WARGA SCP

Isnin, Julai 08, 2013

FINAL FA CUP 2013 : SEMINGGU KEDAI TAK KASI RESIT

ALHAMDULILLAH

Aku bawak backpack aku kali ni . Masa semi final hari tu , aku ambik gambar pakai ipong je. Semasa melepasi pintu pagar tadi nak masuk stadium, pakcik RELA tu tanya apa dalam beg, aku kata keperluan kamera , nasi lemak sebungkus dan dia kata ok je.

Aku bawak 2 lens hari ni. Satu UWA 18-200 mm . UWA tu maksudnya Ultra Wide Angle dan memang sesuai untuk dapatkan gambaran keseluruhan bila kita gunakan di 18mm dan kalau nak zoom dia boleh zoom hingga 200 mm . 

Lagi satu aku angkut jugak telezoom 70-300 mm aku yang lama aku tak guna . Karang lama tak guna , takut dia jammed pulak hehehe


Kedua-dua lens tu ada kegunaannya tersendiri. Tapi kalau dapat lens yang gedabak tu lagi best . Lepas puluhan shots juga gunakan lens 18-200mm, aku mulalah godek pelan-pelan tukar ke telezoom lenns 70-300 . Nak tukar lens ni dalam keadaan ramai sesangat dan sesak perlu berhati-hati kerana nak kena bukak lens yang kat dslr dan masukkan lens lagi satu.

Silap hari bulan jatuh lens tu, habislah lingkup

Jadi aku terpaksa kepit dua-dua peha aku . Kata bebudak kena kemutlah dua2 peha tu macam pengantin tengah nak bersanding. peha tu aku jadikan alas sementara proses pertukaran lens tu kena lakukan dengan sepantas mungkin kerana ditakuti habuk masuk dalam DSLR tu .

Alhamdulillah,
Semua dapat dilakukan dengan izin Allah jua . Dah pakai telezoom, apa lagi terus aku bedek hingga maksima 300mm dan dapatlah aku tembak silhouette tu sementara mentari tengah remang2 nak turun di sebelah tempat duduk paling atas ke seberang sana.












Perlawanan akan bermula sebentar lagi dan pemain mula masuk ke dalam stadium untuk diperkenalkan kepada tengku Mahkota Kelantan yang menjadi tetamu terhormat malam tu . Jurufoto rasmi dok sibuk malam tu untuk dapatkan foto terbaik manakala jurufoto cabuk macam aku hanya menembak dari jauh je dan gunakan segala sumber yang ada .

Jap lagi aku nampak kelibat Jakelin Viktor dok tengah padang . Rupanya dia dijemput untuk menyanyikan Lagu Negara ku . Patutnya Jakelin nyanyi sesama aku, tapi aku kata malas nak turun pasal tangga penuh dengan penonton yang tak dapat tempat duduk walaupun mereka mempunyai tiket.

Ni yang menghairankan aku kerana tiket dijual ikut tempat duduk , tapi macammana aku lihat hampir 3-4 ribu jugak tak dapat tempat duduk dan terpaksa duduk kat atas tangga dan jugak kena berdiri keliling penghadang di tingkat atas .

Aku lalu cakap kat Jekelin, kau nyanyi sesorang le kat bawah tu.
Jakelin macam nak nangis pasal tak dapat nyanyi sama aku yang menjadi idolanya  hehehe







Jekelin Victor

foto ni kalau bahasa kamera agak soft
tu dah henjut sampai habis 300mm kat lens

Habis je Jakelin nyanyi lagu Negara ku, penyokong JDT depa buat acara sendiri macam kebiasaan nyanyi Lagu negeri Johor  dan habis je lalu terus baling kertas tu ke bawah sebagai memeriahkan suasana .Kalau kalian nak tahu, tu kertas yang cashier guna kat supermarket dan kedai2 tu. Masa baling ke depan, hujung kena pegang dan yang berat akan meluncur ke hadapan lalu lepaskan je. 

Memang happening dan meriah sungguh yang hanya berlaku kat sebelah tempat duduk JDT . Aku rasa dalam seminggu lepas final ni, kalau beli barang kat supermarket , pasti tak dapat resit pasal semua stok kertas resit dah habis dok baling kat stadium hehehe






Jumaat, Julai 05, 2013

FINAL FA CUP 2013 : KEMERIAHAN TERASA SEBELUM SEPAK MULA

ALHAMDULILLAH

Walaupun sepak mula hanya akan bermula pada jam 8.45 malam nanti, namun kemeriahan dan bahang perlawanan akhir Piala FA 2013  telah bermula 2-3 hari sebelum tu dan semestinya semua kemeriahan tersebut telah diterjemahkan dengan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue perlawanan akhir.

Aras 1 dan aras 2 stadium telah dipenuhi penonton . Maka terpaksalah kami memanjat anak tangga untuk ke aras 3 yang pasti akan penuh sebentar lagi. Perlawanan malam nanti akan disiarkan secara langsung di kaca TV . Namun sebenarnya apabila kita menonton secara "live" depan mata dengan berada di stadium, suasananya lebih meriah sebenarnya.





aweks sebelah aku
aku sempat ngorat dia
dia yang belanja aku tiket bola
aku pulak kena belanja dia jersey JDT kaler hitam tu hehehe





Dianggarkan hampir 87 000 penyokong JDT dan TRW akan memenuhi SNBJ kerana semua tiket habis dijual . Kalau penyokong The Red Warrios (TRW) dengan jersey merah, Penyokong Johor Darul Takzim (JDT) pula dengan jersey merah dan biru serta hitam . 

Ultras TRW mengalunkan lagu  "Gomo Kelate Gomo" manakala Ultras JDT yang kini lebih mesra dengan singkatan B.O.S (Boys of Straits) pula dengan pelbagai lagu sambil diiringi hampir kesemua penyokong JDT yang hampir 40 000 orang juga pada pandangan ku.M







Sebenarnya bola sepak Johor telah lama malap selepas sahaja zaman Dollah Salleh berakhir dulu yang mana beliau pernah bermain untuk Johor . Stadium Larkin atau nama sebenar Stadium Dato Hj Hassan Yunos kehilangan  penontonnya bertahun-tahun lamanya walaupun tiket perlawanan hanya 5 hengget je ketika itu.

Pasukan Johor kehilangan peminat setianya agak lama juga hinggalah tahun ni di mana perubahan drastik telah dilakukan oleh Presiden PBNJ yang baru iaitu TMJ dengan menghimpunkan nama-nama besar  pemain seperti Mat Yo dan rakan2 lain dan di kenali sebagai pasukan Johor Darul Takzim atau JDT.

Peminat bola sepak Johor mula kembali keluar dan bersatu apabila JDT telah mula menunjukkan peningkatan di arena MSL atau Malaysia Super League hingga menjadi salah sebuah pasukan yang digeruni .

Kalau dulu setiap kali perlawanan , Stadium Larkin sunyi . Tapi sekarang jangan harap la. Penuh hingga tahap maksimun .Kemudahan stadium pula telah dipertingkatkan dan diperindahkan . Keadaan padang serta lampu limpah pula sekarang berada dalam tahap sungguh memuaskan hingga boleh menganjur pertandingan peringkat tinggi pula.








 merah dan biru dari flash card

Kalah menang adat perlawanan . Kalau semua nak menang, sapa pula nak jadi pihak yang kalah . Untuk perlawanan akhir, mesti ada pemenangnya. Namun apa pun keputusannya di atas padang malam tu, penyokong JDT dan telah diingatkan agar menjaga tingkah laku dan kelakuan kerana ia akan mencerminkan secara tak langsung rakyat negeri Johor secara keseluruhannya.

Begitu jugak dengan penyokong TRW yang rata-rata malam tu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi . Dalam pada tu , aku sempat juga berbual dengan beberapa pegawai polis yang berpakaian preman yang sentiasa berkeliaran . Biasalah , dah dalam ramai-ramai, pasti ada peminat yang nakal dan ditakuti hanya sedikit provokasi akan menyebabkan masalah lebih besar. Jadi pihak keselamatan terpaksa berwaspada dan mengambil langkah2 awal sebagai pencegahan . 

Suasana makin hangat apabila pemain kedua2 pasukan telah keluar melakukan "warming up" sebelum perlawanan sebenar bermula . Penyokong JDT yang sentiasa bersatu hati mula menghangatkan lagi suasana perlawanan akhir dengan lagu-lagu yang menaikkan semangat pasukan dan juga penyokong.


golly JDT : Al Hafiz


Safie Sali

TRW pun tengah "warm up"



Andre

Rabu, Julai 03, 2013

FINAL FA CUP 2013 : TERSANGKUT DALAM KESESAKAN

ALHAMDULILLAH

Kami keluar menuju Stadium Nasional  dalam pukul 3 lebih juga . Nama je Stadium Nasional, tapi pada ku sangat mendukacitakan keadaan persekitaran dan kemudahannya yang tak melambangkan ia adalah stadium utama negara kita . Pasal tulah , lepas final FA Cup ni, Tok Menteri Sukan suruh tutup untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan .

Semua jalan menuju ke Bukit Jalil mengalami kesesakkan teruk ketika itu . Memula memang kami plan nak naik LRT je, tapi anak aku kata jom naik kereta kawan dia. Itulah pasal kami dah tersangkut dalam kesesakkan yang teruk dalam sejam lebih berkesot hingga Stadium Nasonal Bukit Jalil terpampang gah depan mata kami.



Kenderaan penyokong aku nampak dah mula diletakkan di sana sini ketika itu hingga ada yang menjangkau jarak 3-4 km dari Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ). Mereka mula berjalan kaki menghala stadium sedangkan aku masih dalam kereta lagi ,mengelilinggi SNBJ untuk ke parking D yang telah ditempatkan untuk penyokong JDT. 

Tapi malangnya walaupun masih banyak ruang lagi dalam lot D dan E yang dikhaskan untuk penyokong JDT, pihak polis dan pihak Stadium tak kasi masuk dan mengarahkan semua kenderaan waima beca sekali pun yang membawa penyokong JDT meletakkan perahu yang mereka naik di TPM a.k.a Taman Teknologi yang berhampiran ASTRO.

Semua kemudahan letak kereta tak kira lot apa pun di keliling SNBJ untuk penyokong TRW. Nampak di situ pihak pengurusan logistik untuk Final FA Cup ni telah tidak dapat menjalankan apa yang mereka rancang dan yang jadi mangsa adalah penyokong JDT.

Jarak dari TPM ke SNBJ jauh jugak dalam 4-5 km . Kelihatan ratusan bas yang membawa penyokong JDT kelihatan bersepah sana sini dalam kawasan tanah lapang di TPM . Dari situ semua kena jalan melalui denai dan belukar kecil menuju pula ke SNBJ . Kira dah macam "jungle tracking" pula gamaknya hehehe





Jika tadi tersangkut kat atas jalan, kali ni tersangkut pulak kat sebuah jambatan kecil merentasi anak sungai sebelum masuk ke perkarangan SNBJ . Manakan tidak, peniaga2 kecil semua dok berniaga kat atas jambatan tu sedangkan itulah laluan puluhan ribu penyokong JDT menjadikan semakin kalut , namun semua masih dalam keadaan terkawal atas dasar semangat kesukanan . Terpaksa mencelah pula di celah ratusan peniaga2 kecil yang memenuhi kawasan persekitaran luar stadium sebelum jumpa pintu masuk ke dalam.

Dalam pukul 6 ptg juga baru kami dapat melepasi pintu masuk stadium yang di kawal ketat lalu terus cari tempat duduk di tingkat paling atas sekali kerana semua tingkat bawah dah dipenuhi oleh penyokong JDT yang dah mula masuk awal lagi.

Tempat duduk stadium dibahagikan antara JDT dgn TRW. Suasana sungguh meriah sekali yang pasti tak dapat kita saksikan dalam kaca TV dengan B.O.S atau Boys Of Straits sentiasa menyanyikan lagu dengan iringan gendang diikuti pula dengan puluhan ribu penyokong JDT sama2 menyanyikan lagu2 untuk menaikkan semangat pasukan JDT dan juga para penyokongnya.

Memang meriah sekali dan World Cup pun aku lihat tak macam gini punya meriah. Namun keadaan semua dalam keadaan sangat terkawal .





pihak polis jadi zon pemampan je antara kedua penyokong