WARGA SCP

Jumaat, September 07, 2012

ROUNDABOARD BALIK PULAU

ALHAMDULILLAH

Hampir sejam lebih berada di atas puncak Bukit Bendera dan sempat jugak aku menjelajahi dengan menaiki buggy, maka turunlah aku ke kaki bukit . Ramai jugak yg dok beratur nak naik tren .

Destinasi yang menjadi pilihan ku selepas ini ialah pekan Balik Pulau kerana katanya sisa-sisa koret-koret durian masih ada lagi ke sana.


tong pos ini katanya dah wujud lama
sejak zaman kolonial British lagi
di atas Bukit Bendera



Turun , capai motor roda tiga dan berdesup aku menuju ke pekan Balik Pulau . Niat hati nak makan nasi kandar kat Kassim Mustapha kat sana, namun rupa2nya kedai nasi kandar tu dah tutup sejak 2 tahun dulu .

Maka melangkah kami mengikut streng motor hinggalah aku berpusing 2-3 kali kat roundabout Balik Pulau ni 2-3kali nak cari parking kerana aku ternampak sebuat kedai nasi kandar betul2 kat depan roundabout tu .

Apalagi, bernasi kandarlah kami di sana sebelum lepas ni nak makan durian pulak.

Macam biasa kari campur dengan ayam goreng dan sayur menjadi pilihan ku sambil tu pesan sekali pasembur buat ulam dengan nasi.

Yang pasti penunjuk arah mata angin kat tengah2 roundabout tu menarikperhatian ku kerana rasanya dah tak jumpa lagi benda alah ni kat mana2 di negara kita dan usianya pasti dah puluhan tahun.


mana satu yang betul
"roundabout" atau "roundaboard"
cikgu BI tolang pastikan





8 ulasan:

  1. Roundabout comel. Musim durian sesat di Balik Pulau, kalau tak silap ada kawan bagitau bulan 10 nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tak byk roundabout mcm tu
      hari tu ternampak juga durian yg sedang butik kat kebun area balik pulau tu

      Padam
  2. Salam bapak. Kihkihkih konpem la roundabout yg betoi. Roundaboard tu kita anggap la saja sebagai ejaan sepesel yg telah dipaten oleh kedai nasik kandaq tu :D

    BalasPadam
  3. Ejaan itu mengikut cara mamak menyebutnya...bahasa baku BI

    BalasPadam
  4. hehehe keturunan mereka yg byk mewarnai bumi penang dan memeriahkan industri nasi kandaq

    BalasPadam
  5. Salam bapak,
    beza sungguh dengan roundabout di Putrajaya tu yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      dah tak jumpa dah roundabout mcm ni lagi, antik

      Padam