WARGA SCP

Jumaat, Januari 01, 2016

USA PART 19 : WASHINGTON DC (SIRI 3) : SMITHSONIAN NATIONAL AIR and SPACE MUSEUM WEST GALLERY Part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Salah satu tempat yang menjadi pilihan utama kami bila menjejakkan kaki  ke Washington DC adalah ke Smithsonian Institution National Air and Space Museum .Nak jadi pilot atau angkasawan  belajar tak tinggi mana takat LCE je . Jadi apabila aku dapat tengok sendiri dan merasai sendiri bahan-bahan berkaitan dengan industri penerbangan ni, kira lepaslah hajat aku hehehe

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan cara yang berlainan agar aku dapat lihat dan rasai dengan mata kepala aku sendiri benda-benda macam ni . Macam aku cakap tadi , rakan-rakan aku semua belajar pepandai , habis SPM semua pi study kat America, aku dok kat kampung masih main bola sepak raga tu sampai hancur. Bola sepak raga tu je yang bawak aku jelajah hampir seluruh ceruk Tanah Melayu masa tu . Tapi aku tak mengeluh pun kerana tak pi mana2 sambung belajar masa tu macam kekawan aku semua masa tu. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan . Aku gembira tengok mereka semua berjaya mengejar cita-cita mereka.

Tiga tahun lepas adalah adalah sorang rakan sekolah aku contact aku. Mana dia dapat no hp aku , aku tak tahu. Mereka nak buat perjumpaan semula rakan2 sealiran masa tu katanya. Kata orang reunion , aku pun tak tahu apa tu reunion pasal bahasa inggeris ku cukup-cukup makan je hehehe

Dia minta aku punya facebook. Terus terang aku memang takde facebook. Menulis di SCP ni sesaja je seumpama diari perjalanan hidup aku yang aku catatkan walaupun aku tak pernah tunjukkan diri aku kat SCP. Aku tak hadiri  jemputan mereka . Mereka semua belajar tinggi-tinggi , ada yang doktor , ada yang engineer dan macam-macam jawatan tinggi lagi.Biarlah mereka kenang yang aku ni macam yang mereka tinggalkan masa mereka pegi melanjutkan pelajaran 25 tahun yang lalu. 

Takpelah , itu rezeki mereka , rezeki aku "motong getah" ni pada aku sangat-sangat bersyukur . Walaupun takde jawatan tinggi dan besar , tapi Allah kurniakan aku dengan cara yang berlainan untuk lihat dunia. Aku tak pernah rasa malu pun walaupun malah sangat-sangat bersyukur dengan kehidupan aku dari dulu lagi masa susah baru nak hidup hingga saat ini walaupun duduk di ceruk Tanah Melayu . Kepala tak pening dengan kesesakan lalu lintas . Nak pi kebun , start moto, tak sampai gear 3 dah sampai hehehe


Ok, dah melalut sikit cerita kisah pengalaman hidup sebagai selingan. Kita berbalik pada cerita aku pi ranjau museum ni. Percayalah cakap aku. Rugi jika tidak berkunjung ke museum ni kalau dah sampai Washington DC ni. Banyak yang kita dapat pelajari dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah penerokaan ke langit dan juga sejarah awal bagaimana mereka memajukan industri penerbangan mereka .

Smithsonian National Air and Space Museum ni terletak di Independence Ave at 6th Street, SW 
Washington DC 20560  

Waktu Operasi
10.00 am-05.30pm

Masuk percuma

Tutup hanya sehari pada 25 Disember sahaja sepanjang tahun

Smithsonian ni sebenarnya banyak museumnya seluruh America yang memaparkan  setiap sejarah yang berlainan seperti Smithsonian National Museum of American History, Smithsonian National Museum of Natural History , Smithsonian Castle, Smithsonian American Art Museum (SAAM), Smithsonian Institution Archives.

Sikit sejarah tentang bagaimana tertubuhnya Smithsonian ni.

The Smithsonian museums are the most widely visible part of the United States Smithsonian Institution and consist of nineteen museums and galleries as well as the National Zoological Park.

Seventeen of these collections are located in Washington D.C.  with eleven of those located on the National Mall. The remaining ones are in New York City and Chantilly, Virginia. As of 2010, one museum, the Arts and Industries Building, is closed in preparation for a substantial renovation and another, the National Museum of African American History and Culture, is slated to open in 2015.

The birth of the Smithsonian Institution can be traced to the acceptance of James Smithson's legacy, willed to the United States in 1826. Smithson died in 1829, and in 1836, President Andrew Jackson informed Congress of the gift, which it accepted. In 1838, Smithson's legacy, which totaled more than $500,000 was delivered to the United States Mint and entered the Treasury. After eight years, in 1846, the Smithsonian Institution was established.

Tu dia. Kat Washington DC ni je ada  17 buah daripada keseluruhan 19 buah. Aku dapat jejak satu je dah alhamdulilah. Kalau nak eksplorasi semua 17 buah kat sini, mau kami kat 17 hari je kat sini hahaha

tu mesin buat war tag
logam yang pakai kat tali di leher kebanyakan askar
kalau terkorban , tu yang akan jadi tag untuk menyenangkan
proses pengecaman mayat nanti

Bahagian America By Air



Dah puas ronda-ronda tadi pekan Washington DC naik turun bas tadi , maka lebih kurang pukul sebelas lebih, kami berhenti depannya dan mulakan eksplorasi kami ke dalam museum ni. Kami hanya ada lebih kurang 3-4 jam je untuk lakukan eksplorasi ni kerana asar nanti boleh balik ke hotel penginapan sebelum magrib menjelang. 

Orang tetua kata magrib2 tak baik duk berkeliaran kat luar , nanti kena sorok dengan hantu kopek hahaha

Mau hantu kopek kat America ni bebeso kopeknya , sebulan hilang orang carik tak jumpa hahaha

Ramai juga pengunjung ketika itu. Nak masuk kena lalu pemeriksaan keselamatan macam nak masuk airport , tapi tak seketat itulah. Beg kena screen .

Masuk je pintu utama, wowwww

Napelah kat tempat kita tak boleh buat macam ni . Hanya ada satu je kat Tanah Melayu yang aku rasa memang menarik lebih kurang macam ni iaitu kat Port Dickson . Museum Angkatan Tentera tu yang aku pernah masuk.

Museum ni ada 2 tingkat.  Tingkat pertama  je ada "wing" kiri dan kanan punyalah banyak yang boleh kita eksplorasi.

Kat bawah je ada macam-macam yang kami boleh explore.

rauang pameran tingkat 1

Pertama sekali kami explore di Bahagian Boeing Milestones of Flight Hall.Leka kat situ , sambil baca penerangan dan sejarahnya , kemudian boleh pegang lagi . Semua kat situ bukan replika . Bahannya adalah yang sebenar yang mereka kumpul sejak dulu lagi buat tatapan generasi yang akan datang.










Lepas melencong jap pi Museum Store je lihat sourveneir yang mereka jual . Ada baju, mug dan macam2 lagi . 

Explorasi kami seterusnya di bahagian America By Air. Layan jelah gambar-gambar yang aku sempat rakamkan kat bahagian ni. 

Ok, kat sini baru masuk tahun 2016 tadi kerana beza waktu hampir 13 jam sebenarnya bila tiba winter . Musim lain je beza waktu 12 jam kerana mereka gunakan sistem Daylight Saving Time .


8 Mar 2015 - Daylight Saving Time Started When local standard time was about to reach Sunday, 8 March 2015, 02:00:00 clocks were turned forward 1 hour to Sunday, 8 March 2015, 03:00:00 local daylight time instead Sunrise and sunset was about 1 hour later on 8 Mar 2015 than the day before. There was more light in the evening. Also called Spring Forward, summer time, and Daylight Savings Time

1 Nov 2015 - Daylight Saving Time Ended When local daylight time was about to reach Sunday, 1 November 2015, 02:00:00 clocks were turned backward 1 hour to Sunday, 1 November 2015, 01:00:00 local standard time instead Sunrise and sunset was about 1 hour earlier on 1 Nov 2015 than the day before. There was more light in the morning. Also called Fall Back and winter time. 

Jadi kenalah putar sekali jam tu , kalau tak nanti tunggang langgang nanti waktu solat .















6 ulasan:

  1. Alhamdulillah...banyak jugak saya tahu hasil daripada pembacaan ini. Rasa seperti saya pulak yang melancung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah
      saya mempelajari sesuatu yang baru di sini setiap hari.

      Padam
  2. Assalam...

    wahh menarik! menarik! menarik!
    harap saya pun ada peluang nak p visit SI ni..interesting sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Welkome back hehehe
      Mmg menarik tempat ni , Alhamdulillah , saya dapat banyak pengetahuan di sini

      Insyallah, ada rezeki nanti suatu hari

      Padam
  3. As salam
    Pak Tam, ni semua autobots or decepticons yg menyorokkan diri.sekali lagi, berhati-hati pak tam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Rul


      hahaha
      bapak kan captain america hahaha

      Padam