بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAHKebiasaannya, tak kira mana-mana hotel aku menginap, selepas sarapan, aku pasti akan ke gym yang tersedia untuk aku membakar sedikit kalori yang berada dalam badan . Kalau kat rumah pula, hari tak noreh aku akan jogging di sebelah pagi manakala hari aku menoreh pula, sebelah petang menjadi pilihan aku.
Pagi tu kira aku tolong bukak gym tu kerana takda orang lagi . Treadmill menjadi pilihan aku macam biasa. Setting untuk setiap sessi selama 20 minit dengan kelajuan yang memadai ikut umur aku . Macam biasa warm up dulu sebelum aku meneruskan larian kat atas treadmill tu .
Habis seround dalam 20 minit, lap peluh dulu dan seround lagi dalam 20 minit hingga menjojos peluh semua. Untuk sessi 40 minit tu, dalam 200-300 kalori juga dapar dibakar .
Rehat jap sejukkan badan dan sessi bercebo pun bermula. Dapat kuak lentang dalam setengah jam pun pada aku dah kira ok untuk releasekan segala otot2 badan disamping sessi pemulihan bahagian belakang aku kini yang kerap menimbulkan masalah kerana kerap sangat angkat getah ojol yang berat2 dari kebun gotah untuk dijual.
Kalau lihat dalam gambar lenggang takde orang yang bercebo. Tapi kelebihan dan keistimewaan hotel TH ni ialah pool untuk muslimah diasingkan dalam kawasan yang bertutup tu . Jadi takdalah masalah untuk kaum muslimah nak bercebo .
Aku lihat kebanyakkan kedudukan hotel TH ni semuanya berdekatan dengan airport . Ini tentunya memberi kelebihan kepada para bakal haji dan sanak-saudara yang menghantar untuk menginap setiap musim penerbangan haji tiba.
Ini satu pelaburan yang baik dan semoga mendatangkan bukan saja keuntungan kepada pelaburan mereka, tapi disamping itu dapat memberikan dan menyediakan kemudahan penginapan yang terbaik kepada para tetamu.
Aku lihat dah seminggu dua ni, ada promosi dijalankan oleh mereka di akhbar hingga bulan Mac 2015 dengan tawaran harga bilik yang rendah disamping naiktaraf bilik percuma kepada pendeposit Tabung Haji. Jadi apakata, kita rebut peluang yang diberikan dan secara tak langsung memajukan ekonomi ummah sekali.
OK, berlari dan sudah. Berkuak dah sudah.
Mana destinasi ku pagi ni.
Pekan Rabu di bandar Alor Star untuk cari ikan perkasam.
pool untuk muslimah sebalik pagar kayu coklat tu
berhampiran Convention Centre
Main Entrance THCC
Alor Star
Saya tertarik dengan 2 kolam yang disediakan. Rasa lebih selesa apabila kita mempunyai lemak berlebihan...hehehehe....
BalasPadamPool dia jugak agak besar berbanding kat Blue Wave Shah Shah Alam .
PadamPagi tu puas jugak saya berkuak hehehe
Salam...
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah di Th Hotel Alor Setar...saya rasa berbesar hati kerana dapat berkenalan dengan tuan haji ...yang mana blog selalu baca...tapi orang tak kenal....alhamdulillah akhirnya jumpa juga org yg bergelar Mr Rezeki....
Waalaikumsalam tuan
BalasPadamAlhamdulillah
Sib baik tuan byk keje masa tu, kalau tak boleh borak lama2 kongsi cerita dan pengalaman hidup
Kawan biar ramai, musuh jgn kita cari, insyallah bahagia hidup dunia akhirat
Kalau turun JB, call saya