WARGA SCP

Selasa, April 29, 2014

PART 79 USA : END OF THE JOURNEY (FLY HOME TO TANAH MELAYU AROUND 22 HOURS)

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Central Coast,Central Valley , Deserts ,Gold Country ,High Sierra ,Inland Empire , Los Angeles, North Coast, Orange County, San Diego, San Francisco Bay Area dan Shasta Cascade.

Itulah wilayah yang meliputi bumi California yang sebesar 158,302 batu persegi (410,000 km²) dengan penduduknya hampir 34 juta orang berbanding Malaysia seluas 330,436km² meliputi Sabah dan Sarawak juga dan perbezaan waktunya juga hampir 15 jam lewat dari Tanah Melayu.

Pak Menakan Shrek 
di Universal Studio LA
Lama tak jumpa, kena peluk "arab"

Riang Ria 
di Disneyland California

Disney Parade
 
Shoping 
di Desert Palm Factory Outlets

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itulah lumrah kehidupan kita yang sementara ini. Begitulah juga dengan kembara ku ke pantai barat bumi America ni yang mana hampir 1 tahun lebih juga aku nak habiskan cerita n3 kembara kami ni .

Lihatlah betapa cepatnya masa berlalu .Diam tak diam , dah setahun lebih .

Dari hanya sebuah angan-angan kosong , akhirnya kami realisasikan menjadi sebuah kenyataan dalam catatan kembara kami ini, tak lain tak bukan, hanya dengan keizinan Allah S.W.T juga. Tiada niat untuk bermegah, sekadar berkongsi catatan kembara kami.


 Hollywood

 Walk of Fame, Hollywood

Hampir 45-50k diperuntukan untuk merealisasikan impian kami ini namun ia sebenarnya tak dapat dinilaikan dengan pengalaman dan kenangan yang kami kutip sepanjang kami di sana. 9-10k terbang hanya untuk air ticket. 9-10 k lagi hanya untuk penginapan selama kami di sana manakala selebihnya untuk makan , shopping dll.

Perjalanan kami bermula di Orange County di mana Bandar Anaheim menjadi destinasi kami selama beberapa hari . Universal Studio , Disneyland serta Hollywood memberikan kami pengalaman indah dan menarik untuk kami bawa pulang.Kembali kami menjadi kanak-kanak riang semasa di situ.

Walk of Fame
Hollywood

Kota Los Angeles

Sejenak di Lake Havasu,Arizona

Bandar Los Angeles juga kami sempat jelajahi walaupun tak meliputi kesemuanya. Persekitaran Hollywood yang sering hanya dapat ditonton di kaca TV dapat kami saksikan secara "live".Dapat melihat peradaban masyarakat barat di sana yang mana yang baik dijadikan teladan dan sebaliknya dijadikan sempadan.

Kemudian kawasan Deserts menjadi destinasi kami seterusnya meliputi Palm Deserts dan Palm Springs serta Barstow dan Gurun Mojave sebelum kami mula menjelajahi pula ke Central Valley meliputi Fresno dan Bakersfield.Di Desert Palm Factory Outlet, kami mula menikmati suasana membeli-belah untuk kali pertamanya di Factory Outlets sejak menjejakkan kaki ke bumi America. Harga yang rendah dengan jenama yang terkenal serta berkualti menyebabkan hampir 4-5  jam kami di sini terasa begitu singkat.
 
Somewhere in Arizona


Flagstaff

Melewati Arizona , kami menyaksikan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa yang mana Grand Canyon menjadi santapan mata dan hati  kami dalam menyaksikan betapa berkuasanya Allah mentadbir seluruh sekalian alam . 

Las Vegas pula menjadi pilihan seterusnya kami menghabiskan masa beberapa hari . Banyak pengalaman yang kami kutip dari sana yang mana Kota Perjudian yang tak pernah tidur dan menjanjikan pelbagai janji palsu sebenarnya kepada individu yang inginkan kenikmatan di dunia semata-mata.Kami sangat bertuah diizinkan Allah sampai ke sana sedangkan ramai rakyat US sendiri tidak berpeluang ke Las Vegas. Sekali lagi 1/2 hari dihabiskan di Las Vegas Premium Outlets di mana ku borong baju dan seluar  Polo Ralph Lauren dan Lacoste   buat stok 2-3 tahun . 

Around Route 66

Rancho Mirage , Palm Springs

Khazanah Allah di Grand Canyon



Sorvenir Shop

Kami juga berkesempatan menjelajahi Central Coast meliputi Monterrey . Melewati Gilroy, macam biasa apabila USD bertukar tangan lagi di Gilroy Factory Outlets.

Sempat merasai keenakkan makanan laut di Monterrey Bay sebelum bertandang pula ke San Francisco pula selama beberapa hari. Pengalaman menjejakkan kaki ke Al Catraz merupakan pengalaman yang berharga . Meredah Selat San Francisco ke Al Catraz dalam kedinginan sungguh mendamaikan.

Midnigt at Vegas

 Nightlife At Freemont Street, Vegas

Things To Do at Vegas
Bergambar Di Mercu Tanda Las Vegas

Shopping di Ceasars Palace


Ceasars Palace Arcade

Venetian , Las Vegas Like Venice


Sejenak di Barstow Station

Destinasi terakhir kami sebelum 'end of the journey" adalah kota San Francisco. Penerbangan pulang dari San Francisco International Airport dengan Cathy Pacific pada pukul 11.00 malam waktu Amerika Barat  .

Bagasi besar kami dari dua buah sebelum ini dah bertambah menjadi tiga tidak termasuk dua hand luggage  dan dua beg sandang. Bagasi besar setiap seorang 23 kg sebanyak 2 beg seorang tak menjadi masalah bagi kami kerana kuota yang digunakan hanya 3 dari 4 yang dibenarkan. Yang menjadi masalah adalah hand luggage yang dibenarkan 8kg satu beg sahaja. Kedua2 bag terlebih sedikit dalam 2-3 kg kerana dalam tu adalah himpunan bag tangan  yang dipesan yang sengaja aku jadikan hand luggage untuk meminimunkan nanti risiko beg dibuka dan barangan diambil oleh pekerja2 yang tak jujur di KLIA nanti .

Shopping di Barstow Factory Outlets

From Vegas to Fresno

Casa de Fruita


Our Breakfast at Park Inn by Raddison at Fresno

Grand Continental, Old Fisherman Wharf, San Francisco
Tapi pegawai wanita bertugas berbangsa Chinese America di kaunter tiket agak kekwat malam itu dan tak mau bertolak ansur walaupun kuota keseluruhan untuk bagasi kami sebanyak 108 KG untuk 2 orang masih tersisa hampir 20 KG lagi. Ia tetap tidak membenarkan handluggage kami dibawa masuk kerana terlebih hanya 2 KG dari 8KG yang sepatutnya . 

Akhirnya sebuah handluggage terpaksa "check in" sekali dengan bagasi besar . Lalu bergegas ke kaunter "wrapping" lalu dibalut dengan plastik sebagai langkah pencegahan dan keselamatan dan dapat dikesan sekiranya bagasi cuba "dipecah masuk" nanti setibanya di KLIA nanti. Tawakkal kepada Allah setelah melakukan ikhtiar yang sepatutnya kerana banyak kes seumpama itu berlaku terutamanya penerbangan masuk ke KLIA dari bumi US.

Lunch di Bubba Gump and Shrimp
Old Fisherman Wharf
San Francisco

Suasana
Old Fisherman Wharf
San Francisco


Fresno to San Francisco


Lukisan Alam

Shopping di Gilroy Factory Outlets

Boarding pass dah dapat , maka langkah seterusnya melepasi pemeriksaan ketat mereka sebelum memasuki dalam lapangan terbang. Tiada pegawai dan kaunter imigresen di semua pintu keluar di bumi US berbanding pintu masuk . Masa masuk sahaja pasport dicop serta sekeping kad putih kemasukan yang dicop dan perlu disimpan dengan baik sekali dan bila nak keluar, hanya kad putih tu sahaja yang mesti diberikan kepada pegawai syarikat penerbangan tadi sebagai bukti keluar. 

Itulah sebabnya mereka menapis dengan melakukan tapisan yang begitu ketat sekali bagi orang luar yang nak masuk ke negara mereka waima pelancong kerana negara mereka terlalu besar dan kalau dah masuk, kita boleh "ghaib" begitu sahaja .

Satu pengalaman baru. Sekiranya kita tak menyerahkan kad putih kemasukan tersebut, bermaksud mereka mengganggap kita tak keluar lagi dari bumi US kerana kad putih tu tadilah sebagai bukti yang kita telah meninggalkan bumi US. Sebagai panduan, sekiranya kita dah pun terbang pulang dan sampai ke tanah air, katakanlah kita terlupa menyerahkan kad putih tadi sebelum terbang pulang dari bumi US, maka kita mestilah menyerahkan kad putih tadi kepada pihak Kedutaan US di negara kita. Kalau tak berbuat demikian, akan menimbulkan masalah besar kelak bila kita memasuki bumi US di masa akan datang.

 Monterrey Bay

Old Fisherman Wharf

Membelah San Francisco ketika gerimis

Tram nadi utama San Francisco

This Is Larkin
Luaskan Kuasa Mu Johor

Al Catraz kami datang

Menuju Puncak Al Catraz 
Cruisse di San Francisco

Sejenak di Golden Gate San Francisco

Berbalik proses semasa pemeriksaan  ketat tadi, memang masa yang panjang diambil hinggakan seorang pegawai mereka berkata yang nasib tidak menyebelahi kami tiba di sini ketika terlalu ramai penumpang yang hendak berbuat demikian sambil dia tertawa.  Bagi lelaki habis semua kena bukak termasuk kasut, talipinggang serta jam tangan dan apa sahaja dalam poket termasuklah duit siling.Senang cerita hanya pakaian sahaja yang ada pada tangan. Komputer riba yang dibawa pula perlu dihidupkan dihadapan mereka .Orang rumah aku sangkut sekejap kerana alatan xray mereka mengesan sesuatu yang aneh berbentuk cecair dalam handbag yang dibawa. Puas depa selongkar, rupa-rupanya sebutir gula-gula yang hampir mencair menjadi puncanya . Kemudian perlu masuk ke sebuah kebuk dan angkat kedua tangan ke atas untuk tujuan xray badan pula. Aku tak kena kerana akibat dah panjang sangat barisan, maka sebuah lorong yang ditutup sejak tadi dibuka dan mereka hanya melakukan pemeriksaan ke atas badan secara meraba pula hahaha

Memang ketat pemeriksaan mereka sebelum menaiki kapalterbang dan itulah yang sepatutnya sebagai langkah2 keselamatan .Dah selesai semuanya sementara nak tunggu bording dalam 2 jam lagi, terpaksalah cari tempat2 kosong dan tersembunyi sikit dari pandangan orang utk selesaikan apa yang wajib. Jamak Taakir Magrib Isyak buat kali terakhir di bumi America .

 Santapan Tengahari di Pier 39, San Francisco

Ronda-Ronda Pekan San Francisco

Last Evening In San Francisco
Kedinginan Bumi San Francisco

View From Boeing 777-300
US to Hong Kong

Mentari Merah di Ufuk Barat

Terbang pulang juga dengan Boeing 777-300 . Penerbangan yang biasa memakan masa 14jam 15 minit ke Hong Kong dijangka lebih lama hampir 16-17 jam kerana menggunakan route jauh sikit ke utara dulu menuju kutub utara ke Alaska dan merentas sebahagian Siberia sebelum belok ke Hong Kong.Ia digelar "Polar Route". Kalau semasa "Cold War" dulu antara America dengan Russia, mereka tak dibenarkan langsung menggunakan route ini kerana ia dulu sebagai "buffer zone" antara Soviet Union dengan America Utara.

Aku dah tak peduli mana dia nak ikut terbang pasal aku dah set dalam kepala aku nak tidur dan rehat sementara nak set kembali nanti ikut masa Tanah Melayu nanti untuk mengelakkan jetlag.

Cuma yang aku perasan, semasa ia merentasi kawasan North Pole, keadaan dalam flight terlalu sejuk dan dingin sekali . Kerana terbang malam, suasana dalam flight agak senyap sikit kerana memasing melayan tidur je. Kerana kepenatan dan tidur je, aku tak terasa sangat lamanya walaupun sebenarnya bontot aku berlabuh atas seat berejam-jam . Dua jam nak tiba Hong Kong, aku dah bangun. Terasa puas sangat tidur dan rasa dah segar setelah banyak tenaga dihabiskan semasa meranjau bumi America.

Lepak sambil berdiri kat pintu belakang ekor kapalterbang sambil tegakkan semua urat-urat .  Pagi tiba di HKIA kira plus (+) sehari . Transit sekejap je dalam sejam lebih. Sempat sarapan pagi kat McD di airport yang terpampang sijil halal.Tukar pula flight lebih kecil ke Airbus 330 untuk penerbangan seterusnya ke KLIA dalam hampir 3 jam lebih sebelum mendarat .

Mengira jarak masa dari kami berlepas bermula di San Francisco - Hong Kong - Kuala Lumpur memakan masa hampir 22 jam juga.

Selamat mendarat dan semua bagasi aku cukup tanpa cacat cela. "Coin Long Term Parking" yang aku simpan bebaik dikeluarkan untuk membayar parking beratus ringgit jugak ikut hari .Kalau tak silap aku untuk minimum 4 hari pertama RM 144.00 dan RM15.00 setiap hari berikutnya. 

View From Airbus 330
Hong Kong to Tanah Melayu


Maka masalah yang tak diduga timbul kerana dah lama sangat tinggalkan bumi Tanah Melayu, aku dah terlupa yang aku parking kat mana motor roda tiga aku. Dah tiga kali kami pusing di situ tapi tak jumpa. Lalu terpaksa kami berundur ingatkan kembali setiap detik yang berlaku masa kami memula sampai di KLIA dan blok serta tingkat mana kami parking masa tu. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jugak . Lain kali kalau nak parking lama kat sini, sepatutnya aku kena snap sekeping dua gambar blok mana dan tingkat mana aku parking, insyallah tak lupa.

Sebelum start motor, doa dan bismillah dulu kerana takut tak boleh hidup pasal lama sangat tinggalkan . Takut bateri "kong". 

Alhamdulillah.
Berakhir sudah sebuah mimpi menjadi kenyataan . Hasrat untuk menjejakkan kaki ke bumi Amerika yang dulunya tak pernah aku rencanakan telah menjadi kenyataan hanya beberapa bulan sebelum kami ke sana bermula dari langkah pertama semasa mengisi permohonan visa secara atas talian .

Visa kami kelas B2/B3 laku dalam tempoh 10 tahun hanya akan berakhir tahun 2022 .Tak tahulah bila lagi Allah akan izinkan kami ke sana nanti .

Adakah kami merasa puas dalam kembara ini. 

Jawapan aku YA.

ALHAMDULILLAH 

 THE END

Isnin, April 21, 2014

INDAHNYA DHUHA DI BLACK WATER

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Dah hampir berbelas tahun rasanya aku tak ke sini. Itulah pekan Black Water a.k.a Air Hitam yang terkenal dengan tembikar dan pasu bunga serta sayur-sayuran suatu ketika dulu. Terkenang aku berbelas tahun dahulu apabila aku menaiki bas untuk ke JB, pasti bas akan singgah di pekan ni untuk seketika .

Kemudian berkejaran deretan penjual sayur-sayuran mendekati kita untuk menjual hasil tanaman mereka yang segar terus dari ladang. 

Semasa lebuh raya PLUS belum siap, pekan Air Hitam "hidup" dan "meriah" kerana ia merupakan tempat perhentian atau R and R tak rasmi yang menjadi pilihan pemandu untuk berhenti dalam perjalanan ke Johor Bahru. Kalau hari raya, pekan ini terlalu sibuk dengan kenderaan hinggakan 2-3 jam masa diambil hanya untuk melepasi lampu isyarat di persimpangan besar samada hendak ke Kluang atau ke Batu Pahat atau ke Johor Bahru.

Namun kini semua tinggal kenangan.


Alhamdulillah

Tempohari , kami menjejakkan kaki lagi di bumi Air Hitam . Singgah sebentar di Masjid Jamek Air Hitam atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ibrahim. Masjid ini tersergam indah dan gagah di atas bukit .Permandangan pekan Air Hitam dapat dilihat jelas dari sini.

Ternyata suasana pagi begitu indah di sini tanpa hiruk-pikuk begitu menenangkan . Usai selesai urusan di sini, menuju terus ke destinasi tujuan utamanya hantar "son of gun" aku ke IPG Batu Pahat untuk ujian bertulis dan ujian kecergasan bagi pengambilan baru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mana setahun untuk persediaan manakala 4 tahun lagi baru untuk mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama  4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti.  



Sebenarnya kami memberikan kebebasan untuk anak2 kami memilih sendiri bidang yang mereka minati . Sebagai ibu bapa, kami hanya memberi panduan dan galakan sahaja. "Son of Gun" aku lebih berminat untuk mengikut pengajian peringkat ijazah dalam bidang undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan islam kerana ia lepasan SMK Agama . 

Jadi pilihan pertama, kedua dan ketiga semasa mengisi UPU tempohari adalah berkaitan dengan bidang undang-undang. Sementara keputusan UPU belum keluar lagi, maka mencuba rezeki dulu untuk menduduki ujian kelayakan  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ni dulu.

Kita sebenarnya tak tahu rezeki yang Allah akan tentukan buat kita. Mana satu nanti yang Allah S.W.T tetapkan, itulah nanti yang akan menentukan hala tujunya nanti buat 4-5 tahun yang akan datang.

Selebihnya nanti, biar ketentuan Allah yang menentukan.

Insyallah.

Isnin, April 14, 2014

PICNIC KAT LARKIN MASA JDT VS PKNS

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 barisan panjang kat kaunter tiket

Suasana meriah pagi jumaat lepas di hadapan Stadium Larkin . Kalau sebelum ini , perlawanan yang selalunya pada hari sabtu telah diubah ke hari Jumaat. Aku dalam pukul 7 lebih dah sampai ke sana. 

Aku suruh son off gun aku pi beratur ambil tempat dulu . Hampir 8.30 , kelihatan van JMF yang membawa tiket tiba di sana. Sekarang penjualan tiket diambil alih oleh JMF kerana katanya sebelum ini terdapat banyak kelemahan dalam sistem penjualan tiket hinggakan ulat2 tiket bermaharaja lela .


 padang macam sawah krn hujan lebat
seronok tengok burung reramai dok berkubang
 
9 pagi kaunter dibuka. Tiket untuk grandstand hanya boleh dibeli sebanyak 2 keping sahaja bagi seorang individu. Aku dengan anak aku , maka 4 keping tiket menjadi milik kami sekeluarga. Dalam pukul 9.20 pagi selepas kaunter dibuka, kami dah dapat tiket yang kami inginkan.

Suasana penjualan tiket pagi tu sungguh teratur dengan pengawasan anggota polis bertugas . Kalau semua boleh ikut peraturan dan beratur, insyallah semua berjalan lancar. Kerana hari jumaat , kaunter tiket akan ditutup pada pukul 12.00 tgh dan hanya akan dibuka jam 3.00 petang sekiranya tiket masih berbaki.

Tiket dah dapat, maka  berdesup balik ke HC. Sempat singgah Econsave beli roti, telur dan mayonis serta air kotak. Aku suruh bini aku buat sandwich telur . Boleh kami picnic dan makan2 nanti kat stadium sementara game bermula nanti.

sebahagian anggota polis bertugas

pakcik jaga padang dok cucuk tanah
agar air yang bergenang dok meresap ke dalam



 kerana hujan lebat
Larkin petang ni lambat penuh

4 petang lebih sikit kami dah bertolak dari HC. Macam biasa asar di Masjid Kem PULADA kat Tiram sebelum terus ke stadium. Keluar awal dari rumah pasal keadaan lalu lintas sekarang area JB tak boleh nak jangka pasal banyak sangat persimpangan utama sana sini yang depa tengah bina hinggakan keadaan trafic tak bergerak . Nanti kalau lambat sampai stadium , kena parking jauh sangat.

Masa aku keluar, guruh dan berdentum serta hujan renyai.Rupanya kat area JB lebat sungguh hinggakan padang permainan malam ni macam sawah bergenang air.Alhamdulillah, sampai je stadium, hujan dah teduh . 
 

Hampir pukul 6.00 ptg ,kami dah masuk stadium .Macam biasa , beg kena periksa . Botol air mineral tak boleh bawak pasal selalunya botol tu akan terbang melayang bagi sesetengah penonton yang terlalu fanatik dan marah apabila berlaku ssesuatu insiden kat dalam stadium.

Aku cari tempat duduk strategik untuk menikmati perlawanan dengan lebih jelas dan paling penting senang nak keluar masuk bila masuk magrib nanti. Sambil lepak2, maka kami picniclah dengan sandwich yang dibawa. Kalau sapa tak bawak makan,jangan risau.Kat dalam stadium ada jual Pizza Hut dengan KFC .

Sambil aku makan, terperasan muka yang aku kenali. 

Laaaaaaa

Rupanya salah sorang imam Masjid Jamek HC turut berada di situ dengan anak isterinya untuk menyaksikan perlawanan malam nanti.Sporting betul imam ni dan dia peminat bola jugak rupanya macam aku.

Wan Jamak coach PKNS
ramai dok marah dia
pasal hari tu masa seri dgn JDT kat Shah Alam
kenyataan yang dikeluarkan agak bongkak

sessi warmup
jangan melepas je bang


8.45 malam game mula. Minit ke dua ,JDT  dah dapat gol akibat pertahanan PKNS tertanduk ke gol sendiri. Permainan bertambah rancak sampailah wisel penamat . Paling syok 20 minit terakhir lepas Pablo Aimar yang kita tahu pemain "world class" masuk .Lihat dia gentel 4-5 orang pertahanan PKNS saja je . Tak terjaga mereka. Tu sebabnya Aimar selalu jadi mangsa terjahan permain lawan dan pengadil kita pulak jenis lemau hehehe

Sebenarnya malam tu JDT boleh menang besar dengan 5-6 gol. Tapi apakan daya pasal pertahanan dan pemain PKNS berkampung dengan gol dan banyak dapat selamatkan bola yang nak masuk. Istilah bola kata depa dok "parking bas" depan gol . Mana nak masuk.

Aku rasa bukan aku je yang rasa puas game JDT malam tu, semua penonton pun pasti puas hati walaupun hanya 1 gol memisahkan dengan PKNS. Yang penting menang dan dapat 3 mata.Penyokong JDT dahagakan kemenangan kerana berturut2 asyik seri je.

Itulah masalah JDT sekarang ni kerana setiap pasukan yang mereka lawan pasti akan mengamalkan corak bertahan depan gol sebegitu untuk mengelakkan tewas besar kerana semua tahu yang pemain JDT hampir semuanya adalah pemain yang mewakili negara serta pemain importnya pula "world class"

Good Bye Larkin.
Insyallah Jumaat ni JDT lawan T Team ,kami sampai lagi untuk picnic bersama lagi jika diizinkan Allah.

Insyallah