WARGA SCP

Selasa, Julai 27, 2010

ROAD TO AFRIKA : PUSAT BANDAR MIDLAND MEANDERS


ALHAMDULILLAH

Kami menyinggah ke pusat bandar Midland Meanders yang tak besar sangat, tapi menghimpunkan banyak outlet di sini. Ia terletak di tengah2 4 persimpangan utama di Midland Meanders.

Di sini aman je rasa, tiada kesibukan. Cuaca pulak mmg sangat baik.

Bak kata orang putih "what's a lovely day"




cafe kat luar penuh pengunjung

Sempat juga kami menjenguk beberapa buah outlets di sini sambil melihat aktiviti perniagaan yg mereka jalankan. Semua barangan tersusun rapi dan kemas serta berwarna-warni pembungkusannya . Aku tak lepaskan peluang merakamkan beberapa foto di dalamnya.

Apa yang menarik, semua barangan yang dijual adalah buatan sendiri dan home made .

pelbagai jem "home made"








segala jenis atuk nenek kopi "home made"










Suasana kat persekitaran tak sibuk di waktu tengahari ni . kami cuma beli sikit makan nak buat ngunyap2 dan capuchino. Lepas tu lepak kat bangku kat luar sambil menjemurkan diri dan memanaskan badan dan menikmati keindahan alam dgn memerhatikan daun2 pokok yang mula bertukar wajah dan warna .

Sungguh indah , kalau tetiap2 hari boleh beginikan besttttt.




Isnin, Julai 26, 2010

ROAD TO AFRIKA : OH NONA KU AJIJAH OH NONA KU ZIRAFAH

ALHAMDULILLAH

Pak Itam hari ni nak jadi R Azmi jap

WAJAH KAMU YANG CANTIK
BULU MATA YANG LENTIK
KAKI KAMU YANG PANJANG
LEHER KAMU YANG JINJANG

MEMBUATKAN HATI SEMUA TERTAWAN

OH NONA KU AJIJAH

opssss salah

OH NONA KU ZIRAFAH

baru betul hehe




aku mmg kagum melihat binatang ni, dengan badannya yang tegap serta tinggi dan lehernya yang jinjang , dicipta Allah swt di muka bumi ini tentu bersebab.

Sebutan zirafah adalah di dalam Bahasa Melayu. Manakala di dalam Arab perkataan Zirafah disebut dengan ZARAFAH atau ZURAFAH. Bahasa cina disebut JILAPAH, bahasa Zulu ZIE, kalau siapa nama ZIE , mesti lehernya jinjang mcm zirafah hehehe

Sebutan berbeza, namun haiwannya sama.

Mengikut kajian , lidah zirafah sepanjang 21 inci yang membolehkan dia membersihkan telinganya sendiri , kalau tak dah kena suruh org lain korekkan dan bersihkan telinganya pakai cotton buds.

Zirafah jantan pula boleh mencapai ketinggian dari 4-6 meter (16 kaki-24 kaki) dengan berat sekitar 900 kg. Zirafah hanya ada 2 spesis je iaitu Spesis Okapi dan Zirafah.

Apa yang menarik berkaitan nona ajijah ni ialah apabila nak minum, dia terpaksa mengangkangkan kakinya dan melutut, kalau tak, tak dapat minum.

Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

lihat betul2
terdapat seekor burung yang mmg suka hinggap kat atas kepala zirafah
rupa2nya burung ni akan memakan hama, kutu dan sekutunya
yang berada kat atas kepala zirafah ni
kalau lihat dgn mata kasar mcm takde apa2 pun
tapi sebaliknya inilah salah satu yangAllah nak tunjukkan
bahawa diciptanya burung tu dan suka buat aktiviti tu
sebenarnya bersebab



Kalau nak kaji cik ajijah ni 40 hari 40 malam tak habis, bagaimana Allah menciptanya dengan begitu teliti sekali.

Lihatlah , banyak rahsia tersembunyi sebenarnya dalam ciptaan Allah terhadap cik ajijah a.k.a zirafah ini .

BETAPA HEBAT CIPTAAN ALLAH

Terdapat lebih kurang 874 ekor zirafah kat umpolozi safari ni yang berkeliaran dan nasib ku agak baik ketika berada di sini kerana aku bertemu hampir 10 ekor di tempat yang berlainan di sini.















Sabtu, Julai 24, 2010

ROAD TO AFRIKA : ZEBRA SLIDING AT UMPOLOZI



ALHAMDULILLAH

Kalau kat negara kita, kita bisa bertemu dgn zebra crossing ni kat jalan2 utama di bandar2 je. Kat rumah aku tepi hutan ni langsung takde zebra crossing, tapi pig crossing banyak le hehehe
selalu melintas kat belakang rumah aku ni


Aku kekadang terfikir juga, kenapa kawasan melintas jalan di panggil Zebra Crossing???
Tapi lepas aku melihat sendiri haiwan yang bernama Zebra ni yang begitu menyerlah keanggunan dan keunikkan belangnya, aku mendapat jawapannya iaitu supaya pemandu jalan raya lagi jauh lagi dah nampak tanda dan sign tu adalah untuk kemudahan pengguna jalanraya melintas,

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

kat negara kita tanda tu hanya tinggal tanda jelah, kalau kita tengah melintas , mau dihonnya kita kuat2

Itulah sikap segelintir pemandu di negara kita , apa nak buat MALAYSIA BOLEH hehehe

Aku walaupun bekas seorang pemandu F1 yang dah pencen dengan pasukan biskut cipsmore , tapi insyallah jika aku jumpa zebra crossing ni kalau aku memandu , aku akan memperlahankan kenderaan dan biarkan mereka tu lepas dulu, tapi yang buat aku hangin bila pemandu belakang yang aku rasa otaknya kat bontot agaknya pulak hon aku hehehehe

macam aku cakap tadi MALAYSIA BOLEH hehehe

Seringkali aku mengembara ke negara orang , rata2 aku temui pemandu mereka sungguh berhemah terutama dikalangan warga barat. Kat SA ni pun aku tengok pemandu mereka berhemah

tapi kalau kita tengok kat negara arab jelah, tak payah jauh, di Makkah je, masyallah pemandu mereka , brutal serta brutus

kekadang rasa malu pulak pasal kalau kat Makkah tu mesti 100% islam, tapi bila pegang stereng , hilang ciri2 keislaman seperti yang dianjurkan

rasa2 tulah sebab, kat Makkah terutama keliling Masjidil Haram, aku rasanya tak pernah jumpa Zebra Crossing ni hehehe

Sekian nasihat ku buat kali ini kepada semua pemandu2 di Malaysia,
aku menyeru diri ku dan kita semua agar sentiasa mengamalkan sikap bersopan santun dijalan raya, jangan jadi sesetengah orang tu , lembut orangnya, cakap pun nadanya perlahan , lps solat wiridnya panjang ,

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

bila dapat stereng kereta , hilang semua kelembutan dan ciri2 keislaman dan dialah Raja Jalanan

semoga khutbah aku hari ni sentiasa memberi kesedaran utk diri ku dan kita semua , selagi kita bernama manusia, kita mesti saling ingat mengingati perkara yang baik antara satu sama lain

jom layan Zebra Sliding yang sebenar-benarnya yang aku temui
kenapa aku panggil ZEBRA SLIDING

pasal dia lalu lalang kat tepi kenderaan aku, mcm pintu sliding yg kat rumah

zebra ni lesen besar tau,

dia boleh lintas ikut suka dia kat safari ni

lihat betapa cantiknya Allah ciptakan Zebra ini berbelang2 , kalau Allah cipta dia kotak2 coraknya, mungkin dah lain panggilannya

Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya

ALLAHUAKBAR




tu zebra tgh sliding kat tepi aku






* kak chik, cilok jgn tak cilok hehehe