WARGA SCP

Sabtu, Januari 02, 2010

AIR TANGAN MAK ITAM


asam pedas ikan kurau
sesekali tukar "ayam hutan" masak asam pedas pun sodap
minta sekor kat kak ngah

lawan pulak ikan kering, mana tak naik "bp" he he he

sayur mesti ada untuk "piramid makanan" yang baik

menu ni umpama juga orang pompuan pakai baju, nak kena "match" baru umphhh

bab ni mak itam memang cekap
ilmu ni takde dalam buku
tapi berdasarkan "pengalaman hidup"
"pak itam beruntung dapat mak itam
kerana
mak itam suka masak,
mak itam juga beruntung dapat pak itam
kerana
pak itam pulak suka makan"
ngeh,ngeh,ngeh
tapi sekarang kami tinggal berdua je,
jadi masak utk berdua je lah
jom CL dan kekawan he he he
pak itam "ngap" dulu

Biasanya pak itam dengan mak itam akan pegi ke pasar tani untuk mendapatkan bekalan
bagi seminggu, jadi tak payahlah mak itam nak pegi kedai setiap hari nanti
bila kami dah masuk "hutan"
lepas balik pasar tani sementara mak itam masak
rutin pak itam seminggu sekali
"mandikan mak itam no 2" sambil tu dapat mengeluarkan peluh
pak itam suka buat keje tu sendiri


Teringat dedulu masa pak itam bujang, masa tu gaji kecik. Cukup2 makan je. Nak makan kat luar selalu, mau tak cukup gajinya sampai hunjung bulan. Jadi kami berempat akan masak sendiri di rumah. Pak itam bukanlah pandai masak sangat . Jadi pak itam hanya membantu saja . Tapi biasalah, dalam serumah ada juga yang "kelesa" , dia tahu dah siap je, terus makan. Bab makan "tak kelesa" pulak ngeh,ngeh,ngeh

Tapi lepas pak itam kawin dengan mak itam, hidup pak itam lebih teratur. Mak itam memang jenis suka masak, janji bahannya ada . Mana dia belajar , pak itam tak tahu. Ialah, dia anak yang sulong, tentu banyak membantu ibunya dulu di dapur.

Tu sebab, pak itam dari dulu tak suka makan tengahari di luar, walaubagaimana lambat sekali pun pak itam balik, tentu kat bawah tudung saji dah terhidang dengan lauk . Mak itam walaupun penat sekalipun , tengahari balik keje, dia akan ke dapur dahulu. Itulah keistimewaan dan kelebihan mak itam . Pak itam beruntung dapat mak itam yang suka dan pandai masak.

Tentu lauk kegemaran pak itam ialah asam pedas. Pak itam kan org johor, jadi asam pedaslah yang membesarkan pak itam dari kecik dulu. he he he
Kalau seminggu mau 3-4 kali asam pedas mesti ada, tak kiralah ikan apa .
Tu yang selalu mak itam kata " dari kurus sampai "dah tak kurus" dia sediakan dan bela pak itam hi hi hi

Sekarang hobi mak itam pula bila ada masa lapang buat kek dan kuih yang sewaktu dengannya bila ada masa lapang. Pak itam tukang "ngap je"

Tapi sekarang, ramai anak2 dara tak tak suka kat ke dapur, mungkin juga kerana faktor kerja dan persekitaran yang menyebabkan situasi itu berlaku

Untuk adik2 yang kat luar sana, rajin-rajinlah ke dapur jika ada masa , bukan apa. Makanan di rumah lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya dari di luar.

Arwah ayah juga dulu pandai sikit2 memasak, Dulu dia keje "kastam". Jadi dia selalu keluar meronda dengan bot 3-4 hari baru balik. Di atas bot, selain jadi "drebar" dia juga jadi tukang masak . Pernah satu hari dia bercerita semasa keluar meronda untuk seminggu, semua bahan mentah dah dibawa. Teringin nak masak ikan masak lemak. Kelapa ada , tapi tapis pulak takde nak buah perah santan. Macammana ni

Akhir sekali, dapat satu akal. Baju singlet dibasuh bersih2 dan akhirnya dijadikan tapis buat perah santan kelapa ngeh,ngeh,ngeh
dia kata habis ikan masak lemak dia bebudak kat atas bot tu makan sampai tak cukup he he he

Rindu sangat dengan arwah ayah, alfatihah buat ayahanda yang tersayang.


26 ulasan:

  1. Salam CR..

    perghhh! slamat ayam utan kak ngah.. idak kalu misti tak cukup sekor utk bertelur..

    room mate kak ngah pun tak suka makan kat luar.. pagi petang makan kat umah.. emmm, tgh hari tak bleh lah nak makan kat umah.. kak ngah menoreh sampai ptg.. tak ada istilah half day.. dulu2 teringin gak kije half day.. namun disebabkan BM dapat 2.. tu yang tak lepas.. opsss, kalu BM dapat 7, boleh kot! heh heh..

    Selamat Tahun Baru Pak Itam & Family..

    pssttt.. jgn lupa tlg daftarkan ayam utan kak ngah masuk skolah next week.. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  2. Berbahagia lah Pak Itam dan Mak Itam berdua .Moga berkekalan hngga ke akhir hayat.Bahagiakan sorang suka masak sorang suka makan!Bayangkan kalau dua2 suka masak...

    Hai kete beso nampak....

    BalasPadam
  3. salam Rezeki

    aduhhh terliuq bila tengok asam pedas mak itam tuh..sure sedap kan..hmmm nanti mai kota tinggi nak rasa lah maskan mak itam tuh...insyalah


    wasalam

    BalasPadam
  4. Salam

    antara azam CM yg berkobar-kobar tahun ni ialah belajar memasak,dengan rendah diri cm mengaku cm tak pandai memasak,suami dan anak bukan jenis pemakan menyebabkan aku bertambah kelesa,tapi tahun demi tahun cm rasa ni satu kekurangan yg perlu diatasi..entry ni sesuai benar dgn azam aku..

    nenekku berasal dari sg mati muar "parit penyengat' biasa beno dengar perkataan "kelesa" tu,kalau kak noor dia sebut "penyegan"..

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Wow cantik kete pak itam..bila laa nak dapat rembat satu camtu hehe

    Sy biasa benor dgn perkataan 'kelesa' tue hehe..maklumlah spt yg pak itam tau sy asal johor gak..

    Pak Itam sama laa peberet kita asam pedas tue..lebih2 lagi asam pedas ikan sungai wau mabelous..ngeh3x..

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam..

    Fuh! Mengancamla asam pedas Mak Itam tu. Asam pedas orang selatan memang ORI. Bolehla saya menuntut ilmu drpd Mak Itam ke, CM ke nanti. Naper ntah, asam pedas orang utara macam ada kurreenng sket...hmmm...ada missing bahan perisa misteri kot...
    Tapi kari orang utara tak bleh chalen la kan..hehe...kak ngah mesti pro punya tu ;)

    dapat vocab baru, 'kelesa'...rasa2 macam boleh teka maknanya, tapi siap cari kat Kamus Dewan tu, untuk confirm (tabiat tipikal penterjemah kot..heh).

    VpeaceV

    BalasPadam
  7. salam kak ngah

    kalau bm dpt 9, 1/4 hari je keje he he he

    selamat tahun baru juga buat kak ngah sekeluarga

    lusa ayam2 hutan tu saya daftarkan ke sekolah pendidikan khas ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  8. salam mama ju

    alhamdulillah krn doakan kami

    insyallah

    BalasPadam
  9. salam lie

    insyallah, sampailah nti ke "hutan" kami nanti, boleh pekena asam pedas tu ngeh ngeh ngeh

    kalau tak sedap, masa kan saiz pinggang pak itam makin bertambah he he he

    BalasPadam
  10. salam cm

    insyallah, azam cm tu akan terlaksana nanti, tapi kalau mrk bukan jenis pemakan, cm je belasah makan, mau naik berat badan tu he he he

    ia ke "kelesa" tu sama dgn "penyegan"
    psl penyegan tu a.k.a pemalu

    BalasPadam
  11. salam syima

    kalau asam pedas ikan sungai mcm ikan keli kena pulak daun kesom, mau 2-3 pinggan he he he

    ala, pak itam pi "rembat" je keta tu kat kedai org, kalau syima nak pun , syima pi "rembat" je ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  12. salam umi

    asam pedas org johor mmg "piaw" , kalau org dulu2 lagi pulak, lada pakai "giling" sendiri dgn batu giling tu

    org utara pulak expert dgn kari he he he

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam,

    hehe mana bleh main rembat sebarang rembat hehe..ongkos gak ada pak!

    penyegan tue kalo tak silap sy bhs org utara sama maksud dgn kelesa tue..kalo org n9 ckp peloseh hehe

    BalasPadam
  14. Salam Pak Itam,
    Hai..mak itam masak asam pedas lah untuk pak itam. Masukkan lagi nenas & sedikit tompoyak,kemudian tambahkan sesudu cili padi tumbuk fulamak..berseleranya makan.

    Pak itam, kalau abgsulung dua lauk yang paling diminati ialah asam pedas & kari tak kira makan siang ataupun malam.Yum..yummm ih..sedapnya makan. Kaksulung mesti masak salah satu lauk tu..

    BalasPadam
  15. salam

    penyegan org selatan pemalu,
    penyegan org utara `pemalas lah sama dengan `kelesa`..

    kelisa pulak kereta ciklie..

    BalasPadam
  16. salam syima,

    org n9 cakap peloseh, kalau n10 peleset he he he

    BalasPadam
  17. salam abg sulong

    kalau kene dgn tempoyak, tu yang 3-4 pinggan, perut pun memboyak he he he

    BalasPadam
  18. salam cm,

    tu sebab pak itam bm dpt 7 he he he

    psss cakap kelisa pelan2 ,
    kelisa tu auto lagi, ada org tu cekap bawak auto je ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  19. salam kak nab

    alhamdulillah , tapi org lama mcm kak nab lagi banyak pengalaman dan expert di dapur

    BalasPadam
  20. Pak itam,
    Keh..keh..keh.. sampai memboyak, itulah kalau kena asam pedas ada tempoyak,kena sediakan minyak angin awal2.Misti mengelidat menahan perut kekenyangan.

    BalasPadam
  21. Pak Itam,
    Eh..eh..pak itam, gambar kat atas tu JLL yang pak itam cerita tempoh hari ke..?

    Cuma "Jangan Lumba Lumba" aje lah.. ngeh-ngeh, sayang mak itam no.2 tu.

    BalasPadam
  22. JLL tu kat rumah no: 21 kan pak itam.

    BalasPadam
  23. salam abg sulong

    cite psl tempoyak, lama tk mkn psl sekrg bukan musim durian

    mak itam no2 tu jarang bawak

    BalasPadam
  24. Salam Pak Itam,

    mak aih.. pepagi buta tadi tak ade lak 'mak itam no 2' tu.. apsal lak tetiba bila cheq bukak memalam buta nie dah ada.. uwaaaaa.. sesaje je lah tu nak bagi cheq jeles.. oooo.. 'ek' sama kak ngah arr.. siap JLL tu.. mggu depan kak ngah 'kidnap' bawak mai estet.. opss.. pak itam p masuk hutan bawak cik saga je kannnnn.. heh heh..

    psttt.. ayam utan kak ngah dah p 'orentasi'.. terus masuk std 1 je lah.. la la la

    BalasPadam
  25. salam kak ngah

    he he he nti pak itam buat n3 khas utk saga tu ya , banyak jasanya

    ayam hutan pagi ni daftar tahun 3 terus ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam