WARGA SCP

Khamis, Januari 09, 2014

PULAU MUTIARA : ANOTHER BLUE HOUR MOMENT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Memang dah namanya nak rehat , nak relax dan nak mengendurkan segala urat serta tulang menulang yang bekerja sepanjang tahun, maka memang aku hanya banyak habiskan masa di persekitaran penginapan.

Alhamdulillah, tahun 2013 yang lalu, pinggang dan sakit belakang aku tak banyak buat kerenah. Jadi segala kerja punggah-memunggah getah ojol dapat aku lakukan . Dulu masa tengah muda belia, masa angkat getah ojol tak ingat dunia dan tak ikut cara yang betul. Main bongkok je dan angkat yang kekadang melebihi berat hampir 40kg. Tapi semenjak belakang aku meragam beberapa tahun yang lalu, aku angkat gunakan teknik yang betul. Duduk dan cangkung dulu, baru angkat dengan kekedudukan badan yang betul.

OK, aktiviti santainya sebelum sarapan kat Sarkies ialah menggunakan kemudahan di gym yang tersedia. Bakar sikit kalori atas treadmeal dan angkat semua besi yang ada kat dalam tu hehehe

Sauna pun ada kat situ. Lepas tu pi kuak lentang dalam pool .






Bercerita pasal kual lentang dalm pool, masa kecil ku kebanyakkannya dibesarkan di kawasan persisiran laut . Arwah bapak aku kan tekong bot kastam . Maka kuarters kastam memanglah berdekatan dengan pengkalan Marin . 

Aku pun kan dilahirkan di Port Swettenham . Masa aku kecik dan tinggal di Kuaters Kastam Tanjung Puteri, berdekatannya terletak sebuah bukit kawasan lapang yang sangat luas . Kira kawasan tu diliputi tanah merah . Kat tengah-tengahnya ada kolam yang cetek. Itulah tempat aku mengasah bakat ku menyelam dan berenang .

Kalau takde buat apa, memang aku berdua ke situ dengan kawan aku bernama Padil. Masa tu aku belum sekolah rendah lagipun. Biasalah budak kecik belum mumaiz, mandi bogel kontang kanting hehehe

Puas belajar menyelam dan berenang ,sarung baju dan seluar baru balik rumah , tu pun pasal lapar. Yang tak tahannya, bila dah kering , habis semua muka dan badan macam tepung kormak.Manakan tidak, kawasan tu memang kawasan tanah merah dan kolamnya penuh selut hehehe

Dah berani dan pandai sikit, barulah aku berani pula pi belajar renang kat pantai Selat Tebrau seberang kuaters kastam tu je .




Ok , kalori dah bakar kat gym dan pool, maka sessi sarapan pagi barulah berselera . Sejam dok ambik breakfast sambil duduk-duduk. Tengahari pula pasal kenyang lagi ,maka petang sikit baru jalan kaki rentas depan tempat penginapan tu  lalu baru pekena makan tengahari yang dah petang pun.Tu kira merangkap makam malam sekali.

Tak jauh dalam 5-6 minit jalan ,Restoran Sup Hameed ada,Nasi Kandar Line Clear ada. Tu yang buat aku suka pi lepak-lepak kat Penang. Sepanjang Lebuh Penang tu,terdapat banyak tempat makan . Aku jenis makan tak kisah, warong ke , restoran ke,bawah pokok ke , asal kena tekak dan sedap serta halal, dah bersyukur sangat.

Memang kunjungan aku kali ini ke Penang tak merayau kat mana pun. Memang nak relax dan rehatkan badan macam aku katakan.Lagi pun sebenarnya masa tu, aku baru baik demam . Alhamdulillah, ada masa aku akan jejakkan kaki lepak-lepak kat Pulau Mutiara ni.

Insyallah


gym lama di Heritage Wing




6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah
    sakit sendi2 tu dah sihat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atok

      Alhamdulillah
      dia bukan sendi, tapi ada aligment kat bahagian belakang dah lari pasal dulu angkat benda berat tak ikut prosedur yang sepatutnya

      Padam
  2. Assalamualaikum bapak,
    uisshh lawa Penang la ni naaa...last saya p Penang pat lima tahun lepas kot..teringat nasi kandaq dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam LW

      cantik dah laaaa ni
      tu sebab penang diiktiraf sebagai salah satu dari 10 bandar pilihan buat pesara dari seluruh dunia

      Padam
  3. Nampak macam kat E&O!

    BalasPadam