jauh bapak berkayuh dengan basikal bapak ialah dari jalan Bakri ke air terjun Gunung Ledang. Rasa separuh nyawa nak sampai masa pegi nak balik, melecet kelengkang

sib baik bapak pegi secara sembunyi2 dan rahsia
kalau abah tahu, mau kena belasah
dan basikal tu pasti kena rantai kat tiang umah

14 ulasan:

  1. Salam pak itam dan mak itam, Selamat tahun baru 2011, wahh boleh gak bersiar- ngan basikal ek..eeee buat kawan jelezzz je. Eh dulu kite kat kg belajor 'riding' naik basikal jantan tau sebab atok je yg ada basikal...

    BalasPadam
  2. salam pak itam. Masa kakpah kecik dulu, nenek selalu bawak naik basikal duduk kat palang depan tu sebab kpah takut duduk belakang. Taknak kasi sakit bontot, palang tu nenek bungkus dengan kain batik tebal2 dan ikat. hehe..

    BalasPadam
  3. salam pak itam,

    hihihi...nostalgia betul bila tgk basikal ni...ye lah, dulu2 ada basikal jantan, ada basikal betina!!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    saya kayuh basikal 14 km untuk pergi balik ke sekolah

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Kakak org kampung basikal macam tu keluarga kakak guna angkat nenas atau kelapa. Guni dijahit kedua hujungnya. Bahagian tengah gunting kemudian guni digantung dipalang. Jadi kedua-dua belah boleh isi nenas/kelapa utk jual di kedai. Cari duit buat belanja pergi sekolah. Susahnya dulu.....

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Kalau Pak Itam & Mak Itam naik basikal tu cantikkk sangat... hehehe, ambik gambar ye.. Persembahan teater selalu gak nampak basikal jantan tu.

    Orang zaman dulu pun kreatif, dia ikat raga besar kat tempat duduk belakang, pastu anak2 kecil duduk dalam raga.. boleh bawak ramai orang macam kereta. hehehe

    BalasPadam
  7. basikal jantan ada palang hehhe, betinya x ada

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam lynn

    mesti kaki sebelah masuk kayuh bawah palang hehehe

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam kak pah

    sib baik dibalutnya palang, kalau dibalutnya bontot hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak nab

    kenangan masa dulu2 kan

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam atuk

    kita samalah dulu kayuh basikal pi sekolah

    kekadang penat kayuh, kayuh laju2 lps tu biar dia jalan sendiri hehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kakzakie

    pengorbanan org kita dahulu membesarkan kita dlm serba kekurangan menjadikan kita siapa hari ni

    alhamdulillah

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam zie

    hehehhe kalau pak itam bawak mak itam, pak itam siap wilie lagi hehehe

    itulah kenderaan kebangaan org dulu2 zaman atuk nenek kita

    BalasPadam
  14. az

    itulah bezanya hehehe

    BalasPadam