WARGA SCP

Khamis, Januari 03, 2013

PART 17 USA : THE VENETIEN LAS VEGAS

ALHAMDULILLAH 

Aku berkesempatan berkunjung ke The Venetian Resort Hotel Casino yang menjadi tumpuan pelancong .Kalau kat negara kita orang nampak masuk Casino, pasti depa dah agak kita nak berjudi hehehe 

Tapi aku ke Venetien untuk menikmati seni binanya yang begitu unik sekali seolah-olah kita berada di Venice, Itali . 

The Venetien telah dibina pada tahun 1997 dan mula beroperasi pada tahun 1999 dengan ciri rekabentuk dalamannya dan suasananya seperti di Venice kerana siap dengan terusan dan gondola . 

Bila aku memasuki ruangan dalamnya, aku terpegun kerana melihat langitnya yang menggunakan teknologi screen seolah2 awan diatas kepala kita sedang berarak . 

Di kiri-kanannya pula adalah deretan butik2 terkenal yang menawarkan harga yang agak munasabah berbanding kalau barangan tersebut telah dibawa ke negara kita yang 4-5 kali ganda dari harga di sini. Memang rambang mata bagi sesiapa yang shophaholic . Barangan yang dijual disini pula adalah fesyen dan keluaran terkini yang tiada di factory outlet.

Memang unik sekali The Venetien dengan seni reka binanya yang begitu klasik dan inilah yang aku katakan bangunan dalam bangunan. Sekali pandang dari luar , siapa sangka terdapat bangunan yang begitu unik di dalamnya yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati suasananya yang unik. 

Memang Las Vegas tersohor dan terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perjudian,namun sebenarnya masih banyak lagi yang boleh kita terokai hasil kepandaian manusia yang membinanya yang semestinya akal fikiran mereka adalah kurnian Allah S.W.T jua.

Berada di sini seolah-olah berada dalam sebuah dunia fantasi . Mereka menggunakan kebijaksaan dalam mengadunkan teknologi terkini menjadikan ia sebegitu menarik . 

Jom iku aku menjelajahi The Venetian melalui foto-foto yang sempat aku rakamkan .



seolah2 dalam sebuah dunia fantasi



siang sebenarnya masa aku ke sini




cafe bawah kubah dengan senireka kota Rome


bahagian ruang utama dengan langit membiru dan langitnya lebih tinggi



Rabu, Januari 02, 2013

PART 16 USA : JAHANAM STYLE NOT GANGNAM STYLE

ALHAMDULILLAH

Viva Vision Canopy ni hampir 90 kaki dari lantai. Jadi kalau nak lihat apa yang ada dipaparkan, kenalah dongak ke atas. 1995 adalah tahun pertama ia beroperasi . Menawarkan gambaran yang jelas dengan screen resolusinya dengan hampir 16.7 juta warna. Manakan tidak, hampir 17 juta sahaja dihabiskan untuk tujuan tersebut.

Namun jangan terperanjat jika kali pertama ke sini kerana terdapat "bar" yang di sini menyajikan wanita dengan topi koboi tapi hanya berbikini. Dalam istilahnya hanya  "2 pieces" . 

Aku tak heran pun koboi wanita yang menari atas meja bar tu hanya dengan "2 pieces" dan hanya mengerling je hehehe

Yang halal "no pieces" ada aku bawak hahaha

Sekali terpandang tak sengajakan, tapi kata tok guru jangan berkelip matanya, kalau berkelip kira dah tak sengaja dan dah dua kali pandang .


Jahaman Style not Gangnam Style

Kalau nak tahu, beginilah corak  kehidupan mereka tapi mereka sendiri bukan umat islam yang takda hukum-hakam. Namun yang membimbangkan ialah umat islam di negara kita sendiri yang ada hukum-hakam cuba meniru gaya hidup mereka ini . 

Itu lagi membimbangkan hingga ada antara penganjur parti-parti liar di negara kita terdiri dari mereka yang mengaku islam dan yang pengikutnya juga dari kalangan orang islam.

Tu belum lagi ada penari2 tiang terdiri dari gadis beragama islam.
Moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita semua agar tidak tersesat .

Jauh perjalanan, luas pengalaman.
Jadi mana yang baik  jadikan teladan manakala yang tidak elok jadikan sempadan agar tidak tersesat di kemudian hari.

Insyallah

















Ahad, Disember 30, 2012

PART 15 USA : FREMONT ST, DOWN TOWN LAS VEGAS

ALHAMDULILLAH

Sampai je hotel , urusan check in bilik dalam 1/2 jam juga kerana hotel yang kami akan menginap selama beberapa hari agak besar kerana hotel-hotel di Las Vegas ni takda yang kecil-kecil . The Excalibur tempat kami menginap ni pun  menyediakan bilik penginapan hampir 2500 bilik jugak.Memang gayanya hotel dan resort kat Vegas ni semua jenis beso sungguh.

Masuk bilik dan buat apa yang patut dulu sebelum kami keluar semula untuk menikmati panorama malam kota Vegas . 

Pertama sekali kami nak tuju ke Down Town Las Vegas  di Fremont Street.



gambar di layar atas sentiasa bertukar setiap masa 
menjadikan tempat di begitu unik sekali




Terletak di 425 Fremont Street adalah sebatang jalan yang menjanjikan satu pengalaman dan suasana yang unik sekali dan menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia jika  berkesempatan ke Las Vegas.

Kira dia punya jalan macam Petaling Street yang berbumbung , tapi yang membezakan ialah bumbungnya dilengkapi dengan hampir 12.5 juta lampu L.E.D yang disynchronized dengan visul serta "sound effect" setiap masa dan pertunjukan utamanya adalah selama 15 minit setiap jam berdasarkan tema yang mereka pilih.

Ia dipanggil Viva Vision Show yang bermula dari matahari terbenam hingga tengah malam. Jadi musim sejuk ni dia mula awallah dari jam 4 petang manakala kalau musim panas yang siangnya panjang, agak lambatlah mulanya.

Panjang bumbungnya pula adalah 1500 kaki bersamaan dengan 5 saiz padang bola sepak . Kiri-kanannya pula ada deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan.Tapi barangan yang dijual di sini takdalah barangan tiruan macam Petaling Street .

seniman jalanan 






Dikatakan setiap hari hampir 25,000 pengunjung mengunjungi kawasan ini  dan anggaran hampir 19 juta pengunjung setiap tahun. Fremont Street ni kira dah jadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikkannya .

Suhu malam ni aku terasa sungguh dingin sekali . Namun kehangatan Fremont Street menyebabkan aku mampu bertahan hanya dengan jaket biasa sahaja . Kelihatan ramai pengunjung di sepanjang Fremont Street tapi takdalah sampai berhimpit-himpit








kepala dok mendongak tu