بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
mamat ni sambil bergurau ,sambil pancut air
sapa duduk 5 barisan dari depan pasti terkena tempiasnya
Kesemua stuntman dan stuntwomen yang terlibat di sini terdiri dari kalangan orang putih. Begitu juga masa aku tengok kat Singapore. Apa yang nak aku cuba nak sampaikan, KALAU BANGSA LAIN BOLEH, MENGAPA TIDAK BANGSA MELAYU" dalam konteks kehidupan seharian kita.
Rata-rata sebenarnya bangsa kita banyak ketinggalan berbanding bangsa lain .Adakah kita hanya berbangga dengan ramainya anak melayu kita menduduki pusat-pusat pengajian tinggi sedangkan apabila mereka keluar ke alam pekerjaan , mereka menanggung hutang yang banyak kerana terpaksa meminjam untuk membayar sejumlah kos menanggung pengajian mereka sedangkan tampuk ekonomi kita dipegang oleh orang lain.
Zaman sekarang takde yang percuma , waima nak buang air sekali pun kena bayar . Kalau boleh , aku tak mahulah lihat bangsa kita hanya menjadi "jaguh berpolitik" yang kekadang aku lihat lebih kepada retorik sedangkan hakikatnya kita terus ketinggalan . Moga nasib anak-anak kita terus terbela dan semoga mereka tak terus tenggelam punca menghadapi zaman yang tentunya lebih mencabar di kemudian hari .

Kembali kepada riang ria bersama kit kat di Water World ni. Pengunjung telah mula memenuhi tempat duduk yang kosong. Selain wajah "mat salleh" ni, kelihatan begitu ramai sekali jugak wajah "hispanic" yang mudah aku kenali dengan raut wajah mereka dan kulit sawo matang macam kulit melayu. Mereka ini merupakan kalangan pendatang suatu masa dulu dan pastinya kini mereka telah mendapat "green card" dan menjadi sebahagian dari rakyat yang sama2 membangun bumi America ini.
Namun di mana jugak mereka berada, aku lihat identiti bangsa mereka tidak mereka lupakan dan tinggalkan .Tu sebab di sesetengah tempat di sini, mereka masih mengekalkan corak sosio budaya mereka yang dapat kita lihat dari segi nama premis perniagaan, nama jalan dan sebagainya .
Kalau pendatang cina berbangga dengan China Town mereka, pendatang Hispanic ini juga berbangga dengan perkampungan mereka sendiri hinggakan nama Los Angeles California sebenarnya asalnya dari El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles del Río de Porciúncula .

Aku cuba dapatkan kedudukan terbaik dari baki tempat duduk yang belum bertuan . Untuk mengelakkan dari terkena percikan air, aku pastikan aku menduduki barisan2 yang agak ke belakang sikit kerana sebelum "show" bermula, ada 2-3 orang stuntman mereka dok bergurau senda dengan penonton sambil2 pancut air gunakan senapang air .Kalau kalau kena DSLR aku, tak berbaloi hehehe
Cuaca yang cerah dan begitu baik sekali menyebabkan setting di kamera aku tak perlu diadjust banyak. Namun jangan sangka cerah sebegini membawa kepanasan. Hakikatnya sejuk dan dingin sebenarnya. Itulah kuasa Allah dalam mentadbir sekalian alam yang pasti sampai kiamat, tak terjangkau dan tak dapat ditandingi walau bagaimana canggihkan teknologi yang manusia bangunkan seperti mereka bangunkan teknologi untuk pertunjukan di Water World ini sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Buruj ayat 16:
Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang menggambarkan keagungan dan kehebatanNya sebagai Pencipta Sekalian Alam. Allah bebas bertindak mengikut apa yang dikehendakiNya. Sifat-sifat Allah SWT ini kekal buat selama-lamanya. Allah SWT berkuasa melakukan sesuatu perkara mengikut iradatNya walaupun tidak dipersetujui manusia. Contohnya, Allah SWT berkuasa membinasakan orang-orang yang melakukan kezaliman semasa mereka berada di dunia lagi serta sebaliknya. Allah SWT juga berkuasa menangguhkan balasan tersebut sehingga tiba hari kiamat. Kekuasaan dan keagungan Allah SWT tidak boleh dicabar oleh manusia walau sepandai mana manusia atau secanggih mana teknologi yang mereka miliki.
Allahuakhbar.

“Yang berkuasa melakukan segala yang
dikehendaki-Nya.”

Firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia
menghendaki adanya sesuatu hanyalah Dia berfirman
kepada (hakikat) benda itu: ‘Jadilah engkau’, maka ia terus
menjadi.”
Allahuakhbar.
show baru bermula
0 comments:
Catat Ulasan