WARGA SCP

Selasa, Februari 08, 2011

BANJIR,MEMBANJIRI,DIBANJIRI

hebat kancil , boleh berenang lagi

ALHAMDULILLAH

Sebut je banjir , ramai penduduk yang fobia dengar perkataan tu. Kadangkala takde hujan , takde ribut , aleh2 air naik je mcm kat area batu pahat dan yong peng . Manakan tidak, sistem ekologi alam kita sudah tidak boleh diramal lagi akibat tangan2 manusia yang rakus cuba mengubah alam . Allah S.W.T telah mengingatkan melalui banyak2 ayat dalam Al-Quran yang telah diturunkan kepada umat manusia sebagai rujukan dan panduan.

Bencana ini terjadi disebabkan tangan2 manusia, bukan alam!

Cubalah kita mengkaji sedalam-dalamnya, sebegitu zalimkah Allah menimpakan bencana kepada kita semua , kalau kita masih mengatakan bahawa bencana ini adalah mutlak dari alam semata, bererti kita telah menganggap bahawa Allah menzalimi hamba-hambaNya, cuba kita perhatikan ayat di bawah ini yang ertinya;

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat kezaliman walaupun sebesar biji sawi”
(QS. An nisa’: 40)

Allah tidak mungkin menimpakan bencana dengan zalim, allah mempunyai alasan mengapa dan kenapa, mari kita perhatikan firman allah berikut ini yang ertinya;

“Apa yang datang kepada mu berupa kebaikan maka itu dari allah, sedangkan apa yang menimpamu berupa musibah maka itu dari dirimu sendiri”
(QS. An nisa’ : 79)

Jadi apa yang biasa diucapkan manusia ketika datangnya bencana di negeri ini berupa BENCANA ALAM, itu tidak tepat , kerana dari penamaan itu akan terbayang di otak kita bahawa penyebab bencana ini datang adalah kerana fenomena alam semata-mata

“Dan apa pun yang menimpamu berupa musibah maka disebabkan perbuatan tangan-tangan kalian sendiri, dan allah banyak memberi keampunan”
(QS. As syuura : 30)


org tua pun syok main air

ALHAMDULILLAH

Semalam tengahari , takde angin takde ribut , pinggan bapak pun banjir juga dengan asam pedas ni dari tangan mak itam , cuaca pulak dingin2 sejuk je ala2 musim luruh, apalagi berseleralah bapak membanjiri pinggan bapak dengannya.

Bapak minta maap bebanyak kalau mulut kalian pula banjir,dibanjiri dan membanjiri dengan air liur hehehe

Yang pasti banjir kat bawah ni bukan bencana, tapi rezeki kami berdua hehehe



10 ulasan:

  1. 'takde hujan takde ribut' tu tak tepat... minggu lepas kami kat batu pahat dari sabtu-selasa, hujan tak berhenti², kalau stop kejap pun, matahari tak keluar... syukur, syok tidur! :)

    BalasPadam
  2. kog


    heheheh tu batu pahat kat norway yg takde hujan takde ribut dia banjir hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Kakak lalu juga Batu Pahat sebab jalan digenangi air (dihadapan Universiti Tun Hussien Onn))ada seekor belut membuat onar di atas jalan hingga kereta kami hampir accident. Kami ingatkan ular....

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam kak zakie

    hehehe bukan belut tu kak,
    entah2 bapak lintah hehehe

    BalasPadam
  5. Assalammualaikom wtb pak itam. Lama rasanya tak menziarahi pak itam, di maya dan di alam nyata.
    Kawasan ana ji UT juga banjir terus, kawasan pedalamn juga bajir. Allhamdullah tak seteruk di Muar, Labis dan Yong Peng.

    Bila pak itam ambil gambar2 banjir ini. Tahun 2006 atau 2011?

    Gambar yang merah menyala tu? Semalam ke hari ini. Buat panas di waktu panas shj.Allhamdullah semunya rezeki.

    JazakaAllah

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah, moga pulih cepat banjirnya di tmpt MI

    gambar banjir ni yang terbaru hari selasa lepas

    gambar banjir merah tu semalam punya hidangan tengahari hehehe

    BalasPadam
  7. Aslkm

    Larat ke makan berdua tu...

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam mama ju

    hehe

    selalu tak habis kami berdua, nanti petang sambung balik cecah lempeng ke hehe

    BalasPadam
  9. banjir rumah tak apa ye...jgn terlupa banjir di pinggan...hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam safiudin

    semuanya berbalik kepada Al Quran untuk mencari jawapannya

    insyallah

    psss kuah dah habis kena hirup hehe

    BalasPadam