WARGA SCP

Khamis, Disember 26, 2013

PULAU MUTIARA : MENITI SENJA NAN USANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Lama sungguh tak mencoret di SCP.Komen kekawan dalam n3 terdahulu pun tak sempat nak reply. Bukan apa, hujung tahun ni, banyak kebun getah yang perlu ditoreh secara mengejut dengan notis yang diberikan singkat sekali . Alhamdulillah, rezeki penghujung tahun manakala persiapan tempahan getah ojol untuk tahun 2014 yang bakal menjelma juga perlu aku siapkan .

Penghujung tahun ni yang kebiasaannya aku akan terbang macam burung helang untuk bercuti terpaksa aku tangguhkan kerana anak bongsu aku pun "last papeeeeeer" SPM bak kata Jozan hanya tamat 6 Disember lalu. 

Lepas tu sibuk pulak uruskannya untuk ambil lesen motorbot dan kereta kebal .


Penghujung tahun ini juga, usia ku menginjak setahun lagi dan menuju ke angka 47 . Suatu jangkamasa yang lama pada pandangan mata kasar namun berlalu dengan begitu pantas sekali sebenarnya . Usia ku jugak berarak perlahan-lahan seperti meniti senja nan usang dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila masanya, bila ketikanya  dan bila saatnya ia akan terhenti .

Aku merenung mentari yang kian melabuhkan tirainya sambil menghela nafas dengan penuh kesyukuran atas apa yang Allah S.W.T pinjamkan dan kurniakan buat diri ku, isteri serta anak-anak dalam menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini.

Lantas terlintas dalam benak ku, adakah bekalan yang akan dibawa nanti sudah mencukupi dan adakah segala amanah yang Allah tetapkan telah aku penuhi dan jalankan dengan sebaik mungkin. Semua itu harus difikirkan dan dihitung kerana kehidupan di alam yang satu lagi  adalah kehidupan yang hakiki .



Menghirup bayu laut yang nyaman sambil merenung diri sendiri sungguh mengasyikkan. Terlalu banyak kurniaan dan nikmat yang Allah berikan dan pinjamkan . Namun hakikatnya , dunia hanya pinjaman .

Namun kehidupan yang sementara ini harus diraikan sebaik mungkin selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 

Lama tak menembak menyebabkan nak pickup balik skill memerlukan sedikit masa. Agaknya usia yang semakin meningkat menyebabkan daya ingatan tidak setangkas masa muda-muda dulu. Moga kalau usia dipanjangkan Allah, jangan nyanyuk menjadi teman .

Memang lama sungguh DSLR aku terperap dalam drybox dan kali terakhir menembak dalam kuantiti yang banyak untuk koleksi peribadi adalah bulan Mac lalu masa berada di Tanah Suci. Lepas tu tersadai semua peralatan tu kat dalam drybox. 

Terimalah sedikit bingkisan dari ku yang tak seberapa yang sempat aku abadikan semasa "Meniti Senja Nan Usang"




Buat kak Naramas Aman (http://nota-kembara.blogspot.com) yang mahir dengan selok belok 
Pulau Mutiara,jutaan  terima kasih atas pelawaan untuk membawa kami sekeluarga meneroka keunikan Pulau Mutiara, namun tak sempat  kerana  kekangan masa dan takut menyusahkan pula. 
Insyallah di lain masa dan ketika jika diizinkan Allah.

Rabu, Disember 04, 2013

PART 73 USA : PIER 39 SAN FRANCISCO

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH




Jarak perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco macam jarak dari selatan ke utara Tanah Melayu. Kalau ikut kiraan metrik , lebih kurang 615 km yang akan memakan masa perjalanan dalam lebih kurang 6 ke 8 jam . San Francisco sebenarnya masih terletak dalam negeri yang sama dengan Los Angeles iaitu California.Bak kata orang Melaka, "Besau" sebenarnya California ni yang meliputi persisiran pantai barat US. 

Alhamdulillah, aku berkesempatan menghabiskan masa selama 2 hari di Kota San Francisco. Kami menginap di Best Western Plus Grosvenor di 380 South Airport Blvd, South San Francisco, CA 94080. Penginapan semalam di sini lebih kurang USD 110++ dah campur tax dan fees. Tu termasuk breakfast sekali walaupun macam biasa hanya bread and butter serta telur dan buah-buahan je yang kami bisa makan. Dah naik jemu nak mamam maggi je . Muka pun dah macam maggi hehehe



jalan utama hadapan Pier 39

it's winter, pokok dah togel

Kalau dah berada di San Francisco, tak sah kalau tak ke Pier 39 yang terletak di Beach Street and The Embarcadero San Francisco, CA 94133 yang hanya lebih kurang 20 minit dari hotel. Kalau seharian sebelumnya, kami habiskan masa di Al Catraz yang terkenal dengan penjara yang menempat segala kepala penjenayah suatu ketika dulu, kini kami habiskan masa berpeleseran dan berdua-duaan  di Pier 39 pula .

Banyak sebenarnya pier kat sini, namun Pier 39 yang paling terkenal . Pier 39 punyalah besar dan memanjang. Sebenarnya banyak tarikan di sini antaranya Bay Voyager di Pier 39 Marina. Kalau sapa nak lebih adventure, bolehlah cuba Rocket Boat yang dipandu macam "setan alas" dengan kelajuan yang maksima dan tetiba sesuka kapten bot tu je koner lipat .Kat Aussie dan NZ rasanya ada benda alah ni. 

Bagi yang minat dengan hidupan laut, bolehlah beli tiket dan masuk ke Aquarium of The Bay yang memaparkan lebih kurang 20 000 hidupan laut . Kira lebih kurang macam Sea World kat Gold Coast, Australia.Harga tiket USD 21.95 untuk seorang dewasa.

Bagi yang nak tengok ikan paus pula, boleh ke San Francisco Whale Watching yang terletak di Dock A Pier 39.Tapi kena pagi sikit pasal sehari hanya ada 2 trip je iaitu jam 8.00 pagi dan 3.30 petang je. Tapi kira nasib la, kalau tak ada rezeki dari Allah, tak muncullah ikan paus tu.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan bermula dari USD 38.00 untuk California Coast Eco Tour, USD 79.00 untuk Pakej San Francisco Whale Watching Wild Life Eco Tour dan yang paling mahal USD 99.00 yang makan masa sehari suntuk jugak untuk Pakej All Day Farallon Island National History Execursion.





Macam aku katakan tadi, kami menghabiskan masa di Pier 39 ni menjelajah ke seluruh ceruknya . Cuaca yang dingin dengan tiupan angin laut memang suatu nikmat yang tak terkira dari Allah dan menyebabkan tak terasa penat . Tapi satu je, sesejuk ni cepat laparlah pulak.

Kalau dapat pekena segelas teh tarik ni, alangkah nikmatnya.

Kerana lama tak jumpa nasi , kami pun ambil keputusan untuk lunch kat Bubba Gump and Shrimp yang terletak di tingkat atas Pier 39 . Last sekali kami jumpa nasi masa kami makan kat Bubba Gump Shrimp Co di Monterey Bay , Old Fisherman Wharf.

Tapi kerana kami di sini pada cuti hujung minggu, punyalah panjang barisannya dalam 20-30 orang sebelum pintu masuk ke Bubba Gump tu. Alamak, kansel pasal kami tak mau buang masa sejam dua hanya untuk beratur je . Tak perlu risau pasal kat Pier 39 ni je, terdapat banyak restaurant yang menyajikan makanan laut , cuma tak tahu mana satu yang sedap je .





Akhirnya kami ambil keputusan untuk lunch di Restaurant Pier Market yang memang terkenal di sini yang telah beroperasi selama 30 tahun . Pembuka selera, mak itam dok order Clam Chowder yang lawannya dengan roti dengan reganya USD 6.95.Untuk hidangan utama , kami pilih Mesquite Grilled Seafood Salmon setelah puas kami belek menunya dan soal jawab dengan pelayan tentang isi kandungan bahannya . Lepas tu kami serah je pada Allah agar makanan kami terhindar dari benda2 haram dan unsur yang meragukan. Salmon tu dipanggang dengan herb butter serta dihidang dengan coleslaw dan rice garlic butter. Kalau dah tekak melayu, tak sah kalau tak jamah nasi hehehe

Sepinggan USD 19.95.Berdua makan lebih kurang USD 50.00 plus tips. Sepanjang kami di US, hanya 2 kali je kami jumpa nasi. Kebanyakkan lunch kami pekena 100% vegetarian pizza sebelum ini kalau kami berada dan menyinggah tengah jalan.

Tulah pasal, sapa suruh tak bawak portable rice cooker hahaha
Sebenarnya memang kami tak bawa pun pasal kami dah jangka , memang setiap hari kami akan berada di luar dan tak sempat nak masak hehehe

Jadi makan jelah apa yang jumpa , yang penting  halal .Insyallah.



Al Catraz Giftshop
Semua sorvenir bertema Al Catraz

tempat jual tiket Aquarium Bay
kira ni pintu masuk ke Pier 39

takde teh tarik kat sini


depa tulis sekali dalam bahasa mexico pasal
banyak mexican kat US ni yang dah jadi PR

Isnin, Disember 02, 2013

PART 72 USA : LAST PART OF DISNEYLAND PARADE


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Cuti sekolah datang lagi . Pasti ada dah merancang nak ke sana-sini samada dalam negeri atau luar negeri . Mak Itam aku dah cakap nak melawat Mickey . Tapi anak bongsu kami yang sedang menghadapi SPM yang kertas terakhirnya pada 6 Disember nanti. Dalam pada tu aku dah survey2 dan kalau nak melawat Mickey, maka Tokyo lah akan menjadi destinasi kami .

Tapi rasanya tak sempat kot pasal habis je abang SPM, nak suruh dia pegi ambil lesen kereta yang makan masa lama jugak sampai lulus . Jadi mungkin tangguh je dulu melawat Mickey .Kalau diizinkan Allah, bulan Mac 2014 masa yang sesuai dan boleh sekali tengok Sakura kembang di sana nanti.Jadi makanya, "no flight meal" hujung tahun ni .No bunyi "ding dong" yang sinonim dengan pengumuman di airport.

Sementara tu, kenalah mak itam layan dulu foto2 masa depa dok perbarisan kat Disneyland California ni untuk lepaskan rindu .




Alhamdulillah,

Allah bagi kami rezeki untuk kami melawat Mickey .Buat kali pertamanya kalau tak salah aku tahun 2002 semasa kami pi London. Masa tu anak-anak kecil lagi .Jadi suatu hari yang indah , kami berkereta dari Kota London menuju Dover menyeberangi Selat Inggeris melalui English Tunnel ke Calais , France.Satu pengalaman baru buat kami. Mulanya kami menjangkakan yang ketika melalui English Tunnel, kami akan memandu menyeberangi Selat Inggeris melalui terowong dasar laut, rupa-rupanya barisan kereta yang beratur panjang tadi akan dimuatkan dalam gerabak keretapi dan perlu melalui satu proses pemeriksaan . Setiap gerabak keretapi memuat 3 buah kereta . 

Satu pengalaman baru buat kami ketika itu.Lagi satu masa tu,mana ada budaya dan maklumat nak goggle semua benda alah tu. Tiket flight pun masa tu takda online, kena beli kat travel agen . Tiket flight pun masa tu jenis print yang berhelai2 salinan kedua dan ketiga yang perlu dikoyak satu persatu bila nak check in.

Dari Calais ke Paris pula memakan masa 2-3 jam jugak . Dengan anak kecik aku merengek pasal masih belum sesuaikan diri dengan sejuk kerana masa tu winter . Lepas tu bebudak ni lambat sesuaikan diri dengan "jetlag" .

Kami hanya menyinggah kat tempat2 menarik dalam Disneyland Paris tu mana yang sempat je kerana pukul 5.00 petang nak bertolak balik ke London semula. Namun sempatlah jugak untuk kali pertama menyaksikan Disney Parade di sana masa tu jam 3.00 ptg .

Masa tu takda DSLR macam hari ini. Jadi hanya kamera kompak menggunakan "film negative" untuk 36 keping gambar yang merakam kenangan kami di sana. 




2008 , enam tahun kemudian , masa tu anak-anak dah besar sikit. jemputan dari Mickey Hong Kong mengamit kami untuk melawatnya di sana. Disneyland Hong Kong taklah besar mana , namun kira itulah jarak terdekat dari Tanah Melayu dalam 3 jam lebih penerbangan je .

Biasalah jika Disneyland Paris, Mickeynya cakap France, maka Mickey Hong Kong pula cakap cina . Masa tu kami menginap di Disneyland Resort , jadi 2 day pass yang kami miliki menyebabkan kami ronda semua ceruk tempat  dalam Disneyland Hong Kong tu.

Mickey di California ni pula hantam cakap inggeris pula . Kalau ada Mickey di tanah arab, pasti dia cakap arab dahhhhh.

Memang Disneyland California ni besar sungguh meliputi 160 ekar keluasannya sangat menarik untuk diterokai . One Day Pass sahaja berharga USD 92.00 menjanjikan suatu suasana yang meriangkan bukan sahaja buat anak-anak, bahkan mak bapak anak pun sama turut merasainya.





Di Disneyland California berbanding dua Disneyland yang aku pernah kunjungi, kelihatan di sini ramai anak2 kecil perempuan yang dibawa oleh ibubapa mereka memakai costume seperti Cinderella membuatkan aku tersenyum . Serba lengkap dari atas kepala hinggalah ke kaki. Cara mereka berjalan jugak bak Ciderella dengan kedua tangan memegang gaun supaya tidak meleret.

Rupa-rupanya di sini terdapat sebuah studio solekan untuk anak2 yang hendak dan inginkan pengalaman tersebut yang terletak disebuah kedai yang menjual pakaian dan aksesori berkaitan. Sebaik mereka membeli baju dan aksesori yang seangkatan dengan gaya Cinderella, mereka boleh menempah terus untuk disolekkan oleh jurusolek di situ lantas mengayakan watak Cinderella sepanjang mereka berada di Disneyland.


Alhamdulillah,
Walaupun terlalu ramai pengunjung hari tu, suasana yang dingin ketika musim sejuk yang merupakan satu pemberian nikmat oleh Allah S.W.T menjadikan suasana petang ni meyaksikan Disney Winter Parade suatu pengalaman yang menghiburkan.