WARGA SCP

Selasa, Mac 18, 2014

MOLLY THE CAT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 Molly baru lepas habiskan semangkuk dada ayam dengan carrot

Welcome aboard . Satu ungkapan yang pasti disapa oleh pramugari atau pramugara ketika kaki melangkah memasuki ke perut pesawat sebelum terbang . Namun hari ini aku tak nak menyentuh berkaitan penerbangan yang mana saban hari , setiap detik dan waktu kita dihidangkan dengan peristiwa dan misteri yang masih belum terungkai . 

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan doa ku agar misteri ini akan berakhir dengan kebenaran terserlah dengan izin Allah jua dan tiada yang menjadi mangsa keadaan dan menjadi "kambing hitam" hanya kerana teori dan teknologi manusia yang tak sampai sebesar zarah pun dengan kehebatan Allah S.W.T.

Welcome aboard yang aku nak kongsikan di sini ialah kehadiran seekor insan kecil baru dalam kehidupan kami yang memasuki bulan ke 5 sebenarnya . Kira dia masih "baby" lagi pada kami. 


Bulan-bulan pertamanya, Mak Itam kena berikan perhatian yang lebih pada Molly kerana sebenarnya Molly ni kira 'anak angkat " diambil dari tuan asalnya yang yang berhajat membuangnya kerana penyakit akibat kurang penjagaan pada peringkat awal kelahirannya dan tidak diberi suntikan imunisasi ikut jadual mengakibatkan Molly mendapat penyakit berkaitan "fungus".

Daripada dia nak buang dan entah bagaimana nasibnya, Molly diambil oleh anak pompuan aku dan dibawa dari KL ke HC untuk menjadi ahli keluarga baru kami selain Teddy dan juga Penny. Setelah menjalani proses rawatan dan suntikan hampir saban bulan berulang ke klinik, akhirnya Molly pulih walaupun belum 100% .

Mak Itam kasi nama Molly dan aku pula panggil namanya Mollypop kira macam Lolipop hehehe

Molly kini kembali aktif dan tersangatlah lasak macam budak kecik yang kerjanya nak main je. Molly masih belum kami beri kebebasan 100% macam abangnya Teddy dan akaknya Penny. 

tiga2 kucing kami memang pakai rantai ada loceng
senang nak kesan mereka 

Molly hanya dilepaskan ikut masa tertentu untuk dia bermain dengan abang dan kakaknya . Kerana ia dikira masih "baby" , makanannya diletakkan dalam sangkar dan begitu juga "toilet bowl" nya kerana ia masih makan makanan untuk Kitten dan bukan makanan untuk kucing dewasa . Alhamdulillah, ia hingga kini Molly takda masalah untuk gunakan tolilet bowlnya sendiri .

Selang 2 hari sekali, mak itam akan masak makanan kegemarannya iaitu dada ayam rebus dicampur dengan lobak merah. Kemuadian dada ayam tu kena siat2 dan hancurkan kecil2. Sekali dia hadap , tak toleh kiri-kanan.

Apabila tiba waktu bermain, Molly akan dilepaskan dengan abang Ted dan akak Penny . Molly memang jenis suka bermain dan bermain tak ingat dunia. Habis diperambatnya Ted dan Penny hingga kedua2 nya akan lari menyembunyikan diri sampai aku gelarnya "Cat From Hell" hehehe

Sekarang ni entah dah 4-5 biji bola mainannya yang mak itam belikan dan dia akan leka bermain dengan bola yang mempunyai loceng didalamnya . Main tanpa henti sampai tak ingat dunia. Memang kehadiran Molly yang persis "Felix The Cat" yang terkenal dengan watak nakal sentiasa menceriakan kehidupan kami.

Bila dah besar sikit nanti dan dah boleh makan makanan yang sama dengan abang Ted dan akak Penny, Molly akan kami berikan kebebasan sepenuhnya dan tak perlu duduk sangkar ikut time mcm dua ekor Ted dan Penny tu yang hidup bebas dalam teratak kami.

Welcome Aboard Molly


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur..
    Selamat dan semoga sentiasa bahagia dan sihat wal'afiat Molly..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak

      Molly , Teddy dan Penny terapi buat kami apabila lihat telatah mereka hehehe
      Molly kalau main sampai tak ingat dunia hahaha

      Padam
  2. Assalamualaikum..
    Lama dah tak ziarah ke sini & rupanya dh ada ahli keluarga yg baru.
    Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan rezeki keluarga Bapak bersama Molly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ibuk

      Alhamdulillah
      moga haiwan ni sentiasa mendoakan rezeki buat kami , insyallah

      Padam
  3. Salam Rezeki.
    Marina ternampak gambar Molly dan terus tanya bila nak bela kucing? Hahahahahahaha......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam uncle


      hehehe
      selalunya anak perempuan ni memang suka bela kucing , mau dikeleknya ke hulu ke hilir dan bawak tidur

      Padam