ALHAMDULILLAH
Walaupun sepak mula hanya akan bermula pada jam 8.45 malam nanti, namun kemeriahan dan bahang perlawanan akhir Piala FA 2013 telah bermula 2-3 hari sebelum tu dan semestinya semua kemeriahan tersebut telah diterjemahkan dengan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue perlawanan akhir.
Aras 1 dan aras 2 stadium telah dipenuhi penonton . Maka terpaksalah kami memanjat anak tangga untuk ke aras 3 yang pasti akan penuh sebentar lagi. Perlawanan malam nanti akan disiarkan secara langsung di kaca TV . Namun sebenarnya apabila kita menonton secara "live" depan mata dengan berada di stadium, suasananya lebih meriah sebenarnya.
aweks sebelah aku
aku sempat ngorat dia
dia yang belanja aku tiket bola
aku pulak kena belanja dia jersey JDT kaler hitam tu hehehe
aku sempat ngorat dia
dia yang belanja aku tiket bola
aku pulak kena belanja dia jersey JDT kaler hitam tu hehehe
Dianggarkan hampir 87 000 penyokong JDT dan TRW akan memenuhi SNBJ
kerana semua tiket habis dijual . Kalau penyokong The Red Warrios (TRW)
dengan jersey merah, Penyokong Johor Darul Takzim (JDT) pula dengan
jersey merah dan biru serta hitam .
Ultras
TRW mengalunkan lagu "Gomo Kelate Gomo" manakala Ultras JDT yang kini
lebih mesra dengan singkatan B.O.S (Boys of Straits) pula dengan
pelbagai lagu sambil diiringi hampir kesemua penyokong JDT yang hampir
40 000 orang juga pada pandangan ku.M
Sebenarnya bola sepak Johor telah lama malap selepas sahaja zaman Dollah Salleh berakhir dulu yang mana beliau pernah bermain untuk Johor . Stadium Larkin atau nama sebenar Stadium Dato Hj Hassan Yunos kehilangan penontonnya bertahun-tahun lamanya walaupun tiket perlawanan hanya 5 hengget je ketika itu.
Pasukan Johor kehilangan peminat setianya agak lama juga hinggalah tahun ni di mana perubahan drastik telah dilakukan oleh Presiden PBNJ yang baru iaitu TMJ dengan menghimpunkan nama-nama besar pemain seperti Mat Yo dan rakan2 lain dan di kenali sebagai pasukan Johor Darul Takzim atau JDT.
Peminat bola sepak Johor mula kembali keluar dan bersatu apabila JDT telah mula menunjukkan peningkatan di arena MSL atau Malaysia Super League hingga menjadi salah sebuah pasukan yang digeruni .
Kalau dulu setiap kali perlawanan , Stadium Larkin sunyi . Tapi sekarang jangan harap la. Penuh hingga tahap maksimun .Kemudahan stadium pula telah dipertingkatkan dan diperindahkan . Keadaan padang serta lampu limpah pula sekarang berada dalam tahap sungguh memuaskan hingga boleh menganjur pertandingan peringkat tinggi pula.
merah dan biru dari flash card
Kalah menang adat perlawanan . Kalau semua nak menang, sapa pula nak jadi pihak yang kalah . Untuk perlawanan akhir, mesti ada pemenangnya. Namun apa pun keputusannya di atas padang malam tu, penyokong JDT dan telah diingatkan agar menjaga tingkah laku dan kelakuan kerana ia akan mencerminkan secara tak langsung rakyat negeri Johor secara keseluruhannya.
Begitu jugak dengan penyokong TRW yang rata-rata malam tu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi . Dalam pada tu , aku sempat juga berbual dengan beberapa pegawai polis yang berpakaian preman yang sentiasa berkeliaran . Biasalah , dah dalam ramai-ramai, pasti ada peminat yang nakal dan ditakuti hanya sedikit provokasi akan menyebabkan masalah lebih besar. Jadi pihak keselamatan terpaksa berwaspada dan mengambil langkah2 awal sebagai pencegahan .
Suasana makin hangat apabila pemain kedua2 pasukan telah keluar melakukan "warming up" sebelum perlawanan sebenar bermula . Penyokong JDT yang sentiasa bersatu hati mula menghangatkan lagi suasana perlawanan akhir dengan lagu-lagu yang menaikkan semangat pasukan dan juga penyokong.
golly JDT : Al Hafiz
Safie Sali
TRW pun tengah "warm up"
Andre
Mantab gan artikel pencinta bola sekali...
BalasPadampasti seru tuh ya klo nontonya langsung, atmosfernya dapet bgt..
salam kunjungan kembali...
Om Ganteng
Padammemang nonton live, suasananya meriah sungguh hehe
terima kasih atas kunjungan ke sini
Assalam bapak,
BalasPadamdiucapkan selamat menyambut ramadhan utk bapak sekeluarga.
Waalaikumsalam LW
Padamselamat menyambut Ramadhan juja buat LW
moga2 Ramadhan kali ni lebih baik buat kita semua dari yang lalu
yang tak tahan , ramadhan belum datang lagi, ada supermarket dah main lagu raya hehehe