WARGA SCP

Sabtu, Julai 24, 2010

ROAD TO AFRIKA : ZEBRA SLIDING AT UMPOLOZI



ALHAMDULILLAH

Kalau kat negara kita, kita bisa bertemu dgn zebra crossing ni kat jalan2 utama di bandar2 je. Kat rumah aku tepi hutan ni langsung takde zebra crossing, tapi pig crossing banyak le hehehe
selalu melintas kat belakang rumah aku ni


Aku kekadang terfikir juga, kenapa kawasan melintas jalan di panggil Zebra Crossing???
Tapi lepas aku melihat sendiri haiwan yang bernama Zebra ni yang begitu menyerlah keanggunan dan keunikkan belangnya, aku mendapat jawapannya iaitu supaya pemandu jalan raya lagi jauh lagi dah nampak tanda dan sign tu adalah untuk kemudahan pengguna jalanraya melintas,

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

kat negara kita tanda tu hanya tinggal tanda jelah, kalau kita tengah melintas , mau dihonnya kita kuat2

Itulah sikap segelintir pemandu di negara kita , apa nak buat MALAYSIA BOLEH hehehe

Aku walaupun bekas seorang pemandu F1 yang dah pencen dengan pasukan biskut cipsmore , tapi insyallah jika aku jumpa zebra crossing ni kalau aku memandu , aku akan memperlahankan kenderaan dan biarkan mereka tu lepas dulu, tapi yang buat aku hangin bila pemandu belakang yang aku rasa otaknya kat bontot agaknya pulak hon aku hehehehe

macam aku cakap tadi MALAYSIA BOLEH hehehe

Seringkali aku mengembara ke negara orang , rata2 aku temui pemandu mereka sungguh berhemah terutama dikalangan warga barat. Kat SA ni pun aku tengok pemandu mereka berhemah

tapi kalau kita tengok kat negara arab jelah, tak payah jauh, di Makkah je, masyallah pemandu mereka , brutal serta brutus

kekadang rasa malu pulak pasal kalau kat Makkah tu mesti 100% islam, tapi bila pegang stereng , hilang ciri2 keislaman seperti yang dianjurkan

rasa2 tulah sebab, kat Makkah terutama keliling Masjidil Haram, aku rasanya tak pernah jumpa Zebra Crossing ni hehehe

Sekian nasihat ku buat kali ini kepada semua pemandu2 di Malaysia,
aku menyeru diri ku dan kita semua agar sentiasa mengamalkan sikap bersopan santun dijalan raya, jangan jadi sesetengah orang tu , lembut orangnya, cakap pun nadanya perlahan , lps solat wiridnya panjang ,

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

bila dapat stereng kereta , hilang semua kelembutan dan ciri2 keislaman dan dialah Raja Jalanan

semoga khutbah aku hari ni sentiasa memberi kesedaran utk diri ku dan kita semua , selagi kita bernama manusia, kita mesti saling ingat mengingati perkara yang baik antara satu sama lain

jom layan Zebra Sliding yang sebenar-benarnya yang aku temui
kenapa aku panggil ZEBRA SLIDING

pasal dia lalu lalang kat tepi kenderaan aku, mcm pintu sliding yg kat rumah

zebra ni lesen besar tau,

dia boleh lintas ikut suka dia kat safari ni

lihat betapa cantiknya Allah ciptakan Zebra ini berbelang2 , kalau Allah cipta dia kotak2 coraknya, mungkin dah lain panggilannya

Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya

ALLAHUAKBAR




tu zebra tgh sliding kat tepi aku






* kak chik, cilok jgn tak cilok hehehe

16 ulasan:

  1. Salaam Pak Itam,

    waaaooowww!!! berbelang mata hitam ku tengok gambor zebra yang cantik2 belako ni! yay! TQ Pak Itam! Kak chiq dah cilok dah... dah gantung pun kat umah.. (tapi gantung 1 jer, yg lain simpan dalam hdd...heh.)

    Ya, marilah kita bersopan-santun di jalan raya. Contohilah kuda belang, nak melintas pun dia bagi dulu isyarat dengan ekornya...hehehe.

    Soalan cepumas : Kuda belang adalah sejenis kuda hitam berbelang putih ataupun kuda putih berbelang hitam?
    Jawab jangan tak jawab! ;)

    VpeaceV

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    TQ for sharing...

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Pak itam,

    ..Optical Illusion
    nampak segalanya dengan benar di depan mata.. belang-belang Zebra yang dicipta Illahi.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Cantik belang dia... Allah maha kuasa mencipta kelainan pd setiap haiwan yg ada.

    BalasPadam
  5. salam CR,

    Bukan kat Saudi je mereka brutal n britus, kat Cairo lagi semacam. bukan brutus lagi tapi bebrutus brutus

    BalasPadam
  6. aik...tak balik2 lagi?

    BalasPadam
  7. cantik gambar2 haiwan yg 'dihidangkan' pak itam. tentu lebeh cantik bila dinikmati didepan mata :)

    blakang rumah pak itam bnyk pig crossing? takut lah terlanggar, kena sertu kereta :)

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJulai 25, 2010

    Salam pak itam..

    thanks for sharing...

    dah mantop gambor2 sekarang.. bila nak outing sama2 lagi. jom pulau ujung bulan ni :)

    BalasPadam
  9. salam kak chik

    sebenarnya kuda belang tu asal belang kuning merah, tapi krn luntur dek panas , jadi hitam putih hehehehe

    BalasPadam
  10. salam kak nab

    welcome

    BalasPadam
  11. salam cikgu nadz

    tapi tak pernah nampak org tunggang kuda belang hehehe

    BalasPadam
  12. salam ibu

    byk rahsia alam pada haiwan sebenarnya

    BalasPadam
  13. salam az

    tu berbrutus melitus hehehe

    BalasPadam
  14. salam uncle

    sambung spi WC 2014 brazilia hehe

    BalasPadam
  15. salam mampir

    blkg umah hutan hehehehehe

    BalasPadam
  16. salam bung nazir

    belum boleh confirmkan lagi nak pegi psl hari ahad petang jam 4, dah kena hantar anak ke asrama semula, takut ahad tu terkejar2 dan feri pulak buat hal hehehe

    naya hehehe

    BalasPadam