WARGA SCP

Isnin, April 02, 2012

ISLAND HOPPING PART 4 : TASIK PULAU DAYANG BUNTING

meneruni trek yang dibina tangga
untuk ke kawasan tasik

ALHAMDULILLAH

Tiada cara lain untuk ke Tasik Dayang Bunting yang terletak di tengah2 pulau ni melainkan menapak dengan kaki . Mula2 menapak ok , tapi makin lama makin memanjat sementara pengunjung yang berselisih dengan aku untuk menuju ke jeti laju je jalannya pasal menurun.

Boleh tahan juga jaraknya antara jeti nak ke tasik ni. Teringat aku dedulu masa masuk hutan sekitar hutan di Tapah yang jurupandunya orang asli. Apa bila ditanya,

" jauh lagi ke "

jawabnya

"tak jauh dalam sebatang rokok je"

dalam hati tak jauh tu dalam 3-4 minit je kalau sebatang rokok.

sekali jalan2 tak sampai juga, kata sebatang rokok .

Mana nak sampai pasal jurupandu orang asli tu sekali dia hisap rokok 3-4 nafas, dia padam dan selit kat telinganya dalam setengah jam juga, lepas tu dia hisap balik tiga empat nafas dan padam semula lalu selit lagi kat telinga hahaha

Alhamdulillah, badan aku yang boleh dikatakan "fit" juga kerana tetiap hari angkat balak dan angkat anak badak tidak menyebabkan aku rasa lelah .

Tapi aku kesian pulak tengok pengunjung yang dah berumur yang "jalan-berhenti-jalan-berhenti" kerana kudrat mereka telah dimamah usia . Itulah sebenarnya putaran roda kehidupan yang sampai suatu masa apabila usia semakin meningkat dan kudrat dimamah usia, maka yang tinggal hanya sisa2 kekuatan.

Itulah sebenarnya jawapan kepada persoalan kenapa kita digalakkan agar mengerjakan haji jika dah cukup segala syarat dan kemampuan pada usia muda kerana mengerjakan haji memerlukan bukan sahaja kekuatan rohani , malah keadaan jasmani atau fizikal kita juga perlu mantap.


Jalan semakin kecil dan agak sukar apabila berselisih . Anak2 tangga terpaksa dipapah dengan berhati2 takut tersadung lalu tersemban pula ke bawah . Begitu curam sekali anak2 tangganya menuju ke destinasi terakhirnya.

Namun apabila kelibat Tasik Dayang Bunting kelihatan, hilang semua kepenatan. Sungguh indah sekali panoramanya dengan air tasik yang hijau menunjukkan kedalamannya. Tasik ini dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun dahulu akibat proses alam semulajadi.

Tasik ni kira tasik air tawar yang dikelilingi oleh bukit yang membentuk sebahagian Pulau Dayang Bunting . Takda bayaran dikenakan untuk ke sini.

Apa yang dapat aku katakan , suasana aman, tenang dan tenteram .

Aku rasa macam nak menjerit je ala-ala tarzan kerana pasti jeritan ku nanti didengari di seluruh pulau ini .







4 ulasan:

  1. Subhanallah, cantiknya..

    Itula part yg paling best lepas panjat bukit (saya takat bukit ja, gunung tak bleh dah), pemandangan di atas tu berbaloi sangat. Rasa nak nangis pun ada, nangis sebab cantik sangat & sebab tak sangka boleh sampai atas, kahkahkah!

    Saya pun teringin nak pi Mekah masa umur 40an ni jika diizinkan olehNya. La ni pun saya dah bengkok, takut dah masuk 50an nanti tak larat pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua penat lelah berbaloi bila lihat keindahan alam ciptaan Allah

      saya doakan agar niat cikgu tu tercapai dgn izin Allah

      insyallah

      niat dah ada hanya Allah je yang tahu bila

      Padam