WARGA SCP

Isnin, Mac 31, 2014

JDT VS ATM ALE ALE ALE ALEEEEA : Part 1

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dah lama aku tak menulis cerita tentang pasukan JDT yang sekarang masih belum konsisten mencari rentak kemenangan sejak akhir2 ini walaupun dibarisi dengan deretan bintang . Kali terakhir depa dok memang bergaya masa mengalahkan Selangor tempohari dengan jaringan 4-1 dan dengan permainan yang penuh bergaya dan penuh seni.

Macam biasa aku tetap berpasar tani setiap pagi Sabtu . Tapi kalau ada game di Stadium Larkin yang mana di situ juga deretan peniaga pasar tani mencari rezeki, lepas subuh je aku dah kena bertolak dari HC kerana sukar nak dapat parking kereta nanti.


 pokcik marsyal stadium
not US Marsyal
 
Aku dah letak wakil rasmi aku suruh beratur kat kaunter jual tiket pagi tu sementara kami dok beli ikan dan sayur . Barisan yang beratur dok nak beli tiket walaupun baru pukul 7 lebih sikit dah panjang jugak.Macam biasa beli ikan , sayur dan sewaktu dengannya buat bekalan seminggu. 

Pukul 8 lebih ,urusan kami kat pasar tani dah siap . Letak ikan sesiap dalam kereta sambil menuju ke kaunter penjualan tiket yang aku tengok semakin panjang. Cuma satu je aku cukup tak berkenan dengan segelintir sikap orang kita . Kalau cakap tak faham bahasa , marah . Tapi memang tak faham bahasa . Dahlah datang lambat , suka hati je suka selit2 motong barisan orang lain . Kira potong "Q". Ada 4-5 orang budak muda yang dok beratur dari awal tadi aku lihat dok jerit marah yang jenis potong"Q" ni .

Itulah sikap orang kita yang suka potong "Q". Kalau kat jalan ada 2 lorong, dia buat sendiri lorong dia jadi 3,4 lorong, mana tak kesesakkan makin teruk . Semuanya kerana takda disiplin . Kalau sesiapa pernah memandu di negara maju macam kat eropah je, lihatlah betapa pemandu mereka cukup "berakhlak" semasa memandu.  Nak naik turun bas atau train pun mereka tahu beratur. Kita ni orang islam nama je, iman ada tapi minta maaf lah , akhlak ada kurang sikit. Depa tu bukan pun beragama islam, walaupun tiada cahaya keimanan dalam diri mereka, tapi mereka tahu adab .

Aku minta maaf sekiranya ada yang tersinggung, tapi itulah kenyataan.


pegawai FAM dok periksa padang yang akan digunakan malam ni



Kaunter yang patutnya bukak pukul 9 pagi tak bukak ikut masa yang terpampang di screen bergerak ni. Pukul 9.15 baru bukak , lewat 15 minit . Baru nak cop tiket kot hahahahaha

Anak aku beratur kat tempat tiket Grandstand. Tak sampai setengah jam , tiket grandstand boleh habis. Tapi aku tak heran kerana sebenarnya aku rasa banyak tiket bahagian grandstand tu dah berada kat ulat2 tiket kot . Sebenarnya masalah ni berlaku kat mana2 sebenarnya. Sedangkan kat stesyen bas pun ramai ulat tiket , inikan tiket bola yang terhad dan laris macam goreng pisang panas.

Sebagai langkah untuk mengatasi ulat2 tiket ni, sepatutnya jualan tiket ni dah tak macam ni lagi beratur2. Patutnya jualan tiket ni dah boleh gunakan secara atas talian atau "online". Nak buat dengan tak je.....


nilah dia terowong larkin hehehehehe

 jam madang pukul 7 je lagi tahun lepas hehehe
bateri habis kot 
2 jam beratur, dapat jugak kami tiket untuk tempat duduk terbuka . Terbuka pun terbuka laaa. Dari yang tak dapat tiket kerana tiket kat kaunter untuk game malam ni JDT vs ATM dalam pukul 11 lebih tadi katanya dah "sold out".

Tiket dah ada ditangan, maka malam ni ale,ale,ale "Luaskan Kuasa Mu Johor" kami di Larkin nanti.

Alhamdulillah.


jgn hiraukan jam tu
habis bateri



open tiket dah penuh dengan penonton
baru pukul 6.00 ptg je ni

tempat penyokong "away" ATM masih kosong

0 comments:

Catat Ulasan