WARGA SCP

Jumaat, April 06, 2012

ISLAND HOPPING PART 8 : MENUJU PULAU SINGA BESAR

ALHAMDULILLAH

Akhirnya kami meninggalkan Pulau Dayang Bunting dan semuanya dalam peliharaan dan kerahmatan Allah ketika kami di sana .

Memang pengalaman di sini menyaksikan keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang masih terpelihara dan belum ternoda dengan pencemaran dan kerosakkan akibat tangan2 manusia mesti dipelihara kerana ia adalah harta pusaka yang tak ternilai dan tidak boleh ditebus ganti .

Naik bot semula dan macam biasa pakai jaket keselamatan dan menuju destinasi seterusnya , Pulau Singa Besar.




Bot meluncur laju dan aku berasa sunguh tenang menyaksikan pandangan kiri kanan ku adalah lukisan alam yang begitu indah dan sukar untuk diucapkan mengingatkan aku betapa hebatnya Allah yang mencipta sekalian alam .

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan yang berakal.
(Ali Imran: 190)

Melalui pengamatan dan landscape yang begitu indah ini , aku mengamati kehebatan Allah dan melihat bagaimana Allah S.W.T mengajak kita supaya berfikir bagi mengenal NYA.

Sebenarnya setiap kejadian alam itu bersebab dan Dia meminta kita supaya merenung seketika apa yang disajikan di depan mata kita yang tentunya akan berbalik kepada kehebatanNYA dalam mentadbir seluruh sekalian alam.

Bumi yang dipijak saban hari serta langit yang kita dijunjung saban waktu , siang dan malam bersilih ganti serta putaran detik setiap saat dan jam serta hari dan bulan serta tahun sebenarnya membawa banyak pengertian untuk kita renungkan dan kita fikirkan disebalik semua kejadian itu.

Cuba kita dongak ke langit , pasti terlihat bulan atau bintang atau matahari serta awan.

Tolehlah ke kiri atau kanan , pasti terlihat pokok2, laut, sungai , tasik serta bukit bukau dan gunung-ganang dan pelbagai lagi tanpa dapat dihitung satu persatu yang sebenarnya membawa pengertian akan kehebatan Allah yang tiada tolok bandingnya.

Alhamdulillah
Alam juga sebenarnya mendekatkan kita pada pencipta kita kalau kita dapat melihat dengan mata kasar dan mata hati.






20 minit perjalanan, kami selamat tiba di Pulau Singa Besar di mana di sini aku sekali lagi disajikan dengan kehebatan Allah yang mencipta burung2 yang berterbangan yang mana sepandai2 manusia serta sehebat2 manusia di muka bumi ini sekali pun, jangan kata seekor burung dapat dicipta , sebutir taik burung pun pasti tak dapat dicipta yang mana ada antara kita manusia dimuka bumi ini mengaku bijak pandai , tapi sebenarnya kita hanya insan yang lemah yang tak berdaya di sisi Allah sebenarnya.

Allahukabar

Jadi

Janganlah kita membangga diri dengan ilmu yang kita ada,

Janganlah kita merasa riak dengan setiap amalan kita ,

Janganlah kita berasa takbur dan bangga dengan ilmu dunia yang Allah pinjamkan seketika kepada kita ,

Janganlah kita berasa kita lebih pandai dan bijak mengaturkan sesuatu sehingga terlupa yang sebenarnya kata pemutusnya adalah dari Allah S.W.T jua .










Khamis, April 05, 2012

ISLAND HOPPING PART 7 : SIBUK SUNGGUH DI JETI PULAU DAYANG BUNTING


ALHAMDULILLAH

Berpeluh jugak menapak ke jeti. Kesibukkan di jeti mengalah stesyen bas pudu , cuma takda ulat jual tiket je kat sini. bot2 bersimpang siur dan semua bot nampak sama je . Terpaksa menanti giliran bot memasing untuk rapat ke jeti .

Ni kalau ada orang jual ais krim malaysia pasti laku atau orang jual pisang goreng.

Opssss teringin bapak nak jadi cikgu bahasa melayu jap .

Ramai keliru antara mana satu yang dulu, "goreng pisang atau pisang goreng"

Pisang goreng adalah makanan dan goreng pisang pula adalah perbuatan.

Jadi mana satu yang dulu haruslah berdasarkan pada situasi.

Harap lepas ni takda yang keliru hehehe


Selepas ini kami akan ke Pulau Singa Besar pula yang terletak tak jauh juga dari Pulau Dayang Bunting. Apa yang ada di sana , aku pun tak tahu. Yang pasti kalau takda benda yang menarik, pasti aktiviti ke Pulau Singa Besar ni tak termasuk dalam salah satu aktiviti Island Hopping.










Rabu, April 04, 2012

ISLAND HOPPING PART 6 : MITOS TASIK DAYANG BUNTING




ALHAMDULILLAH

Masa yang diperuntukkan utk kami di Tasik Dayang Bunting selama sejam hampir berakhir. Aku pulak hanya leka dengan dslr aku .

Kawasan rekreasi ini mendapat nama dari Tasik dayang Bunting yang terdapat di pulau ini.

Tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar sesuai untuk mandi-manda dan riadah. Ianya bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 meter.


Tumbuhan utama di kawasan ini ialah malut, buey, resak, kelat (Syzygium spp) , merpauh periang (Swintonia schwenkii)serta berbagai spesies palma.

Tasik lagenda ini mempunyai mitos yang tersendiri
. Tunku Thiauddin Bin Tunku Zainal Abidin menurut penulisannya menceritakan bahawa beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.

Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.

Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.

Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak. Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.

Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".

Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi. Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir. Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.

Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu.

Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya. Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut. Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya.

Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Ini hanya sebahagian mitos sahaja dan semua yang tercipta dan terjadi di muka bumi ini adalah dari kekuasaan Allah S.W.T jua yang mentadbir seluruh sekalian alam.

Aku takut nak mandi kat situ kerana aku takut perut aku membunting hehehehehehe

Loceng dah bunyi menandakan masa bersukaria selama sejam dah tamat . Maka bermulalah episod ngeri nak menapak semula anaktangga sebelum kembali menuju ke jeti.




Selasa, April 03, 2012

ISLAND HOPPING PART 5 : SEJUK DAN NYAMANNYA AIR TASIK DAYANG BUNTING

ALHAMDULILLAH

Air tasik yang sejuk dan nyaman menghilangkan segala penat lelah aku memanjat dan menuruni lurah berduri ke tasik ni. Mata aku terpukau dengan keindahan semulajadi ciptaan Allah di mukabumi ini yang tidak sama sekali kita dapat dustakan.

Pihak bertanggungjawab yang menjaga dan menyelenggara kawasan ini menyediakan ponton2 sebagai pelantar . Kalau tidak agak berbahaya juga untuk sesiapa yang berminat untuk mandi manda di sini kerana aku pasti tasik ini kedalamannya entah2 100-200 kaki jugak.

Demi keselamatan , pelampung2 atau life jacket boleh disewa dan dipakai semasa mandi-manda di sini. Tapi kalau perut kembung tak payah pakai pelampung .



Terdapat sebuah pusat perniagaan di sini yang di meyediakan perkhidmatan menyewa "life jacket" dan juga menyewakan bot2 kecil untuk dikayuh di kawasan persekitaran tasik ini . Sewaannya tak mahal dengan harga berpatutan .

Sementara mak itam dan anak2 dok melayan mengayuh bot2 kecil ni, aku pulak sibuk juga melayan dslr aku untuk merakamkan beberapa shots yang menarik di psersekitaran tasik dayang bunting ini.

Aku bukan takmo kayuh bot tu, aku takut kayuh punya kayuh sampai lupa diri terus terkayuh ke kedai bebas cukai kat pekan Kuah.

Kelihatan anak2 kecil riang mandi manda dan bapak2 budak dan mak2 budak pun turut serta bercebor kat dalamnya. Sementara pengunjung2 yang dah berusia dok atas ponton sambil kaki terjuntai2 dalam air . Tu kalau ada hantu air, mau disambar kaki mereka, tapi agaknya mereka takmo pasal daging dah tak pejal hehehe



bot untuk disewa dan ada juga berkuasa solar
jadi tak perlu kayuh macam nak gila


Kelibat dua orang pegawai muda dari "Park Ranger" dok berkeliaran sambil memerhatikan pengunjung2 di sini menarik perhatian aku. Aku sempat "interview" depa berdua yang katanya mereka pengawai dengan status sementara dan belum "confirm" lagi .

Sempat aku bagi sikit nasihat kat depa agar kerja2 dgn penuh semangat dan rasa tanggungjawab dan gumbira dengan kerja yang diamanahkan kerana sekarang bukan senang nak dapat kerja . Insyallah, pasti Allah akan membantu kepada insan yang betul2 nak kerja dari dok menggangur dan lepak2 je kat kampung.

Lepas tu aku sempat minta depa posing kerana aku nak rakamkan foto mereka berdua. Sporting sungguh depa ni .

aku yg minta depa posing begitu
ada gaya aku jadi pengarah fotograpi ni hehehe



Isnin, April 02, 2012

ISLAND HOPPING PART 4 : TASIK PULAU DAYANG BUNTING

meneruni trek yang dibina tangga
untuk ke kawasan tasik

ALHAMDULILLAH

Tiada cara lain untuk ke Tasik Dayang Bunting yang terletak di tengah2 pulau ni melainkan menapak dengan kaki . Mula2 menapak ok , tapi makin lama makin memanjat sementara pengunjung yang berselisih dengan aku untuk menuju ke jeti laju je jalannya pasal menurun.

Boleh tahan juga jaraknya antara jeti nak ke tasik ni. Teringat aku dedulu masa masuk hutan sekitar hutan di Tapah yang jurupandunya orang asli. Apa bila ditanya,

" jauh lagi ke "

jawabnya

"tak jauh dalam sebatang rokok je"

dalam hati tak jauh tu dalam 3-4 minit je kalau sebatang rokok.

sekali jalan2 tak sampai juga, kata sebatang rokok .

Mana nak sampai pasal jurupandu orang asli tu sekali dia hisap rokok 3-4 nafas, dia padam dan selit kat telinganya dalam setengah jam juga, lepas tu dia hisap balik tiga empat nafas dan padam semula lalu selit lagi kat telinga hahaha

Alhamdulillah, badan aku yang boleh dikatakan "fit" juga kerana tetiap hari angkat balak dan angkat anak badak tidak menyebabkan aku rasa lelah .

Tapi aku kesian pulak tengok pengunjung yang dah berumur yang "jalan-berhenti-jalan-berhenti" kerana kudrat mereka telah dimamah usia . Itulah sebenarnya putaran roda kehidupan yang sampai suatu masa apabila usia semakin meningkat dan kudrat dimamah usia, maka yang tinggal hanya sisa2 kekuatan.

Itulah sebenarnya jawapan kepada persoalan kenapa kita digalakkan agar mengerjakan haji jika dah cukup segala syarat dan kemampuan pada usia muda kerana mengerjakan haji memerlukan bukan sahaja kekuatan rohani , malah keadaan jasmani atau fizikal kita juga perlu mantap.


Jalan semakin kecil dan agak sukar apabila berselisih . Anak2 tangga terpaksa dipapah dengan berhati2 takut tersadung lalu tersemban pula ke bawah . Begitu curam sekali anak2 tangganya menuju ke destinasi terakhirnya.

Namun apabila kelibat Tasik Dayang Bunting kelihatan, hilang semua kepenatan. Sungguh indah sekali panoramanya dengan air tasik yang hijau menunjukkan kedalamannya. Tasik ini dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun dahulu akibat proses alam semulajadi.

Tasik ni kira tasik air tawar yang dikelilingi oleh bukit yang membentuk sebahagian Pulau Dayang Bunting . Takda bayaran dikenakan untuk ke sini.

Apa yang dapat aku katakan , suasana aman, tenang dan tenteram .

Aku rasa macam nak menjerit je ala-ala tarzan kerana pasti jeritan ku nanti didengari di seluruh pulau ini .