WARGA SCP

Isnin, Januari 04, 2010

NAK MASUK HUTAN, NAK MASUK HUTAN

pinggir hutan





pokok bunga hutan

terjumpa pulak dengan tapak babi hutan he he he

pondok kat hutan


hasilnya , semua ayam hutan berjaya dipujuk dan dipanggil
keluar, kerana esok dah nak sekolah
nak kena daftarkan ayam-ayam ni ke "kelas pemulihan"
untuk belajar bertelur

yang ni degil sikit, kurang asam


Semalam hari pertama pak itam masuk ke hutan tahun ni he he he Dah lama tak jenguk ayam hutan yang ditinggalkan . Kesian depa. Jadi “SUATU CATATAN PERJALANAN” hari ini mengajak kekawan mengikuti sejarah kehidupan ayam hutan sebagai menambah ilmu pengetahuan . Hari ini punya pelajaran , pak itam kasi F.O.C . Yang pasti kat tengah KL takde ayam hutan, kalau kat negara Arab lagi lah takde he he he

Diam tak diam, pejam celik pejam celik ,dah hampir 20 tahun pak itam tinggal di pinggir hutan ni,tiada kesibukan, tiada kesesakkan. Suasananya sungguh damai dan mengasyikkan berbanding "hutan batu"

Bebalik kepada cerita ayam hutan ni

Ayam hutan a.k.a ayam liar yang hidupnya di hutan. Orang jawa memanggilnya dengan nama ayam alas, dalam bahasa Madura ajem alas, dan dalam bahasa “orang putih” junglefowl(speaking London jap)

Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku sangat serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana memang merupakan leluhur dari ayam peliharaan. Jantan dengan betina berbeza bentuk tubuh, warna dan ukurannya Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, berbeza dengan ayam betinanya yang cenderung berwarna kusam.

Menurut kajian pak itam , ada empat spesies ayam hutan yang hidup dari India, Sri Lanka sampai ke Asia Tenggara termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:

  • Ayam-hutan merah, Gallus gallus
  • Ayam-hutan Sri Langka, Gallus lafayetii
  • Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii
  • Ayam-hutan hijau, Gallus varius

Ayam hutan adalah pemakan segala “benda”, tapi cenderung sebagai pemakan biji-bijian Namun begitu ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.Bak kata orang tua “semua dia bedal “ ngeh, ngeh,ngeh

Ayam hutan ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengerami telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya a.k.a maknya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas.

Yang pastinya dagingnya agak liat tapi sangat sedap dimakan . Tapi tulah susah nak dapat ayam hutan ini. Menurut cerita , terdapat seorang penternak jaya memelihara beratus ribu ekor ayam hutan di sebuah estet , akibat terlalu banyak , ada beberapa gerombolan dan "angkatan bersekutu " telah merajuk kerana “dianaktirikan” lalu melarikan diri ke selatan tanah air

he he he sapalah penternakjaya tu ngeh ngeh ngeh

Sebenarnya hutan belantara yang dicipta oleh Allah SWT terlalu banyak keistimewaannya, terpulang pada presfektif dan pandangan mata dan hati kita ,

“Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Alhijr - 19)

ianya dicipta oleh Allah SWT bersebab dan janganlah kita abaikan dan musnahkan ia sesuka hati kita.

20 ulasan:

  1. waa CR.. hmm macam baca dokumentari lak, ngeh ngeh ngeh..

    satu yg CP tahu, makan ayam mmg feveret CP, ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  2. Pak Itam,
    Insyallah, kalau ada rezeki besok nak singgah kat situlah..boleh ka.. Bestlah.. Pasal ada ayam hutan.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam

    Kalau bernisaga nasi lauk rendang ayam hutan, sah tak cukup kerusi meja punya. Tapi silap hari bulan tak cukup kaki nak lari dr perhilitan...

    BalasPadam
  4. Salam CR

    ayam, pelbagai ayam
    ayam hutan, ayam radix
    heheheh. AZ ingat kat lagu ayam si jalil tuh.
    apa-apa pun salam ceria utk cr dengan ayam2 tu.

    BalasPadam
  5. Salam rezeki..


    aikkk kenpa ceirta mu lain dari yang lain semasa berjumpa dengan ku....????? aku kebingungan..?? Pelesu ker tuh....hehehehehheehh


    waslam

    BalasPadam
  6. Wah buat kajian ayam hutan ye..terimakasih kerana maklumat. Tapi yang akhir tu tak fahamlah...

    BalasPadam
  7. salam rezeki

    huhuhu ingat ayam-ayam hutan kat rumah nenek dulu. Sebab depa ni kecik kan nampak comel jer tapi kalau kejar tu jarang ler dapat. Kalau berkokok tu pun cute jer.. pendek, tak abis. Macam kena sembelih kat ujungnya hahahaha... sekarang ni semuanya tinggal kenangan XD

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    'Ayam hutan' yang berjaya dipujuk keluar hutan dan lulus 'kelas pemulihan' tak tukar ke status jadik 'ayam kampung'? ;)

    Mana gambor tapir kakngah? Takkan malu nak enterprem gak kot? hehe..

    VpeaceV

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    Nak masuk hutan..nak masuk hutan..ingatkan masuk hutan nak carik kayu, nak carik kayu hehe rupanya ada ayam hutan..

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam..

    alahai.. ghindu bangat pada 'ajem-ajem eson'.. 'kik bede dimma??' ingatkan dah hilang dimata.. rupa-rupa nyer.. 'bede engko na obek eson'.. wa ha ha (rasa2 nyer bleh translate ka itu bahasa??)

    perghhh! p utan naik SUV.. caya.. caya.. tabik spring gue!

    pssttt.. 'balen' duit yuran & PIBG ayam2 utan kak ngah ada lagi tak?? kak ngah nak wat beli jeruk kelubi.. nak menyicah hujung minggu.. heh heh

    BalasPadam
  11. salam CP,

    tu mesti CP antu KFC ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  12. salam abg sulong

    boleh apa salahnya, tapi ayam tu semua "bertuan" ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  13. salam YB

    he he he , tapi kalau setakat utk makan sendiri takpa , kalau utk berniaga takle, kena ambik permit dulu

    BalasPadam
  14. salam AZ

    salam ceria juga utk AZ dari saya dan ayam2 ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  15. salam lie


    heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    pssss i like ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  16. salam mama ju

    he he he , maksud tersirat tu yg last

    BalasPadam
  17. salam khairyn

    mmg nak ketawa bila dgr ayam hutan tu berkokok , mcm tak cukup nafas (semput) he he he tapi kalau khairyn terdengar kokokan ayam hutan kat glasgow pepagi buta, siapa nak jawab ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  18. salam umi

    tapir kak ngah cuti bersalin 60 hari, masih dlm pantang he he he

    BalasPadam
  19. salam syima

    nak cari ayam, nak cari ayam he he he

    BalasPadam
  20. salam kak ngah

    terbelit otak dan lidah nk translate he he he

    lebih duit yuran ayam tu dah masuk tabung khairat ngeh ngeh ngeh

    jadi bawak je garam dgn kicap dr umah he he he

    BalasPadam