ALHAMDULILLAH
Lepas pekena Nasi Kandaq Roundaboard, alu pun pusinglah roundabaut tu sampai juling 2-3 kali pasal aku tak tahu mana nak tuju lepas ni. Pengabis aku pusing semula nak cari gerai tepi jalan tadi . Niat hati nak makan durian yang katanya dah penghujung musim. Adalah beberapa bijik jenis "musang king" , RM40 sekilo .
Tapi semuanya dah ada orang booking, pengabis makan durian yang boleh tahan jugak entah apa kebenda namanya . Isi kuning , RM 18.00 sekg. Rasa boleh tahan jugak . Lepas juga hajat nak pekena durian balik pulau walaupun tak dapat makan musang king.
Perut dah kenyang , kembalilah kami ke hotel penginapan .
Petangnya lepas asar , aku dok melilau kat pantai depan hotel dengan dslr aku.
Aku suka laut tapi aku tak suka mandi laut . Mungkin agaknya pasal aku kecik2 dulu memang duduk tepi laut atau berdekatan dengan laut masa tinggal di kuaters kastam . Jadi aku dah puas mandi laut masa tu dan berkubang ikut suka aku tak ikut masa.
Dedulu kalau nak makan ketam , tak payah bapak aku beli . Aku sendiri pegi tangkap ikut budak2 yang lebih besar. Habis lunyai kaki aku . Kalau nak makan kepah pun sama. Sendiri menyelam ambil kat tiang2 jeti di Tg. Puteri.
Rasa aku , itulah sebabnya aku tak berapa kisah nak pi mandi laut.

Jadi sakarang aku lebih minat berada di tepian pantai bertemankan kamera cabuk aku ni , merakamkan apa2 saja yang aku terlintas di depan mata. Petang tu aku sempat merakamkan banyak juga foto ketika aku berseorangan menyusuri pantai Batu Ferringhi berdekatan Long Pine .
Kelihatan ramai jugak bangsa arab ketika itu kerana maklumlah,depa ni masih cuti "summer" lagi . Pelbagai aktiviti terdapat di situ. Ada Banana Boat, ada Jet Ski, ada Paragliding yang sentiasa mendapat perhatian para pengunjung .
Cuma aku tak boleh bayangkan betapa beberapa tahun lalu, ramai jugak yang menemui ajal di sini akibat tsunami yang melanda dan kini hanya tinggal memori sahaja dan telah dilupakan oleh penduduk setempat.

Salam bapak. Saya pun dah lama tak mandi laut walaupun selalu suka pi termenung di tepi laut tu haa. Pakai rendam2 kaki saja. Mungkin sama jugaklah dari kecik dulu sampai ke zaman remaja selalu arwah bapak saya bawak kami mandi2 laut ni, sekarang dah tak rasa nak mandi laut lagi dah.
BalasPadamTak dapat saya bayangkan bapak pusing roundabout kecik tu 2-3 kali, pening wehhh, kahkah!
waalaikumsalam
Padamhehehe
pening mamak kedai tu tgk bapak hehehe
Salam bapak,
BalasPadamArwah bapa saya dulu orang laut tapi bila dia dah tak ada, kami pun dah jarang pi ke laut..rasa macam kalau pi ke laut tu macam leisure habis...dan kalau pi ke laut juga mesti ingat dia boleh menyelam tanpa goggle lama...kami sorang pun tak dak ilmu yang dia ada..kat KL ni paling dekat laut yang saya kerap p ialah Port Dickson, tu pun dah tak ghope laut...
waalaikumsalam
PadamPD tak best , pantainya agak tercemar , tapi kalau hujung minggu dan public holiday ,bagai nak rak pekan PD
Salam Rezeki.
BalasPadamSaya dah lama tak balik Penang...teringin nasi kandaq....nasi darchha...cucoq udang.....sarbat......pergh...memeleh ayaq lioq ni!
waalaikumsalam
Padamkalau pekena nasi darcha panas2 , nikmat sungguh weiiiii heheheh