WARGA SCP

Selasa, Januari 07, 2014

PULAU MUTIARA : MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH



MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI
Setiap kesusahan dan kepayahan yang timbul haruslah diatasi. 

Itulah maksud bagi peribahasa di atas.Aku pun macam Karam Singh Walia juga, suka akan kiasan maksud dari peribahasa dan simpulan bahasa pusaka turun menurun atok nenek kita yang kalau menegur atau memberi nasihat , lembut bunyinya,tapi dalam maksudnya.

Memang sekarang isu utama yang sedang mengelegak bak air sedang mendidih dan membelenggu kita sebagai rakyat tanah melayu adalah kenaikan  segala atuk ,nenek , cucu ,cicit,piut harga barangan keperluan dan tak terkecuali juga harga perkhidmatan . Kenaikan sekali arong semua tu dalam satu masa pasti memeningkan kepala semua sedangkan pendapatan yang perolehi terutama yang bergaji tetap ,walaupun ada pertambahan tidak dapat menampung semua kenaikan sekali gus.

Pergilah ke pasar dan kita dah tak jumpa ikan kembung yang reganya 10-12 ringgit sekilo. Kalau takda 18 ringgit se kg , jangan cakap la. Ada rasanya yang 10-12 ringgit, tapi mau dah nak pecah perutnya.Kalau setakat sekarang pegi supermarket , kalau penuh troli tu mau dalam 400-500 ringgit berbanding dulu .



Aku jugak tidak terkecuali menerima kesan kenaikkan itu semua. Pertama sekali , aku yang kerap ke sana ke sini menjual getah beku dah terima kesannya apabila ron 95 naik 20 sen hari tu. Kalau biasa motor roda tiga aku yang sekali isi penuh dalam 90-100 ringgit , tapi semenjak ia naik, sekali isi penuh dah dekat 110-115 ringgit. Pertambahan dalam 15-20 ringgit sekali tuang penuh . 

Keta kebal aku tu pulak setiap 3-4 hari memang kena isi penuh . Maka pertambahan kos sebulan untuk sebuah keta kebal tu dah dalam 160-200 ringgit. Keta kebal lagi satu pulak jenis tak boleh pakai ron 95 yang kadar octanenya rendah . Senang cakap ron 95 kurang power dan kurang berkualitilah minyak tu. Ia kena pakai ron 97.

Kiraan kasar, kos untuk kenderaan seperti minyaknya, penyelenggaraannya dan segala berkaitan seperti tayar , bateri dan apa jua berkaitan meningkat dalam 20-30 peratus .

Sebenarnya semua  punca kenaikan adalah dari kesan kenaikan harga petrol ni yang berantaian antara satu sama lain . Namun ada kalangan mereka yang masih menafikan kesan  rantaian dari kenaikan harga minyak ini.

Sebagai penoreh getah kecil-kecilan , semua kenaikan kos perlu diambil kira kerana aku  bukan peniaga besar yang untungnya bilion-bilion setahun . Jadi maksudnya kos operasi aku dah mula bertambah . Belum lagi kos letrik yang biasanya dalam lingkungan 200-230  ringgit sebulan , dua hari lepas sampai bil dah 350 ringgit.Pada 1/2 tahun pertama tahun 2013, aku dah mula menyemak dan mengemaskini harga jualan "getah beku" dan masa tu aku dapat menyerap lagi kenaikan kos.Aku mash mengekalkan harga lama. 

Tapi suku ke 4 2013, apabila pengilang dan pembekal dah mula menaikkan harga akibat kos pengangkutan mereka yang meningkat, maka aku pun terpaksa ikut sama . Awal tahun 2014 ni pula serentak dengan kenaikan tarif letrik, sekali lagi aku terpaksa menyemak dan mengemaskini harga jualan "getah ojol" sekali lagi kerana sekali lagi pengilang dan pembekal telah mula mengemaskini harga baru . Rasanya bila kadar tol naik tahun ni, maka kenalah semak semula sekali lagi dan selaraskan harga baru getah ojol.

Namun aku terus bersyukur dan aku menumpang simpati terhadap golongan yang berpendapatan tetap , mana mereka nak cekau untuk mencukupkan segala keperluan seiring dengan kenaikan kos yang mendadak.Dengan tambang bas sekolah anak-anak naik, dengan harga barangan kering dan basah naik dan senang cerita semua naik.  Nak tak nak, kenalah depa pi pulun overtime pula ,tapi kerja yang jenis takda overtime, bagaimana pula ? 

Maka kesan terhadap kehidupan sosial dan kekeluargaan pasti timbul . 

"Keluar Gelap , Balik Gelap." 

Lalu aku bertanya , sekarang ni MAKAN UNTUK HIDUP KE atau HIDUP UNTUK MAKAN.

Pasti tak sikit banyak pun, apabila dalam kepala  ingat kerja je , maka sedikit demi sedikit corak kehidupan berubah . Waktu solat pasti tunggang langgang. Sedang azan magrib berkumandang, ada yang masih atas kenderaan kerana balik lambat pasal overtime. Dan yang pasti habis magrib ,masih dalam perjalanan pulang dan  isyak pula menjelma, dah terlepas solat magrib. Secara tak langsung maka solat yang menjadi "tiang agama" mula runtuh sedikit demi sedikit. 

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang"
(Al Mudathsir:42,43) 

Sebagai peringatan buat diri ku , barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya yang dijanjikan Allah S.W.T umpama:

Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam

Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

 Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

 Isyak: Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Sekarang timbul pula fenomena baru dalam kesibukan dengan segala urusan dunia, kekadang kita  lalai, terlupa atau memang sengaja berniat untuk mengabungkan pula waktu solat zuhur dengan asar di mana kita solat zohor  di penghujung  zuhur lagi 4-5 minit dak habis waktu dan diikuti solat asar pula sebaik sahaja masuk waktunya.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah S.A.W mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya ,maka jawab baginda :

" Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Manakala sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Hakim pula: 


" Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". 

Itu satu ujian sebenarnya buat hambanya.
Syukur sesangat pasal aku tak perlu menghadapi semua itu.

أستغفر الله
Moga aku dan kita semua tidak termasuk dalam golongan seperti yang dinyatakan oleh Rasullullah itu tadi.
  


Berbalik aku pada peribahasa di atas :

MANA YANG TUMBUH ITULAH DISIANGI
tentu ada jalan penyelesaian atau jawapan terhadap segala kesusahan dan kepayahan yang kita hadapi sekarang .  Namun jangan sekali-kali kita mengadai agama kita untuk mencukupkan keperluan dunia kita . 

Aku khuatir , pasti indeks rasuah akan lebih meningkat selepas ini kerana tak cukup nak menampung keperluan hidup seperti negara Hong Kong suatu ketika dulu . Kalau nak guna ambulance pun, takda duit kopi, mereka tak mau ambik.Begitu juga di Africa , pernah rakan ku di tahan oleh polis peronda mereka, habis digeledah seluruh kereta dan akhir setelah berpuashati lalu berkata, 

"I am done my job , can you give me some money for breakfast"

Dia ulang berkali-kali selagi tak dapat duit kopi dan buat sibuk periksa semula bonet kereta.

Adakah situasi yang sebegitu juga akan berlaku dalam masyarakat kita ??? Sebagai seorang islam, ingatlah bahawa malaikat di kiri kanan kita yang mencatatkan setiap butir amalan baik dan mungkar tidak dapat kita rasuah. Berpeganglah kita sekuat-kuatnya pada janji Allah dan janganlah kita tewas hanya kerana untuk mencukupkan keperluan dunia.Insyallah Allah akan mencukupi segala keperluan kita.

Moga aku dan kalian semua akan terus-terusan diberikan rezeki dari Allah  dan dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan aman sejahtera tanpa perlu mengadai agama demi kelangsungan kehidupan di dunia yang fana' ini. Semoga segala kepayahan dan kesukaran yang kita tempuhi ini dapat kita selesaikan dan tanggani dengan sebaik mungkin tanpa melanggar batas pegangan islam kita.

Aku sangat bersyukur akan setiap kurnian Mu Allah sebagaimana kau kurniakan malam nan indah dan damai ini untuk aku potretkan , walaupun agak sukar untuk merakamnya tanpa menggunakan tripod, namun sikupod yang kau kurniakan yang menjadi galang ganti.


Sekadar Perkongsian Coretan Insan Kerdil
Eastern and Oriental
Pulau Mutiara
10.45 malam









4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    saya ada 5 orang sedang menuntut
    adoiiiiiii....seksanya
    mereka kata 20 sen ajer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atok

      itulah hakikat situasi negara kta hari ini,
      kasihan anak2 bagi yang meminjam utk melanjutkan pelajaran , esok mereka sampai pencen bayar hutang jelah

      kalau naik lagi harga minyak, pasti makin naik semua barangan

      Padam
  2. Salam bapak.

    Gambaq2 adalah cun. Tabik, bapak!

    Bab harga barang naik, mulanya dulu satu saja, kemudian bertambah satu demi satu. Apa la nak jadi ni. Sedih dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      banyak noise gambar tu
      ingat nak buat long exposure , tapi perlu gunakan tripod

      RM sekarang semakin kehilangan nilainya, takut nanti jadi duit jepun daun pisang seperti masa pemerintahan jepun dulu

      Padam