بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Lama sungguh tak mencoret di SCP.Komen kekawan dalam n3 terdahulu pun tak sempat nak reply. Bukan apa, hujung tahun ni, banyak kebun getah yang perlu ditoreh secara mengejut dengan notis yang diberikan singkat sekali . Alhamdulillah, rezeki penghujung tahun manakala persiapan tempahan getah ojol untuk tahun 2014 yang bakal menjelma juga perlu aku siapkan .
Penghujung tahun ni yang kebiasaannya aku akan terbang macam burung helang untuk bercuti terpaksa aku tangguhkan kerana anak bongsu aku pun "last papeeeeeer" SPM bak kata Jozan hanya tamat 6 Disember lalu.
Lepas tu sibuk pulak uruskannya untuk ambil lesen motorbot dan kereta kebal .

Penghujung tahun ini juga, usia ku menginjak setahun lagi dan menuju ke angka 47 . Suatu jangkamasa yang lama pada pandangan mata kasar namun berlalu dengan begitu pantas sekali sebenarnya . Usia ku jugak berarak perlahan-lahan seperti meniti senja nan usang dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila masanya, bila ketikanya dan bila saatnya ia akan terhenti .
Aku merenung mentari yang kian melabuhkan tirainya sambil menghela nafas dengan penuh kesyukuran atas apa yang Allah S.W.T pinjamkan dan kurniakan buat diri ku, isteri serta anak-anak dalam menikmati kehidupan di dunia yang sementara ini.
Lantas terlintas dalam benak ku, adakah bekalan yang akan dibawa nanti sudah mencukupi dan adakah segala amanah yang Allah tetapkan telah aku penuhi dan jalankan dengan sebaik mungkin. Semua itu harus difikirkan dan dihitung kerana kehidupan di alam yang satu lagi adalah kehidupan yang hakiki .

Menghirup bayu laut yang nyaman sambil merenung diri sendiri sungguh mengasyikkan. Terlalu banyak kurniaan dan nikmat yang Allah berikan dan pinjamkan . Namun hakikatnya , dunia hanya pinjaman .
Namun kehidupan yang sementara ini harus diraikan sebaik mungkin selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Lama tak menembak menyebabkan nak pickup balik skill memerlukan sedikit masa. Agaknya usia yang semakin meningkat menyebabkan daya ingatan tidak setangkas masa muda-muda dulu. Moga kalau usia dipanjangkan Allah, jangan nyanyuk menjadi teman .
Memang lama sungguh DSLR aku terperap dalam drybox dan kali terakhir menembak dalam kuantiti yang banyak untuk koleksi peribadi adalah bulan Mac lalu masa berada di Tanah Suci. Lepas tu tersadai semua peralatan tu kat dalam drybox.
Terimalah sedikit bingkisan dari ku yang tak seberapa yang sempat aku abadikan semasa "Meniti Senja Nan Usang"

Buat kak Naramas Aman (http://nota-kembara.blogspot.com) yang mahir dengan selok belok
Pulau Mutiara,jutaan terima kasih atas pelawaan untuk membawa kami sekeluarga meneroka keunikan Pulau Mutiara, namun tak sempat kerana kekangan masa dan takut menyusahkan pula.
Insyallah di lain masa dan ketika jika diizinkan Allah.

salam bapak..wahh..mai penang tak habaq pun....
BalasPadamWaalaikumsalam anak murni
Padamtulah,puas tunggu anak murni kat jeti hehehe
Lawa gambaq!
BalasPadamAlhamdulillah
Padamlama tak nembak, habis lari segala skill
Salam. Hotel mana tu? Habaq mai sat...
BalasPadamWaalaikumsalam uncle
Padameastern & oriental, lebuh farquhar
mmg tip top semuanya kat situ
Assalamualaikum Rezeki,
BalasPadamSelamat menyambut hujung tahun 2013 di Pulau Mutiara. Semoga kunjungan ke Pulau Mutiara membahagiakan Rezeki dan keluarga. Lain kali beritahulah bila nak datang...kalau saya ada di Penang, insyaAllah kita boleh berjumpa.
Waalaikumsalam kak
PadamInsyallah kak