WARGA SCP

Rabu, September 01, 2010

ROAD TO AFRICA : SELAMAT TINGGAL AFRICA , The End

ALHAMDULILLAH

Kami memang sengaja pilih penerbangan awal dari Durban walaupun SIA hanya akan terbang jam 2.00 ptg dari dari OR Tambo . Bukan apa, takut manalah tahu flight delay ke , tayar pancit ke , nanti kan dah terlepas penerbangan pulang nanti.

Walaupun sekiranya berlaku sedemikian rupa dan kami semua dilindungi oleh insurance yang diambil , kalau boleh tak mau lah begitu

Tapi masalahnya ialah berat luggage kami terlebih 14 kg dari sepatutnya . Sorang hanya 20 kg je. Aku pun ambik keputusan jadikan sebuah beg kecil bersaiz cabin luggage untuk dibawa masuk dalam pesawat nanti . Terpaksa bukak wrappingnya dulu dan keluarkan apa2 yang patut dan bagikan kat beg sandang yang dibawa oleh anak ku . Kerana beg yang dibawa ke dalam cabin tak boleh lebih 7 kg sorang . Jadi hanya 3 beg saja masuk kat dalam perut kapal terbang nanti.

Nak hidup mesti pandai , tapi bukan menipu tau .

segala claim GST ada kat dalam kad debit ni

tukang kilat kasut ada kat sini , mcm 100 tahun dulu juga

Lepas check in luggage dan dapatkan bording pass , terus kami masuk kerana dah hampir 3 jam asyik melilau je dan dah sampai naik bosan di luar . Menuju terus ke Tax Refund Kiosk untuk mendapatkan kembali pulangan wang yang dicukai . Sekali lagi kami diminta menunjukan pasport kami dan resit 2 belian tadi. Aku claim atas nama ku dan mak itam claim atas namanya . Sekali lagi beberapa barang yang dibeli kena tunjukkan pasal claimnya boleh tahan juga .

Aku dah rancang ingat kalau dapat duit cash tuntutan tu , boleh habiskan kat kedai duty free nanti, beli apa yang yang patut .

Tapi rupanya sistem kat sini lain, tak sama mcm kat UK . Kalau kat UK claim GST dapat cash. Kat sini semua masuk dalam sekeping debit kad VISA electron. Dia daftarkan segala maklumat kita dan jumlah tuntutan tu dalam matawang USD . Nombor pin juga diberikan dan hanya boleh digunakan selepas 2 hari bekerja . Kad tu sama fungsi sama macam debit kad .

mcm2 ada tu, vuvuzela pelbagai corak

Sementara menunggu lagi 2 jam terbang, aku pun sempatlah menyopingkan diri di Out Of Africa Duty Free Shop . Memacam ada kat situ. Sempat juga aku sambar topeng kayu , telur gajah dan beberapa sorvenir yg kecil .

Mata sebenarnya dah mula kuyu dan badan dah penat sangat. Bayangkanlah, dari kul 3 pagi semalam dah bangun , hampir 20 jam tak tidur. Cuma satu je, badan tetap wangi pasal tak bepeluh hehehe

Gate perlepasan bukak je , kami tanpa melengahkan masa terus masuk, namun tetiba seorang staff di situ menahan kami di pertengahan jalan dalam aerobridge . Puncanya YABO-YABO yang aku bawa secara hand luggage dikatakan akan menganggu penumpang lain . Sedangkan semasa aku bawa naik domestik flight tadi dengan British Airways , takde masalah pun.

Aku pun apalagi terus menyatakan bantahan ku bila dia berkeras kata benda tu mesti ditinggalkan . Tetiba datang seorang staff lelaki mengatakan bahawa benda alah tu OK dan boleh dibawa ke dalam pesawat dan tak menggangu penumpang lain .

Masuk je dalam flight , aku pun apalagi mula cuba melelapkan mata, badan dan minda ku yang dah berapa minggu penat . 10 jam 45 minit lagi , aku akan sampai ke Changi Airport , Singapore. Cuma dalam kapla otak ku ingat nak makan Asam Pedas Ikan Mayong bila sampai nanti hehehehehehe



flight MAS ke KL dah nak jalan
pak itam naik SIA yg terbang dari Cape Town-Joburgh-Singapore

semua masik berglove dan bungkus kapla kat dalam airport
kerana kedinginan yg terlalu mencengkam

nampak panas mentari, tapi sejuk sebenarnya
dalam lingkungan kul 1.00 tgh ni

N3 ROAD TO AFRIKA YANG BERMULA HAMPIR DUA BULAN LEPAS TELAH SAMPAI KE PENGHUJUNG.

ALHAMDULILLAH,
SEPANJANG KEMBARA KAMI KE SANA,
KAMI SENTIASA DI BAWAH PERLINDUNGAN
DAN
KERAHMATAN ALLAH SWT
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI DI SANA

SESUNGGUHNYA
BANYAK NIKMAT ALLAH
YANG DIKURNIAKAN BUAT KAMI
SEHINGGA KAMI DAPAT
MENJEJAKKAN KAKI
KE BUMI AFRIKA
MENGUTIP SEBERAPA BANYAK PENGALAMAN
DAN
PERKARA2 YANG POSITIF
SERTA
MENJADIKAN YG NEGATIF
SEBAGAI SEMPADAN
DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI

KITA HANYA MERANCANG
ALLAH YANG MENENTUKAN
ADA 2-3 TEMPAT YANG KAMI RANCANG
TAK BERKESEMPATAN UTK PERGI
KERANA FAKTOR MASA DAN JARAK

BANYAK LAGI TEMPAT YANG KAMI TELAH KUNJUNGI
TAPI TAK SEMPAT NAK PAK ITAM CERITAKAN DISINI
KERANA DAH TERLALU LAMA PULAK EPISOD ROAD TO AFRICA NI
MENGALAH DRAMA KOREA KAT CANNEL KBS PULAK

TIADA NIAT APA DISEBALIK N3 ROAD TO AFRICA INI
SEKADAR PERKONGSIAN PENGALAMAN
KEMBARA KAMI INI


INSYALLAH
AKAN BERSIARAN SEMULA
BILA RASA NAK BERSIARAN
DENGAN CERITA2 HANTU TERKINI
DI SCP NANTI

HEHEHE

20 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah tamat fasa Road to Africa..so lepas ni plan ke mana pullok..ish3x best argh dapat oliday cam gini ahaks..laen kali kalo Pak Itam nak coti mana2, kalo perlukan khdimat bibik masa bcoti gtau le sy eks muahaha..[janji dapat ikot] hihi

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Dalam SIA tu ada jumpa sepupu ibu tak yg tinggal di Tampines S'pore. Dia dok dlm kokpik (bawak Pak Itam & the gang balik) hehehe...Nama dia Capt...(alamak dah lupe lah pulok!)

    BalasPadam
  3. Salam pak Itam,

    Road to Africa reached to the end. Yang penting Happy Ending walaupun hampir-hampir yabo-yabo nak kena tinggal di SA tapi kalu itu hak kita pasti Allah permudahkan. Alhamdulillah. Selamat menjalankan ibadah puasa di Malaysia pulak. Tapi di sini panas tau....

    BalasPadam
  4. Salam CR<

    Tk kerana berkongsi cerita yang begitu menarik dan gambar2 yang cantik, byk yg dipelajari dan perkara baru yang diperolehi. Saya tak jemu membaca kerana salah satu negara yang ingin saya lawati memang South Africa....hanya pernah sampai ke Ghana dan Guinea tahun 1999...panas macam kat Msia

    Best perjalanan CR di sana dan jalan cerita yang begitu menarik dengan gaya bahasa yang mudah nak faham. Tunggu your next trip pulak...

    BalasPadam
  5. pak itam beli telur gajah? telur gajah?! sila huraikan dalam 100 perkataan (40 markah)

    BalasPadam
  6. Salam Ramadhan Pak Itam

    Alhamdulillah
    Allah selamat serta permudahkan segala urusan pak itam sekeluarga dlm perjalan ke AS
    moga bertambah iman

    saya ucapkan terima kasih kerana dapat berkongsi ilmu

    saya cuma melancung kat kg baru, kl jerrr

    Wassalam

    BalasPadam
  7. pelbagai pengajaran yg diperolehi dlm pengembaraan dan dengan berkongsi sesama saudara yg mungkin tak terlalu perjalanan sedemikian, bertambah ganjaran buat pak itam sekeluarga, insyaAllah. bukukan buat anak cucu :)

    BalasPadam
  8. Salam Pak itam...

    wowwww dah habis ...panjang citer..terima kasih dapat kongsi pengalaman bercoti di alam maya..

    psssssst nanti bole kirim gambo kat BBQ kambing buat gantung kat dinding kedai..heheh

    tak sabor nak tunggu n3 seterusnya..citer ramadhan pak itam sekeluarga lakk

    BalasPadam
  9. salam CR...

    Alhamdulillah dah khatam gak misi "Road to Africa"..ada setengahnya akak tertinggal baca,maklum ler dah berumur nie ,tak sempat nk mengejar , semput n sakit lutut...
    lepas ni leh ler cerita asam pedas juadah berbuka pula.

    BalasPadam
  10. pergh...balik jugak akhirnya...ingatkan dah lupa asam pedas......heh3...welcome back!!!!

    BalasPadam
  11. salam syima

    masih dlm perancangan , jika ada rezeki dan Allah izinkan , nanti sampai lah

    moga Allah perkenankan

    BalasPadam
  12. salam ibu

    heheheh

    tapi masa balik , yg bawak pangkat sarjan je hehehe

    BalasPadam
  13. salam kak zakie

    batuk tak kebah2 lagi akibat cuaca dunia hari ini yg tak menentu, dh habis 2 botol ubat batuk hehehe

    BalasPadam
  14. salan rosli

    alhamdulillah, moga hajat rosli suatu hari nanti nak ke SA dimakbulkan Allah, insyallah

    saya ni mmg suka menulis dalam bahasa seharian yg kita mudah fahami , lebih santai dan relax

    BalasPadam
  15. salam KOG

    heheheh betul , pak itam mmg beli telur gajah heheheh

    kalau tak percaya tanya dgn arwah si leman hehehe

    BalasPadam
  16. salam atuk

    cite kg baru, terasa keenakkan makanan yg pelbagai di gerai2 di sana hehehe

    nak pekena nasi lemak antarabangsa hehe

    BalasPadam
  17. salam mampir


    yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan

    insyallah

    BalasPadam
  18. salam shami

    hehehe rasa penat tau menulis dan bercerita ni hehehe

    rasanya kena cuti juga menulis ni sepanjang hari raya hehehe

    BalasPadam
  19. salam kak ummi

    heheheh bulan2 posa ni, rasa malas nak ambik gambar lah kak hehehe

    BalasPadam
  20. salam uncle

    hehehe

    akhirnya kembali ke pangkal jalan hehehe

    BalasPadam