ALHAMDULILLAH
Sampai je hotel , urusan check in bilik dalam 1/2 jam juga kerana hotel yang kami akan menginap selama beberapa hari agak besar kerana hotel-hotel di Las Vegas ni takda yang kecil-kecil . The Excalibur tempat kami menginap ni pun menyediakan bilik penginapan hampir 2500 bilik jugak.Memang gayanya hotel dan resort kat Vegas ni semua jenis beso sungguh.
Masuk bilik dan buat apa yang patut dulu sebelum kami keluar semula untuk menikmati panorama malam kota Vegas .
Pertama sekali kami nak tuju ke Down Town Las Vegas di Fremont Street.
gambar di layar atas sentiasa bertukar setiap masa
menjadikan tempat di begitu unik sekali
Terletak di 425 Fremont Street adalah sebatang jalan yang menjanjikan satu pengalaman dan suasana yang unik sekali dan menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia jika berkesempatan ke Las Vegas.
Kira dia punya jalan macam Petaling Street yang berbumbung , tapi yang membezakan ialah bumbungnya dilengkapi dengan hampir 12.5 juta lampu L.E.D yang disynchronized dengan visul serta "sound effect" setiap masa dan pertunjukan utamanya adalah selama 15 minit setiap jam berdasarkan tema yang mereka pilih.
Ia dipanggil Viva Vision Show yang bermula dari matahari terbenam hingga tengah malam. Jadi musim sejuk ni dia mula awallah dari jam 4 petang manakala kalau musim panas yang siangnya panjang, agak lambatlah mulanya.
Ia dipanggil Viva Vision Show yang bermula dari matahari terbenam hingga tengah malam. Jadi musim sejuk ni dia mula awallah dari jam 4 petang manakala kalau musim panas yang siangnya panjang, agak lambatlah mulanya.
Panjang bumbungnya pula adalah 1500 kaki bersamaan dengan 5 saiz padang bola sepak . Kiri-kanannya pula ada deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan.Tapi barangan yang dijual di sini takdalah barangan tiruan macam Petaling Street .
seniman jalanan
Dikatakan setiap hari hampir 25,000 pengunjung mengunjungi kawasan ini dan anggaran hampir 19 juta pengunjung setiap tahun. Fremont Street ni kira dah jadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikkannya .
Suhu malam ni aku terasa sungguh dingin sekali . Namun kehangatan Fremont Street menyebabkan aku mampu bertahan hanya dengan jaket biasa sahaja . Kelihatan ramai pengunjung di sepanjang Fremont Street tapi takdalah sampai berhimpit-himpit
kepala dok mendongak tu
Salam bapak. Ooo kalau saya boleh ghalit dok menganga tengok Viva Vision Show tu, kihkihkih..
BalasPadamHebatlah!
waalaikumsalam
Padamnak lagi best kena bawak tilam bantal,sambil baring baru real hheehhehe
tak sakit tengkok
There iѕ certainly a lot to leartn about this sսbject.
BalasPadamI really like all of thhe points үou've made.
Take a look at my blog post herve leger one shoulder dress