WARGA SCP

Ahad, Januari 27, 2013

PART 35 USA : JALAN YANG LURUS

ALHAMDULILLAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِاللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.  

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian alam. 

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta segala pertolongan. 

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
         Tunjukilah kami jalan yang lurus, 

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  





Dari Lensa Bapak SCP
Las Vegas - Fresno
USA 
 










Jumaat, Januari 25, 2013

PART 34 USA : KEBULOQ NASI

ALHAMDULILLAH

  
Hampir sepurnama aku tak jumpa nasi kerana kami memang tak bawak pun tong beras masa datang sini. Kata orang kedah dah "kebuloq nasi" dan betapa kami merindui akan nasi . 

Kat hotel penginapan kebanyakkannya jenis "American Breakfast" dan itulah yang kami ambil sebagai sarapan saban pagi dengan roti dan telur manakala yang lain2 kami tak boleh ambil dan makan walaupun macam-macam ada .

Jadi apabila kami sampai ke San Francisco yang terkenal dengan restoran makanan lautnya , maka kerinduan kami akhirnya  terubat juga .

view dari dalam Pier Market menghadap limbungan


Di The Piers ni , memang terdapat banyak sangat Seafood Restaurant yang berderetan hingga tak tahu mana satu nak pilih tapi ketika "lunch time" jangan haraplah kita boleh dapat "table" kerana tempat ini merupakan tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia jika mereka berkunjung ke kota San Francisco. 

Aku ingat nak menyantap kat kat Bubba Gump and Shrimp, tapi bila tengok mak datuk beratur panjang hingga terkeluar dari restorannya, maka kami batalkan niat dan ranjau punya ranjau , akhirnya Pier Market menjadi pilihan kami. 

Itupun tak dapat "table" . Sesuatu yang menarik kat sini, kalau kita tak dapat "table", kita akan diberikan dengan suatu alat fungsinya macam "pager" a.k.a "kelui" dan kita bolehlah merayau dulu mana2 kita nak pergi . Tapi janganlah merayau sampai Washington DC pulak hehehe

Bila sahaja "table" dah ada kekosongan dan tiba giliran kita, alat tersebut akan bertukar dari warna biru ke merah dan lampunya berputar ligat. Tu yang aku cakap tadi, kalau kita merayau sampai Washington, berejam pulak nanti nak sampai San Francisco nanti hahaha




Lama juga aku nunggu dan belek2 alat tu nak aku rasa "kecik" je alat tu aku pandang dan rasa nak mamah je pasal perut aku memang lapar dan sambil jeling2 kat pelanggan yang ramai dan restoran yg penuh sesak sesangat.

Lepas 20 minit, alat tu bertukar warna dan aku dah macam bebudak kecik menjerit dan melompat keriangan pasal tak sabar dah nak makan nasi ni.

"Table" dah dapat dan apa lagi mulalah membelek menu ala carte dan kena tengok dan cari yang 100% vegetarian tapi kat sini memang semua jenis makanan laut dan takda si hidung penyek tu dan sewaktu dengannya dihidangkan di sini. 

Tapi nak kena tengok jugak kerana ada tertulis setiap ramuan yang akan digunakan dalam setiap hidangan tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan aku pilih yang ada kat gambar di bawah ni yang entah apa ke benda pun aku lupa nama menunya bersama nasi dari beras jasmine yang sedap sangat pasal digoreng menggunakan keju serta salad .

Nasib baik aku sempat ambil fotonya kerana lepas tu aku memang tak toleh kiri kiri kanan kerana dah lama "Kebuloq Nasi"

Alhamdulillah
Terubat jugak keriunduan kami.

Kosnya untuk kami dalam USD 50 termasuk side order sup isi ketam yang sangat pekat lawannya roti sebagai pembuka selera dan aku biasalah dengan Capuchino sebagai minuman kerana sesejuk ni, kena segelas capuchino boleh menyegarkan .

Rasanya memang tak dapat aku cerita pasal memang "fresh" sungguh segala2 aku rasa dan terbaik dari ladang . Kalau tak, takkan Pier Market diiktiraf dan dianugerahkan sebagai salah sebuah "Best Seafood in San Francisco"

Apabila aku cuba bandingkan dengan Manhattan Fish and Chips yang terdapat di Tanah Melayu, ternyata kualiti bahan yang digunakan di sini memang yang terbaik kerana memang terasa yang semua bahannya "fresh" sesangat.

Alhamdulillah



depa guna beras mati Jasmine

kulit lemon ni je aku tak telan

Khamis, Januari 24, 2013

Selasa, Januari 22, 2013

PART 32 USA : IMPIAN HAMPIR TERLAKSANA

ALHAMDULILLAH

Semua orang pasti mempunyai impian. Impian boleh kita bahagikan kepada dua bahagian. Impian di dunia dan juga impian di akhirat.

Kalau impian di akhirat, pasti setiap individu aku rasa tak kira agama terutamanya kita yang beragama islam menanamkan impian untuk memasuki syurga . Rasanya takda kut yang impiannya nak masuk neraka. Jadi untuk merealisasikan impian akhirat tu, Allah dah bagi kita satu garis panduan yang cukup mudah dan sejelas-jelasnya dan kita sebagai hambaNYA tak boleh lari dari mengikuti apa yang telah digariskan. Tapi semua itu kerja Allah sebenarnya untuk menetapkan samada kita berjaya memasuki syurga atau disebaliknya.Namun lambat atau cepat dialam akhirat nanti, pasti orang yang beragama islam akan berakhir di syurga seperti yang dijanjikan.

Tak semestinya orang islam yang nampak selekeh dan selalu melanggar perintah Allah akan berakhir di neraka nanti dan juga tak semestinya orang islam yang nampak alim akan memasuki syurga dulu kerana selagi kita bernama manusia, pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan yang sentiasa dicatat oleh kedua-dua malaikat di kiri kanan bahu kita tanpa tertinggalkan walau sebutir zarah.Kita bukan bersifat  maksum.

Memang tak dapat kita nafikan sebagai manusia yang lemah macam aku jugak pasti tak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan , namun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sentiasalah cuba melakukan perubahan dalam diri demi mencapai impian di akhirat kelak dengan melakukan apa sahaja suruhannya dan cuba meninggalkan segala larangannya.

Semoga kita semua sebagai umat islam akan berakhir dengan impian yang hakiki ini iaitu bertemu dan berkumpul di syurga nanti, tapi kita kenalah berusaha ke arah tersebut .

OK, itu impian akhirat.

Ini yang aku nak cerita adalah impian dunia pula. Kalau insan yang bernama manusia takda impian kat dunia ni, aku rasa kehidupan mereka "kosong,kosong,kosong" bak lagu Najwa Latif tu. Dah Allah jadikan manusia tu punya hati dan impian tu tentunya datang dari hati .Tak pernah pulak impian datang dari kaki hehehe

Ada yang mempunyai impian yang macam-macam.
Ada yang nak anak ramai,
Ada yang nak bini ramai,
Ada yang nak rambut lurus dan macam-macam lagilah hingga kalau di tulis , dari Tanah Melayu sampai Grand Canyon ni pasti tak cukup tanah.

Antara impian kami yang hampir terlaksana ialah untuk menjejakkan kami ke semua benua di muka bumi Allah ni untuk melihat kehebatan Allah mencipta bumi ini di samping melihat peradaban manusia yang hidup melata Allah letakkan di bumiNYA ini.

Alhamdulillah,
Dengan izin Allah , Benua Asia, Benua Eropah, Benua Afrika, Benua Ocenia dan kini Benua Amerika telah kami jejaki. Hanya satu lagi je yang belum iaitu Benua Amerika Selatan . Tak tahulah sempat ke tidak kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Dulu dah plan nak pi tengok World Cup 2015 kat Brazil, tapi perancangan kami tak serius ke arah tu.

Kalau nak kira2 dan kumpul segala perbelanjaan kami semasa kami merealisasikan impian kami kembara ke benua2 tersebut sejak tahun 2001 lagi, pasti entah berapa bijik banglo yang dapat kami kumpul dan beli dengan wang tersebut , tapi bagi ku seperti mana yang aku katakan, kepuasan diri tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta kekayaan.

Bagi kami cukuplah apa yang sekadar kami ada sekarang sebagai tempat berteduh anak2 kami nanti bila kami  dah tiada. Kalau nak lebih, mereka kena cari sendiri kerana yang wajib dan asas serta yang  perlu,  telah kami sediakan. Kalau nak kira dengan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan hanya utk kembara kami , entah sekarang aku dah pakai Ferari kot, tapi cukuplah apa yang kami pakai sekarang kerana itu sudah memadai . Aku tetap gemar bawak kereta aku yang bertampal dengan binding tape tu .Pada siapa yang tak mengenali aku pasti berkata , 

"kereta buruk bertampal2 dengan binding tape pun masih dibawanya lagi, pasti kerja kontrak bancuh simen je " 
hehehe
Kepuasan memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Kepuasan seseorang individu pasti tak sama kerana rambut sama hitam, impian lain-lain.
Yang sama impiannya macam aku kata tadi bagi org islam , tentu semua nak masuk ke syurga.

Sebenarnya hidup ini tak selalu indah tapi tak bererti kehidupan kita ini akan berakhir dengan kekecewaan selama-lamanya. Cepat atau lambat kita tak tahu dan begitu juga kesudahannya samada kesudahan yang memeritkan atau sebaliknya.

Begitu juga yang kita sangkakan kehidupan yang begitu indah dan rezeki yang banyak tak semestinya berakhir dengan "happy ending".

Begitu juga dengan kehidupan kami .
Kami pun bukan jenis belajar pandai dan sampai ke universiti .
Tapi maklumlah, bila kita tak belajar tinggi, orang pandang kita lekeh .
Bila kita hanya mampu duduk rumah sewa yang 25 ringgit sebulan sewanya masa tu, siapalah kita di mata mereka . Aku tak peduli semua tu kerana yang penting kehidupan kami sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah , tak kira masa kami susah atau senang. Itulah menjadi impian  kami masa tu.

Mana lebih penting,
mulia di mata manusia atau mulia pada pandangan Allah ??????

OK.

Ni hadiah dari aku untuk tatapan mata kalian semua lepas aku dok letak mak itam dalam bakul motor kerana kesejukkan dan aku meranjau sendirian sesorang kat sepanjang  tebing tu untuk mendapatkan koleksi terbaik buat simpanan ku .Kalau aku terjatuh dari tebing tu 6000 kaki ke bawah, pasti takda foto2 ni hehehe

Hadiah percuma dari aku dan semestinya semuanya datang dari Allah jua.Mana foto yang boleh aku kongsikan, aku kongsikan.

Semua tembakan menggunakan lens 18-200 serta Polarizer Neutral Density Filter .