WARGA SCP

Isnin, Julai 26, 2010

ROAD TO AFRIKA : OH NONA KU AJIJAH OH NONA KU ZIRAFAH

ALHAMDULILLAH

Pak Itam hari ni nak jadi R Azmi jap

WAJAH KAMU YANG CANTIK
BULU MATA YANG LENTIK
KAKI KAMU YANG PANJANG
LEHER KAMU YANG JINJANG

MEMBUATKAN HATI SEMUA TERTAWAN

OH NONA KU AJIJAH

opssss salah

OH NONA KU ZIRAFAH

baru betul hehe




aku mmg kagum melihat binatang ni, dengan badannya yang tegap serta tinggi dan lehernya yang jinjang , dicipta Allah swt di muka bumi ini tentu bersebab.

Sebutan zirafah adalah di dalam Bahasa Melayu. Manakala di dalam Arab perkataan Zirafah disebut dengan ZARAFAH atau ZURAFAH. Bahasa cina disebut JILAPAH, bahasa Zulu ZIE, kalau siapa nama ZIE , mesti lehernya jinjang mcm zirafah hehehe

Sebutan berbeza, namun haiwannya sama.

Mengikut kajian , lidah zirafah sepanjang 21 inci yang membolehkan dia membersihkan telinganya sendiri , kalau tak dah kena suruh org lain korekkan dan bersihkan telinganya pakai cotton buds.

Zirafah jantan pula boleh mencapai ketinggian dari 4-6 meter (16 kaki-24 kaki) dengan berat sekitar 900 kg. Zirafah hanya ada 2 spesis je iaitu Spesis Okapi dan Zirafah.

Apa yang menarik berkaitan nona ajijah ni ialah apabila nak minum, dia terpaksa mengangkangkan kakinya dan melutut, kalau tak, tak dapat minum.

Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

lihat betul2
terdapat seekor burung yang mmg suka hinggap kat atas kepala zirafah
rupa2nya burung ni akan memakan hama, kutu dan sekutunya
yang berada kat atas kepala zirafah ni
kalau lihat dgn mata kasar mcm takde apa2 pun
tapi sebaliknya inilah salah satu yangAllah nak tunjukkan
bahawa diciptanya burung tu dan suka buat aktiviti tu
sebenarnya bersebab



Kalau nak kaji cik ajijah ni 40 hari 40 malam tak habis, bagaimana Allah menciptanya dengan begitu teliti sekali.

Lihatlah , banyak rahsia tersembunyi sebenarnya dalam ciptaan Allah terhadap cik ajijah a.k.a zirafah ini .

BETAPA HEBAT CIPTAAN ALLAH

Terdapat lebih kurang 874 ekor zirafah kat umpolozi safari ni yang berkeliaran dan nasib ku agak baik ketika berada di sini kerana aku bertemu hampir 10 ekor di tempat yang berlainan di sini.















16 ulasan:

  1. salam CR,

    lagu ajijah tu ciptaan r azmi rupanya yer

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Pandai pulak senyum si ajijah ni bila tau Pak Itam nak ambik gambar dia.

    BalasPadam
  3. Salam pak itam..

    Cantik rupa Ziraf ni...berhemah dia tunduk tu...cam bersujud aar...

    BalasPadam
  4. Salaam Pak Itam.

    Ayu. Anggun. Mata menggoda.

    Manyak cun orr itu amoi jilapah... gua manyak suka!

    VpeaceV

    BalasPadam
  5. salam ,

    wahhh, bestnya ... 'live' animals depan mata .... zirafah memang cantik , bergaya anggun je saya suka .

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    Info yang menarik dan tk kerana berkongsi cerita dan info pasal zirafah ni.

    Berkali2 pandang mata zirafah dan mata unta seakan sama, alis mata lentik dan macam senyum je selalu

    BalasPadam
  7. Salam Pak Tam,
    I appreciate with de gift. Thanx so much!!!....
    My Preciousssss.....!!!!!!

    BalasPadam
  8. salam pak itam

    rindu nak datang sini..tapi kalau datang sini tak tahu nak balik..banyak sangat tarikan magnetnya...ha ha ...ooo ada orang tu dapat ole-ole...ok BHS punya intan berlian afrika ada bawak balik dak ha ha ha....kata murah aje...gurau arr...

    kim salam sama mak itam...teringin nak tengok koleksi mak itam la...boleh la ya mak itam, nak tengok je, BHS suka nor , mak itam ya...mmmm...

    BalasPadam
  9. salam az

    hehehe

    yg nyanyi r azmi dan p lamlee hehehe

    BalasPadam
  10. salam ibu

    saya kenyit mata dgn jilapah ni hehe

    BalasPadam
  11. salam shami

    rahsia haiwan banyak , dpt lihat melalui pemerhatian je

    BalasPadam
  12. salam ka chik

    saya suka tgk bulu matanya yg lentik hehe

    BalasPadam
  13. salam kak ina

    mmg best tgk live

    gelagat mrk menghiburkan hati

    BalasPadam
  14. salam rosli

    mmg mata dia mcm mata unta , bulu mata yg lentik

    BalasPadam
  15. salam bhs

    kalau dtg tak tahu nak balik, kena ikat tali kat pinggang heheheheheh

    berlian bhs besar sgt , jadi pak itam tinggalkan dulu kat kaki gunung hehehe

    BalasPadam