WARGA SCP

Sabtu, Ogos 28, 2010

ROAD TO AFRICA : tata titi tutu Durban PART 1


Beg dah kemas pek siap2 , pegi 4 beg balik pun 4 beg . Pegi bawak sorang je bini, balik pun sorang juga . Cuma sebuah beg yang penuh makanan masa datang dah clear isipadunya , jadi bolehlah letak sedikit barang yang dibeli di sini.

Aku takdelah membeli sakan di sini, cuma bawak balik 4 ekor badak sumbu bunting , 7 zirafah dan 8 ekor gajah albino hehehe

Semua binatang tu kena bungkus baik2, selotape dulu mulut mereka takut depa nanti pakat2 melolong dlm kapal terbang . Sebelum tu aku dah enjet dgn ubat tidur , kasi tidur sepanjang perjalanan nanti. Lagi satu pakaikan depa pampers , senang ...

Kul 3 pagi aku dah keluar dari penginapan di Umhlanga Reidge ke King Shaka International Aiport Durban . Pagi takde kereta, jadi 30 minit dah sampai . Flight aku ke Johannesburgh kul 6.35 pagi . Sampai je , aku terus ke kauter "wrapping" untuk keselamatan beg2 aku juga nanti. Maklumlah , mana2 airport banyak berlaku kecurian barangan dalam bagasi . Aku takut nanti badak aku depa kebas nanti


Pekerja kat wrapping kiosk tu mmg cekap dan bagus sangat , dia balut dengan plastik lutsinar tu hampir keseluruhan beg dgn tebal sekali ,cuma roda beg dgn tempat tariknya dikeluarkan . jadi kalau ada yang nak coba2 , pasti akan masa dan susah sikit . Sebuah beg depa charge 40 rand tak kira besar kecik.

Aku tak cite dgn kalian semua masa aku sampai ke Durban dari Joburgh tempohari , aku terperanjat juga pasal masa tu aku tak buat "wrapping" tu, aku lihat sebuah beg ku habis semua zip dan segala koceknya terbukak begitu sahaja masa nak ambik , pasal apa...

pasal sebenarnya kat dalam beg tu aku dah terletak mata wang malaysia yang aku bawak dan diselitkan kat dalam salah satu kocek di dalam beg. Jadi masa nak fly ke durban, terlupa pulak keluarkan semula.


Jadi selepas kita check in, beg2 kita akan discan dan tentu depa nampak duit tu bersusun terlipat , tu yang depa cuba ambik dari luar , habis diselongkornya semua kocek di luar beg, padahal benda alah tu kat dalam. Tapi itu semuakan kerja dan kuasa Allah, duit tu masih menjadi rezeki ku

kalau tak tentu depa enjoy sakan hehehe

Bertolak pepagi buta ni perut dah mula berkeroncong, tapi mana nak cari lontong kat kat airport ni, akhirnya kena capuchino panas lah jawabnya dalam keadaan suhu yang sangatlah sejuk lebih kurang 1 darjah celcius ni, mulut aku dah berasap2 keluar wap , dah macam naga tasik chini pulak


Check in , timbang beg, mak datuk hehehe
untuk domestik flight , British Airways ni 23 kg seorang , jadi kami punya beg dah lebih beberapa kg lalu terus aku jadikan beg kecik tu sebagai hand luggage

Tu mesti terlebih berat dari gajah yang aku bawak , ialah
bontot gajah kan besar hehehe

Satu masalah dah selesai , tunggu nak terbang je , tapi untuk international flight nanti kena fikirkan pasal luggage seorang 20 kg je , kena fikirkan apa nak buat nanti .............

14 ulasan:

  1. Salam Pak Menakan..

    uikssss, kak ngah nombot satu.. yeeehahhhh..

    kecurian barang2 dlm beg nie bukat takat kat aprika je.. kat M'sia pun rajin berlaku.. pantang ada kecuaian & peluang.. apalagi beroperasilah kije2 'mek geber'.. macam kes kawan kak ngah.. beg penuh cekelat pun depa geledah.. sib baik semua cekelat2 tu selamat.. adussss..

    psstt.. rasa2 nyer kan badak2 yg mengandung tu bila nak bersalin ek.. kak ngah bley jadik bidan.. heh heh

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan Pak Itam

    pandai pak itam pilih badak sumbu yg bunting, tidak keguguran ke badak tu terhempas/campak dlm bagasi
    he he

    ps/lama tak dengar khabak kak ngah

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Ha.... dah nak baik pun. Habislah tak apat melihat pemandangan cantik SA lagi. Tak pe..... lepas raya nanti sambung tempat lain.

    Satu yang kakak nak tanya. Kenapa Pak Itam bawa RM pergi SA? Nak sedekah awang hitam di sana ke? Hee...he... tulah sebab tak diambilnya. Cuba USD mesti dah lesap....

    BalasPadam
  4. Sorry pak Itam,

    Wrong spelling "balik" bukan "baik" nanti salah sangka ingat Pak Itam sakit pulak...

    BalasPadam
  5. balik nak bukak zoo ka?

    BalasPadam
  6. salam pak itam

    gajah,badak tu balik mesia kita buat baka yer,,,
    wahhh bisa untung jadi penternak gajah dan badak...leh cm tumpang sekaki..

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Itu last punya pic tu betul2 bola ke bag...ibu conpiusss

    BalasPadam
  8. salam kak ngah

    nombot satu sini takde hadiah tau hehehe

    mmg kat mana2 pun, ada berlaku kecurian bagasi ni, di KLIA jangan cakap la

    badak tu dah bersalin tapi keluar anak kekura hehehe

    BalasPadam
  9. salam atuk

    pasal terhempas di kapal terbang, dia bersalin anak kekura hehehe

    nanti saya tunjukkan baby kekura tu heh

    BalasPadam
  10. salam kak zakie

    hehehe duit rm tu lebih kurang 1.5 k juga , terlupa tinggalkan kat umah sebelum pegi hehehe

    tapai kalau depa dapat, convert ke rand mau kat 3 k juga hehehe

    BalasPadam
  11. kak zakie

    heheheh mmg sakit belakang ni hehehe

    BalasPadam
  12. salam uncle

    heheheh mini zoo hehehe

    BalasPadam
  13. salam cm

    heheh pak itam bawak balik baka baik puinya tau hehehe
    jenis kuat beranak punya hehe

    BalasPadam
  14. salam ibu

    bola betul heheheh

    bola yg depa guna pada world cup, pak itam close up masa ambik gambar tu

    BalasPadam