WARGA SCP

Ahad, Jun 01, 2014

PENGGUNAAN ALKOHOL SEMASA SOLAT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970 

Keputusan: 

Menurut maklumat yang di terima, alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu: 

 i)Alkohol kayu (methanol) 
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol) 

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH. Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. 

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras. Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. 

Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.

Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan. Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan. 

Sumber : JAKIM

Islam itu indah .
Islam itu mudah selagi kita memahami dan menghayatinya . Sebagai contoh kes baru2 ini melibatkan DNA babi dalam coklat. Bagi sesetengah yang tetiba jadi gila babi sampai nak samak perut,mulut bibir dan tukar darah , cubalah bukak dulu kitab dan janganlah terus nak jatuhkan hukum.

Aku hairan kerana apabila sebut babi, dia punya "gila babi" terus menggila tanpa menyelidiki hukum-hukum yang Allah telah gariskan melalui Al Quran dan Al Sunnah sekiranya kita menghadapi situasi sedemikian. Tapi bab2 haram dan dosa  lain macam tak solat, tak puasa, rasuah serta banyak lagi yang kalau nak tulis , "mereka pandang sebelah mata je" 

Begitu jugak dalam penggunaan minyak wangi yang terdapat alkohol di dalamnya kerana hukumnya HARUS . Begitu juga apabila kita makan tapai yang mana proses pembuatan akan menghasilkan alkohol sebenarnya.

Sebagai peringatan terutamanya buat diri aku yang lemah ni , kalau aku tak tahu , aku pi "mengaji" dulu , tanya para ulama dan bukak kitab2 yang berkaitan , kemudian barulah aku buat kesimpulan.

Sedikit perkongsian dari aku yang tak belajar agama tinggi pun  sebagai menjawab sebuah komen dari seorang "Anonymous" dalam sebuah n3 aku :

Tanpa Nama Mei 31, 2014
syukur syukur jugak...alkohol kan haram..

Sebagai penutup,
No heart feeling, hukum tetap hukum.
Hanya sekadar perkongsian.

Wasalam.
 

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    T.kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki.
    Satu entry yang sangat baik. Saya kesiankan mereka yang kurang mahir tetapi mengikut begitu sahaja tanpa usul periksa. Walaubagaimanapun, penutup Rezeki sangat saya hormati....begitulah resam padi! Saya juga masih belajar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Uncle

      Betul tu Uncle.
      Saya tertarik dgn ulusan Dr Maza kat suratkhabar, katanya kalau kita tak tahu atau tak pasti, lebih baik kita tak keluarkan kenyataan kerana kenyataan tersebut boleh memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada kita.

      Padam
  3. Kami jadi `gila babi' kerana sekali lagi diperdaya oleh Kafir laknatullah disebabkan kelewatan kealpaan dan kelalaian kita sendiri dengan agenda jahat kafir.
    Coklat adelah antara kesukaan semua, kanak-kanak dewasa.
    Apabila benda haram jadi darah daging segala yang picnag dn negative timbul adalah hasil memakan makanan yang tercemar selain doa sisah nak makbul. Kesan sampingan yang tak dapat disamak!
    Dalilnya untuk mnyelamatkan anak saya dari maut, dia mempunyai valve artificial St Jude (terbaik dari dari tisu manusia). In bahan porcine. Payah bagi saya membawanya ke alam kesucian Islam serta segala amaln wajib dan sunat.
    Perlu pantauan dan teugran setiap masa. zKini sudah hampir 10th. Macam dalam gelangan Badminton, berterusan YO-yo, ade masa menang ade masa tewas! Up & down.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tuan sekeluarga tabah dan tak putus asa menghadapi ujian dari Allah itu dan Allah Maha Mengetahui setiap apa yang direncakan buat hambaNYA.

      Insyallah

      Valve St Jude tu tak salah saya berkaitan dengan injap jantung yang rosak.

      Padam