WARGA SCP

Isnin, September 10, 2012

MELAYAN DSLR DI TEPIAN PANTAI

ALHAMDULILLAH

Lepas pekena Nasi Kandaq Roundaboard, alu pun pusinglah roundabaut tu sampai juling 2-3 kali pasal aku tak tahu mana nak tuju lepas ni. Pengabis aku pusing semula nak cari gerai tepi jalan tadi . Niat hati nak makan durian yang katanya dah penghujung musim. Adalah beberapa bijik jenis "musang king" , RM40 sekilo .

Tapi semuanya dah ada orang booking, pengabis makan durian yang boleh tahan jugak entah apa kebenda namanya . Isi kuning , RM 18.00 sekg. Rasa boleh tahan jugak . Lepas juga hajat nak pekena durian balik pulau walaupun tak dapat makan musang king.

Perut dah kenyang , kembalilah kami ke hotel penginapan .

Petangnya lepas asar , aku dok melilau kat pantai depan hotel dengan dslr aku.

Aku suka laut tapi aku tak suka mandi laut . Mungkin agaknya pasal aku kecik2 dulu memang duduk tepi laut atau berdekatan dengan laut masa tinggal di kuaters kastam . Jadi aku dah puas mandi laut masa tu dan berkubang ikut suka aku tak ikut masa.

Dedulu kalau nak makan ketam , tak payah bapak aku beli . Aku sendiri pegi tangkap ikut budak2 yang lebih besar. Habis lunyai kaki aku . Kalau nak makan kepah pun sama. Sendiri menyelam ambil kat tiang2 jeti di Tg. Puteri.

Rasa aku , itulah sebabnya aku tak berapa kisah nak pi mandi laut.


Jadi sakarang aku lebih minat berada di tepian pantai bertemankan kamera cabuk aku ni , merakamkan apa2 saja yang aku terlintas di depan mata. Petang tu aku sempat merakamkan banyak juga foto ketika aku berseorangan menyusuri pantai Batu Ferringhi berdekatan Long Pine .

Kelihatan ramai jugak bangsa arab ketika itu kerana maklumlah,depa ni masih cuti "summer" lagi . Pelbagai aktiviti terdapat di situ. Ada Banana Boat, ada Jet Ski, ada Paragliding yang sentiasa mendapat perhatian para pengunjung .

Cuma aku tak boleh bayangkan betapa beberapa tahun lalu, ramai jugak yang menemui ajal di sini akibat tsunami yang melanda dan kini hanya tinggal memori sahaja dan telah dilupakan oleh penduduk setempat.












semuanya pemuda arab

Jumaat, September 07, 2012

ROUNDABOARD BALIK PULAU

ALHAMDULILLAH

Hampir sejam lebih berada di atas puncak Bukit Bendera dan sempat jugak aku menjelajahi dengan menaiki buggy, maka turunlah aku ke kaki bukit . Ramai jugak yg dok beratur nak naik tren .

Destinasi yang menjadi pilihan ku selepas ini ialah pekan Balik Pulau kerana katanya sisa-sisa koret-koret durian masih ada lagi ke sana.


tong pos ini katanya dah wujud lama
sejak zaman kolonial British lagi
di atas Bukit Bendera



Turun , capai motor roda tiga dan berdesup aku menuju ke pekan Balik Pulau . Niat hati nak makan nasi kandar kat Kassim Mustapha kat sana, namun rupa2nya kedai nasi kandar tu dah tutup sejak 2 tahun dulu .

Maka melangkah kami mengikut streng motor hinggalah aku berpusing 2-3 kali kat roundabout Balik Pulau ni 2-3kali nak cari parking kerana aku ternampak sebuat kedai nasi kandar betul2 kat depan roundabout tu .

Apalagi, bernasi kandarlah kami di sana sebelum lepas ni nak makan durian pulak.

Macam biasa kari campur dengan ayam goreng dan sayur menjadi pilihan ku sambil tu pesan sekali pasembur buat ulam dengan nasi.

Yang pasti penunjuk arah mata angin kat tengah2 roundabout tu menarikperhatian ku kerana rasanya dah tak jumpa lagi benda alah ni kat mana2 di negara kita dan usianya pasti dah puluhan tahun.


mana satu yang betul
"roundabout" atau "roundaboard"
cikgu BI tolang pastikan





Khamis, September 06, 2012

TOKYO HURU HARA KERANA BUKIT BENDERA

Alhamdulillah

TOKYO 23 Ogos 2012

Bandaraya Tokyo mengalami keadaan huru hara akibat di serang nenek gergasi pagi tadi . Keadaan menjadi kelam kabut kerana serangan nenek gergasi berlaku lebih kurang jam 1.00 tengahari .

Dipercayai nenek gergasi telah melakukan serangan mengejut apabila mengetahui dari sumber-sumber perisikannya bahawa Ultraman ketika ini sedang berada di Bukit Bendera, Pulau Pinang , Malaysia sempena cuti hari raya aidilfitri .

Difahamkan kerana keasyikan Ultraman menaiki buggy di persekitaran Bukit Bendera hingga dia tidak menghiraukan panggilan kecemasan dari pihak berkuasa di sana.



Rabu, September 05, 2012

BEBERAPA FAKTA TENTANG BUKIT BENDERA

sekarang ada pavilion kat sini
tepi tu keretapi asal

Bukit Bendera terletak pada ketinggian 830 meter di atas pekan George Town, puncak Bukit Bendera dalam bahasa omputeh lebih dikenali sebagai Penang Hill mempunyai suhu yang dingin dengan panorama yang indah kalau tak berkabus. permandangan "night landscape" jugak indah tapi aku tak berkesempatan nak pi ambik gambar memalam hari.

Mengikut ceritanya, suhunya sekitar 5 darjah celsius lebih rendah daripada paras laut.


Menurut sejarah dulu, bukit ini juga digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan kawasan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Tapi laaa ni, dah tak nampak lagi buah dan pokoknya di sini.

Kalau rajin dan nak rasa peluh menjijis ke tidak , boleh gunakan track pejalan kaki melalui Taman Botanikal Air Terjun . Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya penduduk sini panggilnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


Bukit Bendera merupakan terdiri daripada sekumpulan puncak bukit di Pulau Pinang.Ia terletak di kawasan Air Itam Pulau Pinang , bukan Air Itam Johor tu, 6 kilometer dari pusat bandar George Town. Penang Hill juga dikenali dengan nama Melayu Bukit Bendera, yang merujuk kepada Flagstaff Hill dan puncaknya dimajukan menjadi kawasan pelancongan sejak dulu lagi.

Ikut ahli geologi pula, Bukit Bendera terbentuk dari batuan granit dan puncak tertinggi di ialah Western Hill pada ketinggian 833 m (2723 kaki) di atas paras laut.


ada snake show
Beberapa sungai kecil sungai terbentuk darinya . Sungai Pinang adalah yang terbesar dari kalangan sungai-sungai, dan ia bermula dari beberapa anak sungai di sini.


Cara yang paling mudah nak ke atas adalah dengan menaiki Keretapi Bukit Bendera .

Pembinaan landasan keretapi bermula antara 1906-1923 dengan anggaran kos sebanyak 1.5 juta Straits dolar pada masa itu.Tak tahulah jumlahnya kalau convert dengan duit sekarang ni.

Keretapi pula dibuka kepada orang ramai pada 21 Oktober 1923.
Jaraknya lebih kurang 1.435 batu mengambil masa kira-kira setengah jam dan keretapi boleh berhenti di stesen-stesen perantaraan atas permintaan.Tapi sekarang ni tak sampai 5 minit dah sampai puncak.


Katanya , koc tren baru ni dibuat di Swiss.


Selain itu, terdapat km 3.2 km jalan berturap yang dikenali lebih sebagai "trek jip". Ia adalah terbuka hanya kepada kenderaan penduduk bukit. "Trek jip" juga digunakan oleh peminat motosikal "off-road" untuk merentasi cerun curam. Ia adalah laluan mendaki yang begitu popular.

Ia bermula di kuari di pintu masuk Pulau Pinang Botanic Gardens dan ia mengambil masa antara 2-3 jam kalau kayuh jalan pelan2 untuk sampai ke atas.

Jalan Sultan Yahya Petra yang lebih dikenali sebagai Jalan Sidang Kemuncak yang terdapat di atas pula akan membawa kita ke bahagian barat bukit ke arah Western Hill dan Tiger Hill.

Dulu jalan persendirian ni tidak dibuka pada pelancong, sekarang tidak lagi. Kalau nak relax dan menikmati permandangan yang indah sebelah sini, boleh naik buggy dengan bayaran RM30 untuk 6 orang penumpang .


tu dia deretan buggy
dok bawak penumpang pegi ke sebelah sana
jenuh jugak kalau nak jalan nak ke sebelah sana tu

Selasa, September 04, 2012

BERDESUP KE ATAS PUNCAK BUKIT BENDERA

ALHAMDULILLAH

Nak beli tiket ambik masa dalam 30-45 minit minit kiranya bila "peak season", tapi nak sampai puncak tak sampai 5 minit dah sampai. Bayangan keretapi Bukit Bendera yang aku pernah naik berpuluh tahun dulu berbeza sama sekali dengan sekarang tren yang moden laksana LRT .

Cuma satu je,bila terlalu laju, tak dapat nak menikmati permandangan alam sepanjang perjalanan ke atas berbanding dulu .



Di isi sepenuhnya penumpang dalam tren hingga ada yang berdiri dan paat sekali . Aku tak tahu jika ia mematuhi standard prosedur keselamatan . Bukan apa,takut terlebih berat ,karang naya.

Tak salah aku kelihatan hanya dua buah tren yang satu akan naik dan satu akan turun yang akan berselisih di pertengahan jalan. Berdesup sekali dan memang laju betul.



berdesup tak berdesup
lihatlah foto yang aku ambik ni



selisih kat sini
satu naik, satu turun



dah sampai dah

Suasana pagi tu agak mendung, kelihatan ramai jugak kat atas sana . Memang suasana di atas Bukit Bendera dulu dengan sekarang berubah begitu ketara sekali . Namun yang masih kekal ialah kenyamanan udaranya dan juga permandangan yang indah .

Pelbagai kemudahan baru yang telah siap dibina di atas sana. Nanti aku kongsikan lagi di episod yang akan datang.



ramai pengunjung sedang menikmati permandangan alam

Isnin, September 03, 2012

RAMAINYA UMAT DI LEG HILL FLAG


tak perlu beratur reramai
wakilkan sorang je dah ok
janji MyKad kasi kat dia

ALHAMDULILLAH


Pagi tu lebih kurang jam 11.00 lepas berkubang kat pool , aku pun bertolaklah ke Bukit Bendera . Kali terakhir aku naik entah berpuluh tahun dahulu masa tram kayu tu lagi . Kemudian 2-3 tahun lepas masa aku pi Penang, aku tak naik kerana nak cari parking masa tu punyalah azab .

Tapi kali ni, aku nak naik jugak kerana katanya kalau naik atas tu sampai 5 minit berbanding masa dulu .




Memang ramai umat masa aku sampai masa tu. Kereta parking kira tepi2 jalan je tak kira tempat kerana sebuah bangunan bertingkat tempat parking kereta yang telah siap dibina sebelum tu telah diruntuhkan semula kerana katanya tidak mengikuti spesifikasi .

Aku tak tahu sapa yang buat silap , aku tak minat nak berpolitik di sini, namun pada ku satu pembaziran yang teramat sangat melibatkan wang rakyat berjuta2 ringgit.

Aku harap selepas ni, bangunan tempat letak kereta tu dapat disiapkan dengan sempurna demi keselesaan pengunjung.

penghujung jalan Leg Hill Flag
tempat buat u turn
sebelah kanan tulah kawasan parking bertingkat
yg sedang diruntuhkan

Nak parking pun kena cari tempat yang sesuai jugak, jangan jadi satu dua buah kereta yang aku nampak depa parking kat selekoh yang pengabisnya terkulai layu di tasik madu "side mirror" depa.

Kelihatan anggota RELA berada di sana membantu para mengunjung mencari tempat letak kereta di tepi2 jalan . Jauh jugak aku dapat tempat letak kereta berhampiran kawasan kondominium .

Nak beli tiket satu hal lagi kerana barisan yang teramat panjang , namun akibat keperihatinan pihak pengurusan Bukit Bendera, sebuah khemah besar dibina dengan kemudahan "air coller".

Harga bagi pemegang My Kad dengan pelancong asing berbeza, jadi masa nak beli tiket kenalah tunjukkan My Kad . Aku pulak pakai My Kad Mexico pun kira samalah pasal kulit kami sawo matang, kira halal lahhhhh ngeh ngeh ngeh