WARGA SCP

Isnin, Oktober 19, 2015

USA 2015 PART 3 : VERY LONG JOURNEY

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


2018, SIA akan terbang semula ke kota New York secara terus selama 19 jam menggunakan pesawat baru A350-900 . Adoiiiiii

Aku rasa tak larat wooo .

Yang ni pun rasa naik kebas montot. KLIA-DXB dengan 777-300 memakan masa 7 jam 20 minit . Memang sengaja aku pilih transit hampir 4 jam 10 minit kat DXB sebelum sambung lagi ke Boston yang akan memakan masa hampir 14 jam 15 minit sebelum landing dengan 777-200 LR pula.

Tiket confirmed . Seat aku sesiap dah pilih pegi balik  . Kalau kami pegi 4 beranak , aku akan pilih samada seat tengah sebaris , tapi kerana kami berdua je kali ni, maka aku pilih seat yang sebaris berdua je. Senang nak tido ke, nak pi jamban ke , nak meleset ke ...

Dulu masa kami pi West Coast US naik Cathy Pacific , KLIA-HKIA aman . Flight pun tak lama dalam 3 jam lebih sikit. HKIA-LAX yang hampir 15 jam tu yang jadikan aku rimas sikit . Bini aku tepi tingkap nakko tu pasal dia nak tido menyandar kat tepi tingkap nakko tu , Aku kenalah duduk tengah , sebelah aku wanita Chinese American yang dah berumur . Satttt sooooot satttt sotttt hidung dia sumbat . Nak buat macam-mana. Dah rezeki aku . Perjalanan yang panjang menjadi mimpi ngeri buat aku masa tu. Last pengabis dapat jugak aku tido walaupun sekadar tido-tido ayam hahaha

Dunia berubah. Semua di hujung jari . Sekarang dah senang nak beli tiket .Tak macam dulu2 . Terkenang aku dulu masa nak pi London sekeluarga . Tahun 2002 masa tu. Nak beli tiket Emerates, kena pegi beli kat travel agent. Lepas tu bawak duit sebebat ikat pakai getah . Masa tu pi London dgn Emerates tiket sorang kalau tak salah aku baru RM 2400.00 je. 

Tiket lepas tu pulak jenis print pakai printer dot matrix tu. Sekali naik dari KL-Dubai, cabut selai dan seterusnya sampai balik. Seat pulak boleh pilih bila dah nak check in kat airport.

Sekarang tak perlu dah semua tu. Tiket pun jenis e-tiket print sendiri je . Seat boleh pilih sesiap sekali.Meal pun boleh pilih masa atas talian juga semasa booking tiket.  24 jam nak terbang, terus boleh check in online dan print sesiap bording pass semua .Kalau tak nak print boarding pass pun takpa. Save dan scan je nanti dalam hp. Tapi kalau talipon nokia yang lama2 dulu tu tak boleh wei hahaha

Di situlah gunanya smart phone. Teknologi dan apa jua pun kalau gunakan secara betul , insyallah mendatangkan kebaikkan. 

Fasa pertama perancangan kembara kami kali ini alhamdulillah dah selesai . Travel Insurance pun dah beli sesiap. Mahal sikit sekarang kerana kembara kami memakan masa hampir sepurnama juga nanti. Maka polisinya yang cover masa yang panjang nanti juga mahal . 

Yang nak jaga anak angkat kami yang 3 ekor tu juga dah sanggup sepeninggalan kami nanti . Bini aku tak sanggup nak tinggalkan kat boarding hotel 3 ekor tu. Takut mereka tak selesa dan tak lalu makan rindukan nanti mak angkatnya .  

Abang Ted jaga adik-adik ya

4 ulasan:

  1. Wow menarik ni... East Coast yang nak pi tu di mana? Saya pernah ke Maine, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, Pennsylvania, New Jersey, Maryland, Virginia, North Carolina, South Carolina, Georgia, Florida, etc. Tapi tu zaman dulu2. Nak juga tengok yang sekarang ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak finalised lagi kak, yg pasti akan bermula dari bostan, rhode island dan kemungkinan hingga ke orlando, florida

      insyallah

      Padam