WARGA SCP

Ahad, Disember 21, 2014

FIRST LEG : SEMIFINAL AFF SUZUKI CUP SHAH ALAM : AKU TUA SETAHUN LAGI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Salam ceria di pagi minggu buat semua . Piala AFF Suzuki 2014 telah melabuhkan tirainya semalam. Keputusan telah diketahui , Harimau Malaya gagal mengapai piala idaman walaupun menang semalam dalam perlawanan akhir ke 2 yang berlangsung di Bukit Jalil yang dihadiri hampir 100 000 ribu penonton.

Kalah dengan agregat 3-4 .

Menang kalah adat pertandingan. Namun kekalahan semalam bukan titik noktah terakhir buat Harimau Malaya yang rata2 dibarisi pemain yang boleh dianggap berusia dan kurang tenaga apabila memasuki 10-20 minit terakhir perlawanan berbanding pasukan Thailand yang membariskan rata2 pemain muda yang kudratnya masih utuh .


Ada peminat yang berpuashati walaupun kalah, namun ada peminat yang sebaliknya serta menghambur kata2 hina dan nista . Walaupun menang semalam,  namun gagal menjadi juara, aku rasa puas hati juga kerana rata2 para pemain telah memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi, namun kudrat mereka serta taktikal yang terbatas menyebabkan mereka tidak dapat mengekalkan konsentrasi sepanjang 90 minit perlawanan.

Kalau tidak, tentu cerita sebaliknya di dada2 akhbar hari ini.

Yang tak puas hati tu biasalah. Itu adat asam garam kehidupan. Kehidupan yang kita lalui ini pada hakikatnya tak semuanya akan berlangsung dengan lancar dan indah . Kehidupan sebenarnya penuh dengan asam garam kegagalan serta kejayaan yang menjadikan kita individu yang lebih kuat pada masa akan datang.


Begitu juga dengan kehidupan ku . Aku dah rasa jatuh bangun dengan kehidupan. Semasa aku berada di Stadium Shah Alam ni tempohari , aku bermuhasabah diri kerana malam nanti ketika detik 12.00 malam , usia ku menganjak setahun lagi sebenarnya. Aku macam biasa, tiada acara sambutan istimewa seperti yang lalu . No "Happy Birthday Celebration" . Sekadar merenung apakah aku telah dapat melunaskan tanggungjawab ku sebagai insan dan  sebagai kepala keluarga dengan sebaik-baiknya.

Aku berharap agar kehidupan aku sekeluarga sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan serta keberkatan limpah kurnia rezeki dari Allah dan terhindar dari segala musibah dan ujian .

Dunia hari ini semakin mencabar memerlukan kita mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin agar kita tidak lalai dengan "nikmat dan fitnah dunia" . Persiapan duniawi dan ukhrawi perlu dilakukan sebaik mungkin. 

Dikesempatan ini, aku berpesan kepada diri ku dan kepada semua,  marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. 

Aku bukan insan yang sempurna, banyak kelemahan pada diri ku. Tapi kalau kita tak cuba berubah ke arah yang lebih baik, bila lagi.

Masa tidak menanti kita kerana bila2 masa je, kita akan kembali kepadaNYA. Pastikan agar akhirat kita junjung, dunia pula kita tidak tinggalkan. Barulah keberkatan akan mengiringi kehidupan kita

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam .”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Insyallah.

OK, lets enjoy the enviroment at Shah Alam Stadium . First Semi Final AFF Suzuki Cup 2014 . Malaysia vs Vietnam .Kami berdua berada di situ ketika itu .










3 ulasan:

  1. happy belated bday. god bless

    BalasPadam
  2. Salam bapak. Bapak & bola tak dapat dipisahkan, hehe.

    Happy birthday, semoga sentiasa berada dalam rahmatNya, aamiin.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..
    Lama betul tak bertegur kat sini.
    Sanah helwa.. tho' belated berkurun daaaaa..

    BalasPadam