ALHAMDULILLAH
Sebut je banjir , ramai penduduk yang fobia dengar perkataan tu. Kadangkala takde hujan , takde ribut , aleh2 air naik je mcm kat area batu pahat dan yong peng . Manakan tidak, sistem ekologi alam kita sudah tidak boleh diramal lagi akibat tangan2 manusia yang rakus cuba mengubah alam . Allah S.W.T telah mengingatkan melalui banyak2 ayat dalam Al-Quran yang telah diturunkan kepada umat manusia sebagai rujukan dan panduan.
Bencana ini terjadi disebabkan tangan2 manusia, bukan alam!
Cubalah kita mengkaji sedalam-dalamnya, sebegitu zalimkah Allah menimpakan bencana kepada kita semua , kalau kita masih mengatakan bahawa bencana ini adalah mutlak dari alam semata, bererti kita telah menganggap bahawa Allah menzalimi hamba-hambaNya, cuba kita perhatikan ayat di bawah ini yang ertinya;
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat kezaliman walaupun sebesar biji sawi”
(QS. An nisa’: 40)
(QS. An nisa’: 40)
Allah tidak mungkin menimpakan bencana dengan zalim, allah mempunyai alasan mengapa dan kenapa, mari kita perhatikan firman allah berikut ini yang ertinya;
“Apa yang datang kepada mu berupa kebaikan maka itu dari allah, sedangkan apa yang menimpamu berupa musibah maka itu dari dirimu sendiri”
(QS. An nisa’ : 79)
(QS. An nisa’ : 79)
Jadi apa yang biasa diucapkan manusia ketika datangnya bencana di negeri ini berupa BENCANA ALAM, itu tidak tepat , kerana dari penamaan itu akan terbayang di otak kita bahawa penyebab bencana ini datang adalah kerana fenomena alam semata-mata
“Dan apa pun yang menimpamu berupa musibah maka disebabkan perbuatan tangan-tangan kalian sendiri, dan allah banyak memberi keampunan”
(QS. As syuura : 30)
(QS. As syuura : 30)

ALHAMDULILLAHSemalam tengahari , takde angin takde ribut , pinggan bapak pun banjir juga dengan asam pedas ni dari tangan mak itam , cuaca pulak dingin2 sejuk je ala2 musim luruh, apalagi berseleralah bapak membanjiri pinggan bapak dengannya.
Bapak minta maap bebanyak kalau mulut kalian pula banjir,dibanjiri dan membanjiri dengan air liur hehehe
Yang pasti banjir kat bawah ni bukan bencana, tapi rezeki kami berdua hehehe
Bapak minta maap bebanyak kalau mulut kalian pula banjir,dibanjiri dan membanjiri dengan air liur hehehe
Yang pasti banjir kat bawah ni bukan bencana, tapi rezeki kami berdua hehehe

















































