WARGA SCP

Selasa, Januari 05, 2010

GOLD COAST : JALAN-JALAN CARI MAKAN

Semalam penat masuk hutan
Hari ini jom ikut Pak Itam pi ronda-ronda, makan-makan dan shopping

Tempat yang dituju ialah Harbour Town Gold Coast
Tempat ini menempatkan segala factory outlet dan "duty free"
Boleh rambang mata keh,keh,keh




Selepas tu, kami pergi Gold Coast Marina
Pekena tandorri dgn roti nan dan beriani
kat restoren pakistan
sambil menikmati panorama yang indah
kat marina tu

Banyak pulak kapal layar parking kat situ
"mana pulak sampan aku ni keh,keh,keh"

















Lepas makan, pegi Pacific Fair.
Pusat membeli belah yang terbesar di Gold Coast
Ada 4 buah shopping compleks dalam 1 bumbung
memang besar
tak habis pusing

Apa yang menarik perhatian pak itam
ialah melihat seorang model sedang
disolekkan dengan gaya ala Elvis Presley
yang tak tahan tu seluar yang kat luar tu
siap mengelit-gelit lagi
ngeh,ngeh,ngeh




ni boleh kira tutup aurat tak he he he


Dah penat ronda , apa lagi kena baliklah
menuju ke Brisbane untuk pulang ke Malaysia
dengan SIA.

Flight yang hampir 8 jam
terbang tanpa sebarang masalah
kejenya makan, tidur, tgk movie
anak pak itam main game sampai ke Changi








kebas bontot duduk lelama dalam flight
cuba ada aktiviti memancing ka, main guli ka
sure tak boring
keh keh keh

Isnin, Januari 04, 2010

NAK MASUK HUTAN, NAK MASUK HUTAN

pinggir hutan





pokok bunga hutan

terjumpa pulak dengan tapak babi hutan he he he

pondok kat hutan


hasilnya , semua ayam hutan berjaya dipujuk dan dipanggil
keluar, kerana esok dah nak sekolah
nak kena daftarkan ayam-ayam ni ke "kelas pemulihan"
untuk belajar bertelur

yang ni degil sikit, kurang asam


Semalam hari pertama pak itam masuk ke hutan tahun ni he he he Dah lama tak jenguk ayam hutan yang ditinggalkan . Kesian depa. Jadi “SUATU CATATAN PERJALANAN” hari ini mengajak kekawan mengikuti sejarah kehidupan ayam hutan sebagai menambah ilmu pengetahuan . Hari ini punya pelajaran , pak itam kasi F.O.C . Yang pasti kat tengah KL takde ayam hutan, kalau kat negara Arab lagi lah takde he he he

Diam tak diam, pejam celik pejam celik ,dah hampir 20 tahun pak itam tinggal di pinggir hutan ni,tiada kesibukan, tiada kesesakkan. Suasananya sungguh damai dan mengasyikkan berbanding "hutan batu"

Bebalik kepada cerita ayam hutan ni

Ayam hutan a.k.a ayam liar yang hidupnya di hutan. Orang jawa memanggilnya dengan nama ayam alas, dalam bahasa Madura ajem alas, dan dalam bahasa “orang putih” junglefowl(speaking London jap)

Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku sangat serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana memang merupakan leluhur dari ayam peliharaan. Jantan dengan betina berbeza bentuk tubuh, warna dan ukurannya Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, berbeza dengan ayam betinanya yang cenderung berwarna kusam.

Menurut kajian pak itam , ada empat spesies ayam hutan yang hidup dari India, Sri Lanka sampai ke Asia Tenggara termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:

  • Ayam-hutan merah, Gallus gallus
  • Ayam-hutan Sri Langka, Gallus lafayetii
  • Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii
  • Ayam-hutan hijau, Gallus varius

Ayam hutan adalah pemakan segala “benda”, tapi cenderung sebagai pemakan biji-bijian Namun begitu ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.Bak kata orang tua “semua dia bedal “ ngeh, ngeh,ngeh

Ayam hutan ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengerami telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya a.k.a maknya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas.

Yang pastinya dagingnya agak liat tapi sangat sedap dimakan . Tapi tulah susah nak dapat ayam hutan ini. Menurut cerita , terdapat seorang penternak jaya memelihara beratus ribu ekor ayam hutan di sebuah estet , akibat terlalu banyak , ada beberapa gerombolan dan "angkatan bersekutu " telah merajuk kerana “dianaktirikan” lalu melarikan diri ke selatan tanah air

he he he sapalah penternakjaya tu ngeh ngeh ngeh

Sebenarnya hutan belantara yang dicipta oleh Allah SWT terlalu banyak keistimewaannya, terpulang pada presfektif dan pandangan mata dan hati kita ,

“Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Alhijr - 19)

ianya dicipta oleh Allah SWT bersebab dan janganlah kita abaikan dan musnahkan ia sesuka hati kita.

Ahad, Januari 03, 2010

HEPI BESDAY SAUDARA KU : CL

gambar tahun 2008
tembamnya he he he

gambar 2009 , dah tak tembam he he he ganazzz tu

Alhamdulillah, hari ini tanggal 3 januari , genap 4....tahun sahabat dan saudara seagama ku , CL.
Hampir 2 tahun berada di tanah suci Makkah , satu kesempatan yang diberikan Allah SWT untuknya yg tak terfikir olehnya sama sekali sebelum ini. Itulah "suatu catatan perjalanan" yang direncanakan oleh Allah SWT untuknya . Dikau sangat beruntung dari segala "keberuntungan" yang diberikan Allah kepada insan-insan lain di dunia kerana sering berada di "rumah Allah" dan dapat beribadat di sana yang "sangat-sangat" didambakan oleh setiap insan muslim .

Semoga segala impian murni mu dalam merealisasikan "beberapa perkara" dipermudahkan oleh Allah SWT dan tercapai, insyallah.

Sesungguhnya perjalanan hidup mu sebelum ini yang penuh ranjau dan cabaran terkandung hikmah dan nikmat disebaliknya yang hanya Allah saja mengetahuinya.

Semoga perjalanan hidup mu selepas ini sentiasa disinari dengan benih-benih kegembiraan dan diberkati serta dilindungi Allah SWT setiap masa.

Sekali lagi "selamat pengantin baru" OPSSSS TERSALAH UCAPAN

NGEH,NGEH,NGEH

SELAMAT HARI ULANG TAHUN

ALLAH SELAMATKAN KAMU


Pak Itam memetik ayat-ayat awal dalam blog PDKM untuk sekian pertama kalinya "

Asssalamualaikum......Petama kali aku jejak kan kaki kedalam Masjidil Haram atau lebih di kenali dgn pangilan Haram hati ku amat berdebar2 dan rasa takut pun ada...mungkin aku pernah dengar ramai org bercerita tentang macam2 yang berlaku didalam ni tapi Alhamdulilah aku bersyukur pada allah dgn izinnye tiada apa yang berlaku pada diri nii...Terasa sayu dan gembira bila pertama kali aku dapt menatap Kaabah yang penuh dgn kebesarannye...terpegun aku tak terkata seketika...lalu terus aku berdoa berkali kali menyebut nama Ilahi serta melaku kan solat sunat di depannye...Alhamdullah sudah hampir 5 bulan aku disini..tersa amat gembira dan seronok tak terkata pengalaman aku disini...tu...gamabr di sebelah tu ada lah gamabr aku pada bulan julai yang lalu..nampak gemuk kan muka aku masa tu...al maklum lah dari malaysia datang so masa tu makan mnum aku semua ada di malaysia aku sebat lah..jadi bila mai sini naik lah badan aku 84kg...woww...tapi kalau skg aku cakap berat aku dah 72kg semua org mesti tak percaya kan...sebab dalam masa dua bulan berat aku dah jatuh 12kilo( Never mind next episod i will tell u all why)...

Mengalas tanggungjawab untuk membawa perkembangan berita dan gambaran terkini di kota Makkah dengan sukarela yang pastinya kita tidak pernah jemu untuk mendengar dan menatapnya walaupun sejuta kali di paparkan gambaran yang sama, itulah kelebihan kota suci Makkah.

Semoga usaha mu ini mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT .
Semoga apa yang kau idamkan tercapai dengan izin Allah SWT

Doa pak itam untuk CL agar kehidupan mu sentiasa diberikan sinar kegembiraan dan kebahagian yang dicari, iaitu "kebahagian yang hakiki" di sisi Allah SWT

Semoga hidup mu sentiasa diberkati dan di bawah perlindungan Allah SWT

Amin

Sabtu, Januari 02, 2010

AIR TANGAN MAK ITAM


asam pedas ikan kurau
sesekali tukar "ayam hutan" masak asam pedas pun sodap
minta sekor kat kak ngah

lawan pulak ikan kering, mana tak naik "bp" he he he

sayur mesti ada untuk "piramid makanan" yang baik

menu ni umpama juga orang pompuan pakai baju, nak kena "match" baru umphhh

bab ni mak itam memang cekap
ilmu ni takde dalam buku
tapi berdasarkan "pengalaman hidup"
"pak itam beruntung dapat mak itam
kerana
mak itam suka masak,
mak itam juga beruntung dapat pak itam
kerana
pak itam pulak suka makan"
ngeh,ngeh,ngeh
tapi sekarang kami tinggal berdua je,
jadi masak utk berdua je lah
jom CL dan kekawan he he he
pak itam "ngap" dulu

Biasanya pak itam dengan mak itam akan pegi ke pasar tani untuk mendapatkan bekalan
bagi seminggu, jadi tak payahlah mak itam nak pegi kedai setiap hari nanti
bila kami dah masuk "hutan"
lepas balik pasar tani sementara mak itam masak
rutin pak itam seminggu sekali
"mandikan mak itam no 2" sambil tu dapat mengeluarkan peluh
pak itam suka buat keje tu sendiri


Teringat dedulu masa pak itam bujang, masa tu gaji kecik. Cukup2 makan je. Nak makan kat luar selalu, mau tak cukup gajinya sampai hunjung bulan. Jadi kami berempat akan masak sendiri di rumah. Pak itam bukanlah pandai masak sangat . Jadi pak itam hanya membantu saja . Tapi biasalah, dalam serumah ada juga yang "kelesa" , dia tahu dah siap je, terus makan. Bab makan "tak kelesa" pulak ngeh,ngeh,ngeh

Tapi lepas pak itam kawin dengan mak itam, hidup pak itam lebih teratur. Mak itam memang jenis suka masak, janji bahannya ada . Mana dia belajar , pak itam tak tahu. Ialah, dia anak yang sulong, tentu banyak membantu ibunya dulu di dapur.

Tu sebab, pak itam dari dulu tak suka makan tengahari di luar, walaubagaimana lambat sekali pun pak itam balik, tentu kat bawah tudung saji dah terhidang dengan lauk . Mak itam walaupun penat sekalipun , tengahari balik keje, dia akan ke dapur dahulu. Itulah keistimewaan dan kelebihan mak itam . Pak itam beruntung dapat mak itam yang suka dan pandai masak.

Tentu lauk kegemaran pak itam ialah asam pedas. Pak itam kan org johor, jadi asam pedaslah yang membesarkan pak itam dari kecik dulu. he he he
Kalau seminggu mau 3-4 kali asam pedas mesti ada, tak kiralah ikan apa .
Tu yang selalu mak itam kata " dari kurus sampai "dah tak kurus" dia sediakan dan bela pak itam hi hi hi

Sekarang hobi mak itam pula bila ada masa lapang buat kek dan kuih yang sewaktu dengannya bila ada masa lapang. Pak itam tukang "ngap je"

Tapi sekarang, ramai anak2 dara tak tak suka kat ke dapur, mungkin juga kerana faktor kerja dan persekitaran yang menyebabkan situasi itu berlaku

Untuk adik2 yang kat luar sana, rajin-rajinlah ke dapur jika ada masa , bukan apa. Makanan di rumah lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya dari di luar.

Arwah ayah juga dulu pandai sikit2 memasak, Dulu dia keje "kastam". Jadi dia selalu keluar meronda dengan bot 3-4 hari baru balik. Di atas bot, selain jadi "drebar" dia juga jadi tukang masak . Pernah satu hari dia bercerita semasa keluar meronda untuk seminggu, semua bahan mentah dah dibawa. Teringin nak masak ikan masak lemak. Kelapa ada , tapi tapis pulak takde nak buah perah santan. Macammana ni

Akhir sekali, dapat satu akal. Baju singlet dibasuh bersih2 dan akhirnya dijadikan tapis buat perah santan kelapa ngeh,ngeh,ngeh
dia kata habis ikan masak lemak dia bebudak kat atas bot tu makan sampai tak cukup he he he

Rindu sangat dengan arwah ayah, alfatihah buat ayahanda yang tersayang.