ALHAMDULILLAH
Hampir sepurnama aku tak jumpa nasi kerana kami memang tak bawak pun tong beras masa datang sini. Kata orang kedah dah "kebuloq nasi" dan betapa kami merindui akan nasi .
Kat hotel penginapan kebanyakkannya jenis "American Breakfast" dan itulah yang kami ambil sebagai sarapan saban pagi dengan roti dan telur manakala yang lain2 kami tak boleh ambil dan makan walaupun macam-macam ada .
Jadi apabila kami sampai ke San Francisco yang terkenal dengan restoran makanan lautnya , maka kerinduan kami akhirnya terubat juga .
view dari dalam Pier Market menghadap limbungan
Di The Piers ni , memang terdapat banyak sangat Seafood Restaurant yang berderetan hingga tak tahu mana satu nak pilih tapi ketika "lunch time" jangan haraplah kita boleh dapat "table" kerana tempat ini merupakan tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia jika mereka berkunjung ke kota San Francisco.
Aku ingat nak menyantap kat kat Bubba Gump and Shrimp, tapi bila tengok mak datuk beratur panjang hingga terkeluar dari restorannya, maka kami batalkan niat dan ranjau punya ranjau , akhirnya Pier Market menjadi pilihan kami.
Itupun tak dapat "table" . Sesuatu yang menarik kat sini, kalau kita tak dapat "table", kita akan diberikan dengan suatu alat fungsinya macam "pager" a.k.a "kelui" dan kita bolehlah merayau dulu mana2 kita nak pergi . Tapi janganlah merayau sampai Washington DC pulak hehehe
Bila sahaja "table" dah ada kekosongan dan tiba giliran kita, alat tersebut akan bertukar dari warna biru ke merah dan lampunya berputar ligat. Tu yang aku cakap tadi, kalau kita merayau sampai Washington, berejam pulak nanti nak sampai San Francisco nanti hahaha
Lama juga aku nunggu dan belek2 alat tu nak aku rasa "kecik" je alat tu aku pandang dan rasa nak mamah je pasal perut aku memang lapar dan sambil jeling2 kat pelanggan yang ramai dan restoran yg penuh sesak sesangat.
Lepas 20 minit, alat tu bertukar warna dan aku dah macam bebudak kecik menjerit dan melompat keriangan pasal tak sabar dah nak makan nasi ni.
"Table" dah dapat dan apa lagi mulalah membelek menu ala carte dan kena tengok dan cari yang 100% vegetarian tapi kat sini memang semua jenis makanan laut dan takda si hidung penyek tu dan sewaktu dengannya dihidangkan di sini.
Tapi nak kena tengok jugak kerana ada tertulis setiap ramuan yang akan digunakan dalam setiap hidangan tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan aku pilih yang ada kat gambar di bawah ni yang entah apa ke benda pun aku lupa nama menunya bersama nasi dari beras jasmine yang sedap sangat pasal digoreng menggunakan keju serta salad .
Nasib baik aku sempat ambil fotonya kerana lepas tu aku memang tak toleh kiri kiri kanan kerana dah lama "Kebuloq Nasi"
Alhamdulillah
Terubat jugak keriunduan kami.
Kosnya untuk kami dalam USD 50 termasuk side order sup isi ketam yang sangat pekat lawannya roti sebagai pembuka selera dan aku biasalah dengan Capuchino sebagai minuman kerana sesejuk ni, kena segelas capuchino boleh menyegarkan .
Rasanya memang tak dapat aku cerita pasal memang "fresh" sungguh segala2 aku rasa dan terbaik dari ladang . Kalau tak, takkan Pier Market diiktiraf dan dianugerahkan sebagai salah sebuah "Best Seafood in San Francisco"
Apabila aku cuba bandingkan dengan Manhattan Fish and Chips yang terdapat di Tanah Melayu, ternyata kualiti bahan yang digunakan di sini memang yang terbaik kerana memang terasa yang semua bahannya "fresh" sesangat.
Apabila aku cuba bandingkan dengan Manhattan Fish and Chips yang terdapat di Tanah Melayu, ternyata kualiti bahan yang digunakan di sini memang yang terbaik kerana memang terasa yang semua bahannya "fresh" sesangat.
Alhamdulillah
depa guna beras mati Jasmine
kulit lemon ni je aku tak telan
Salam pak
BalasPadamBest kan x makan nasi...boleh kempis perut.hihi
But bila nampak aje menu yg ada nasi..terus order.tak pikir panjang.tekak melayu mana pegi pun nak nasik..haha
waalaikumsalam
Padamhehe rindu woooooo nasi
kalau pegi US lain kali, mau kena usung rice cooker hehe
Assalamualaikum Yob,
BalasPadammujur ada gambor....berselera sungguh teman tengok! Tapi errkkk...cukup ke nasik cenonet tu?
waalaikumsalam kak
Padamvavava akak dah sampai setanbul semula ya hehehe
tak cukup kak, kat sini takda nasi tambah hahaha
nasib baik ada side order lain
Salam bapak. Kalau saya, konpem la kebuloq nasik sangat2 sebab saya gebu kentang, kehkeh. Nampak sedap aih ikan tu. & tetiba ja teringin sup ketam pekat likat cicah roti, mana la pulak nak cari malam2 camni, adoyai..
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamikan tu mmg sedap sgt digrill, entah ikan apa dah lupa psl lapo bebenor hahaha
sup ketam pekat tu dia msk dgn cream mmg sedap hingga nak jilat je mangkuk tu hehehe
Assalam bapak,
BalasPadamkire hebat la bapak.. fm pg hk bru2 ni pon seharian tak makan nasik rasa hiba nak nangis. hahahahahahaha.. oh tidak!!!!!!!!!!
waalaikumsalam
Padamvavava pi main roulette kat macau tak ajak bapak ye hehehe
pi jumpa mikey kat disneyland hk tak
salam bapak
BalasPadamtentu bapak dan mak itam dah kuwos kan sebab dah sepurnama tak jumpa nasi..cayalah!
balik nanti jangan lupa timbang tau!
waalaikumsalam
Padamhehe rasa turun kot pasal pakai tali pinggang kat lubang yg baru hehe