ALHAMDULILLAH
Kami keluar menuju Stadium Nasional dalam pukul 3 lebih juga . Nama je Stadium Nasional, tapi pada ku sangat mendukacitakan keadaan persekitaran dan kemudahannya yang tak melambangkan ia adalah stadium utama negara kita . Pasal tulah , lepas final FA Cup ni, Tok Menteri Sukan suruh tutup untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan .
Semua jalan menuju ke Bukit Jalil mengalami kesesakkan teruk ketika itu . Memula memang kami plan nak naik LRT je, tapi anak aku kata jom naik kereta kawan dia. Itulah pasal kami dah tersangkut dalam kesesakkan yang teruk dalam sejam lebih berkesot hingga Stadium Nasonal Bukit Jalil terpampang gah depan mata kami.
Kenderaan penyokong aku nampak dah mula diletakkan di sana sini ketika itu hingga ada yang menjangkau jarak 3-4 km dari Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ). Mereka mula berjalan kaki menghala stadium sedangkan aku masih dalam kereta lagi ,mengelilinggi SNBJ untuk ke parking D yang telah ditempatkan untuk penyokong JDT.
Tapi malangnya walaupun masih banyak ruang lagi dalam lot D dan E yang dikhaskan untuk penyokong JDT, pihak polis dan pihak Stadium tak kasi masuk dan mengarahkan semua kenderaan waima beca sekali pun yang membawa penyokong JDT meletakkan perahu yang mereka naik di TPM a.k.a Taman Teknologi yang berhampiran ASTRO.
Semua kemudahan letak kereta tak kira lot apa pun di keliling SNBJ untuk penyokong TRW. Nampak di situ pihak pengurusan logistik untuk Final FA Cup ni telah tidak dapat menjalankan apa yang mereka rancang dan yang jadi mangsa adalah penyokong JDT.
Jarak dari TPM ke SNBJ jauh jugak dalam 4-5 km . Kelihatan ratusan bas yang membawa penyokong JDT kelihatan bersepah sana sini dalam kawasan tanah lapang di TPM . Dari situ semua kena jalan melalui denai dan belukar kecil menuju pula ke SNBJ . Kira dah macam "jungle tracking" pula gamaknya hehehe
Jika tadi tersangkut kat atas jalan, kali ni tersangkut pulak kat sebuah jambatan kecil merentasi anak sungai sebelum masuk ke perkarangan SNBJ . Manakan tidak, peniaga2 kecil semua dok berniaga kat atas jambatan tu sedangkan itulah laluan puluhan ribu penyokong JDT menjadikan semakin kalut , namun semua masih dalam keadaan terkawal atas dasar semangat kesukanan . Terpaksa mencelah pula di celah ratusan peniaga2 kecil yang memenuhi kawasan persekitaran luar stadium sebelum jumpa pintu masuk ke dalam.
Dalam pukul 6 ptg juga baru kami dapat melepasi pintu masuk stadium yang di kawal ketat lalu terus cari tempat duduk di tingkat paling atas sekali kerana semua tingkat bawah dah dipenuhi oleh penyokong JDT yang dah mula masuk awal lagi.
Tempat duduk stadium dibahagikan antara JDT dgn TRW. Suasana sungguh meriah sekali yang pasti tak dapat kita saksikan dalam kaca TV dengan B.O.S atau Boys Of Straits sentiasa menyanyikan lagu dengan iringan gendang diikuti pula dengan puluhan ribu penyokong JDT sama2 menyanyikan lagu2 untuk menaikkan semangat pasukan JDT dan juga para penyokongnya.
Memang meriah sekali dan World Cup pun aku lihat tak macam gini punya meriah. Namun keadaan semua dalam keadaan sangat terkawal .
pihak polis jadi zon pemampan je antara kedua penyokong
salam bapak,
BalasPadamseronok tengok gelagat penyokong. macam-macam 'pesyen' dok ada...hehe
waalaikumsalam nak murni
Padamhehehe mmg memacam pesyen dan gelagat,yg pasti semua gumbira dan situasi terkawal , bapak pun seronok menembak . Tapi tak byk foto candid pasal sesak sgt dan tak boleh nak merayau2 hehehe
Salam bapak. Gigih sungguh la penyokong kuat JDT yg sorang ni, sesak macam mana sekalipun tetap tabah jugak nak masuk stadium.
BalasPadamCantik le bokeh gambaq no13 tu :)
Waalaikumsalam ciku
Padamhehehe nak buat mcmmana ciku, terpaksa redah jugak utk merasai kehangatan bahang final hehehe
susah nak shot candid psl sesak teramat sangat dan laluan semua tersekat, maka menembak dari tempat duduk jelah hehe
Gambar dalam stadium yg di jadikan header blog ni mmg terbaik la...
BalasPadamTak apa..
Next season JDT cuba lagi.
teman bawak 2 lens ,satu lens 18-200 dan satu tele zoom 70-300
Padamyg tu guna UWA 18-200 . Memang sesuai utk dapatkan gambaran penuh
hope Piala Malaysia nanti masuk final, boleh pi tgk final nanti