WARGA SCP

Rabu, Januari 06, 2016

USA PART 20 : WASHINGTON DC (SIRI 4) : SMITHSONIAN NATIONAL AIR and SPACE MUSEUM WEST GALLERY Part 2 Layan Gambar je dan Tips Penyewaan Kereta di USA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



 ruang Golden Age Of Flight

Sambil-sambil layan foto kat dalam Smithsonian ni , aku nak cerita sikit pengalaman proses penyewaan kereta di sini. Sebelum bertolak hari tu, bapak dah pun pegi ke JPJ untuk renew Permit Memandu Antarabangsa bapak yang dah mati .

Tempohnya hanya setahun sahaja dan bayarannya RM150.00. Tapi sebenarnya lesen memandu kita laku kat USA ni.  

If your driver's licence is not in the Roman alphabet like Arabic, Greek, Russian or Chinese, you need to bring an International Driving Permit and your domestic licence. 

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga , manalah tahu kompeni sewa kereta tu nak International Driving License Permit . Macam masa kat Aperika Selatan dulu, depa memang nak benda alah tu. 

Sewaan kereta kat sini tak susah. Melambak kompeni yang menawarkan pelbagai kereta dari kereta sorong sampai lori nak sewa pun ada hehehe
ruang Jet Aviation


Antara kompeni yang menawarkan harga yang kompetatif dengan pilihan kenderaan dari pelbagai medium seperti Hertz, Enteprise, Avis , Budget dan pelbagai lagi .

Harga berdasarkan pilihan medium kereta seperti Economy, Mini, Compact, Intermediate, Full Size dan Standard serta luxury a.k.a premium. Kita boleh gunakan kemudahan seperti kayak.com ke dan seangkatan dengan untuk membuat perbandingan harga dan kereta yang ditawarkan.Kat Expedia.com pun boleh kita cari dan buat perbandingan.

Kalau cadang nak jalan jauh , lebih baik sewa kenderaan yang sesuai dalam kategori intermediate atau standard . Bukan apa. USA ni terlalu besar antara satu negeri atau bandar yang makan jarak perjalanan 300-400 batu sesaje je. Jadi lebih selesa dengan pilihan kereta yang sesuai.

 

Tentang harga pula, sewaan sehari adalah mahal berbanding sewaan untuk seminggu atau lebih lama . Banyak bezanya wooo

Lagi satu harga sewaan kereta yang kita ambil di kompeni yang meletakkan kenderaan mereka di airport adalah lebih mahal berbanding kompeni yang kita pickup kereta mereka di pekan kecil atau suburb. Ini kerana kos kompeni yang beroperasi di airport sangat tinggi .Beza dalam 10-15 dollar sehari wooo kerana kena bayar aiport fee sebenarnya untuk kereta tersebut.

Kemudian lebih baik dapatkan kereta tranmisi auto dengan rental terms and conditionnya termasuk unlimited mileage, Theft Protection and Collision Damage Waiver, Zero excess, 24/7 breakdown assistance.

Biasanya Theft Protection and Collision Damage Waiver nanti dia kira lain dalam 10-15 USD sehari dan darab berapa hari sewaan nanti . Tapi aku tengok orang sana depa sewa pakai credit card, credit card mereka akan tanggung sekiranya berlaku apa2 kemalangan . Jadi depa tak payah ambil dan bayar tambahan untuk Theft Protection and Collision Damage Waiver. Jadi dah save banyak juga untuk sehari . Kalau kali banyak hari, lagi la jimat.

Kad Credit kita aku tak tahu ada ke perlindungan semacam itu.Jadi kalau tak mau pening kerana "malang ta berbau" maka sedialah untuk membayar charge tambahan untuk Theft Protection and Collision Damage Waiver.

Lagi satu tuan punya credit card yang digesek untuk buat reservation atas talian mestilah orang yang sama sebagai pemandu atau penyewa . 

Credit card must be in the name of the main driver.Kalau ada 2-3 orang driver ke, maka kenalah buat untuk additional driver dan ada banyaran tambahan ikut bilangan hari sewaan .

Make sure the credit card is in the name of the lead driver and you have a large enough limit to cover the excess. Pasal apa, pasal depa akan swipe terlebih dahulu nanti lebih dari kadar sewaan . Macam kita swipe untuk hotel jugak . Kalau kadar hotel 400, mereka kekadang swipe dalam 1000 jugak. Manalah tau nanti bila check out, tv hilang ke, peti sejuk ita bawak balik sekali ke hahaha

In the event that you fail to present a valid credit card, there is a lack of sufficient funds available on the credit card or the credit card is not in the lead driver's name, the car rental agent may refuse to release the vehicle. In these instances, no funds paid will be reimbursed.
 

Cerita pasal GPS pula , kat sana berdasarkan kiraan sewaan harian . GPS a.k.a  Satellite Navigational System around  14.99 USD per day and  Maximum 209.86 USD (Excludes tax), jadi kalau ada Garmin tu bawak je sekali dari Tanah Melayu . Tapi sebelum tu install atau update online untuk map negara USA atau negara yang ita nak pe tu  dulu sesiap. 

Paling penting sekali tentulah petrol . Jangan risau . Mereka gunakan polisi pick up and return full.

Your vehicle will be supplied with a full tank of fuel. To avoid incurring fuel charges you will need to return it full. You may be required to leave a fuel deposit reserved on your credit card, this will be released when you return the car full. Missing fuel will be charged on your return. The price per litre charged by the rental agent may be significantly higher than the price at the local service station.Mahal tau kalau depa charge bila kita pulang tangki minyak tak penuh kerana mereka kira sekali upah nak pi isi minyak kat petrol station. 

Dah siap semua sekali sign dokumen semua, depa ajak sekali kita pi check kereta dulu siap bawak ada satu macam kad dengan ada 2 bulatan . Aku ingat nak buat apa. bulatan tu sebagai "marker" nak check sebelum kita ambik kereta tu ada kemek ke atau sebagainya . Kira kalau lekuk dalam bulatan tu tak diambil kira dan kalau kita pulangkan nanti pun ada lekuk baru yang kecil masik dalam lingkungan bulatan tu, kira ok je . Atas bumbung pun depa check serta buat pusingan 360 darjah dulu, sama2 puas hati. 

Done.
 




ni kapal terbang Perang Dunia II




RUANG WORLD WAR II AVIATION




 Macchi c 202 Folgore
 yang digunakan askar Itali

Macam remeh sikit kan , tapi tak susah sebenarnya .Cuma perlu ikut S.O.P mereka. 

Yang jadi susah lagi sebenarnya kat USA ni adalah bila RM kita menjunam macam air terjun berbanding USD hehehe

Dulu aku pergi West Coast masa tu 1 USD=RM3.00
Laaa ni 1USD=RM4.30+++---+++ hehehe

Ikut jam naik turunnya hahaha

Nak senang , sewa kereta kat Langkawi je .
Ceyhhh Cohhhh Ceyhhh Cohhhh, jadi , nak balik letak je kunci kereta kat bawah tayar je kat airport  hahaha
Cerita punya cerita proses penyewaan kereta kat sini, kereta apa yang aku pandu kat sini.

Alhamdulillah, Aku tak pakai pun kereta sewa. Datuk Bandar RI kasi aku pakai  keretanya  Lexus IS 250 AWD  siap dengan GPS Garmin baru keluar kotak lagi dan   lengkap dengan EzPass untuk bayaran toll.


Thank You Very Much Datuk Bandar RI.

Nanti n3 yang lain , aku cerita pulak pengalaman memandu di sini pulak yang sterengnya sebelah kiri a.k.a Left Hand Drive .

Insyallah
kalau tak salah North American 51-D Mustang
yang terlibat dalam perang Korea


Super Marine Spitfire
single seat fighter aircraft

  Messerschmitt bf 109




Messerschmitt bf 109g-6

4 ulasan:

  1. AsSalam Bapak,
    Saya boleh bayangkan seronoknya memandu kenderaan di negara asing kan. Dengar citer mereka ni memandu dengan sangat berhemah berbanding pemandu di tanah air kita yang tercinta ini. Saya tak pernah memandu di luar negara, tapi pernah jadi co pilot selama tiga minggu ketika kami mengembara di NZ dua tahun lalu. Sangat aman damai sebab memang wajib ikut had laju yang hanya 70 ke gitulah...jadi sempat tengok kambing biri-biri di sepanjang jalan situ. Masya Allah kagum sungguh dan memandu pun rasa santai je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      alhamdulillah
      mmg 99.9% dari pemandu mereka sangat berhemah dan penuh toleransi apabila berada atas jalan raya, nanti bapak kongsi kat n3 lain bagaimana rasa selamatnya memandu di sini.

      Insyallah

      Padam
  2. Aik, tak balik-balik lagi? Tu estet lalang dah naik sampai ke dada!! Hahahahahahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuti panjang, cuti sebatikal uncle hehehe
      penoreh mcm saya ni pun ada cuti sebatikal tau hahaha

      Padam