Hari ni bapak nak kongsi pengalaman debaran seorang bergelar lelaki.
Sebenarnya ada 3 debaran yang perlu dilalui oleh serang bergelar lelaki ,
Tiga2 bapak dah laluinya, tapi ada lelaki yang baru lalui debaran pertama je, ada yang pertama dan kedua
apa debarannya
1. Ketika nak berkhatan (sib baik sekali je, tak tahulah kalau ada yg berkhatan sampai 10 kali )
2. Ketika nak lafaz akad nikah (insyalllah sekali je )
3. ketika menunggu saat2 kelahiran anak tak kiralah berapa banyak anak
Tapi kali ni bapak nak cerita debaran yang ke 3
Masih segar dalam ingatan , masa tu kebetulan kami di KL , masa tu tanda2 kelahiran dah semakin menjelma, air ketuban dan keluar. Apa tu air ketuban, bapak tak tahu. Orang kata air ketuban, air ketuban la hehehe
Bapak masa tu kelam kelibut dan dah mula pucat juga, ialah pertama kali dalam hidup.
Tanpa berlengah lagi bapak terus start enjin kereta sirico bapak dan menuju ke Hospital Universiti . Setiba di sana , isteri bapak terus di masukkan kedalam wad bersalin, masa tu orang lelaki tak boleh masuk dan kena tunggu kat luar. Jam kalau tak salah bapak baru pukul 11.00 pagi .
Bapak ingat jam2 tu juga terus bersalin, rupanya doktor kata baru bukak beberapa sentimeter je. Bapak anggukkan je pasal, bapak yang cetek ilmu perbidanan ni manalah tahu semua tu. Nak kena tunggu sampai 10 cm rasanya .Mesti doktor tu bawak pembaris panjang masa nak ukur, entah2 siap bawak siku L dengan timbang air lagi. Ingatkan tukang kayu je yg bawak alatan tu hehehehehe
Saat menunggu merupakan saat yang paling mencemaskan dalam hidup ku . Debarannya Allah sahaja yang tahu. Macam2 muncul dalam fikiran. Manakan tidak, saat melahirkan anak merupakan saat yg getir bagi seorang ibu yang menyabung nyawa .
Lagi mencemaskan dan mendebarkan bila terdengar jeritan dan lolongan dari seorang wanita sampai boleh dengar sampai keluar wad
"ayoooo paaaaaaaaaaaaaa, ayoooo maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"kecoh betul, masa kawin tak ingat sakit ,
nak bersalin pulak "ayo paaa, ayo maaaa"
selipar putus pun kecoh, nak bersalin pun kecoh
dahlah bapak sedang tension ni kat luar berdebar2.Makin tak keruan lah rasanya.
Sebelah petang dan malam pula tiada tanda2 isteri bapak nak melahirkan anak lagi.
Masa tu ada beberapa orang lelaki yang bergelar suami yang duduk menunggu bersama2 bapak di situ sambil duduk di bangku kayu .Tiada perbualan, tiada senyuman dan tiada sapaan antara kami. Masing2 muka semacam je, senyum tidak , manis tidak ,masam tidak
semua kira muka tensionlah
Yang pasti semua dalam saat debaran tak terucap dengan luahan perkataan
hanya wajah yang dapat mengambarkan keresahan di hati
Lebih kurang pukul 12.00 tgh malam, terdengar
"nguek,nguek,nguek"dari dalam wad, masing2 dah cemas pasal anak sapalah tu yang baru dilahirkan.
Nurse pun keluar sambil memanggil nama suami ,
"Dollah bin Ketam"lega dan gumbiranya Dollah ketika itu terpancar di wajahnya macam seketul batu yang sangat besar sebesar burung garuda terlepas dari atas kepala.
Aku ..... bila lagi lah, seminit dirasakan sehari , sejam dirasakan setahun
Pukul 3.00 pagi sekali lagi terdengar tangisan seorang bayi
"Ahmad bin Albab"panggil nurse menjemput si bapa ke dalam wad .
Bapak bertambah resah kerana ketika itu menjadi peraturan bahawa sang suami tidak boleh berada di dalam wad bersalin .
Bapak terus resah, semua yang dibuat tak kena. Duduk salah, berdiri salah, mencangkung salah dan penantian bapak akhirnya terjawab hampir pukul 4 pagi juga bila nurse memanggil nama bapak,
"Bapak bin Itam"Dalam keadaan kepenatan dan mamai kerana tak melelapkan mata walau seminit pun, bapak meluru ke katil isteri ku dan menyambut kelahiran puteri sulung bapak . Mengazan dan meniqamahkan ditelinga nya .
Masa tu bapak memandang isteri bapak dengan perasaan belas dan kasih kerana kalau bapak yang tak tidur ni kepenatan, dia yang bertarung nyawa sepanjang hari untuk melahirkan seorang anak pasti tak tertanggung debaran dan kesakitannya.Debaran menunggu hampir 15 jam berakhir kini.
Tiada ucapan yang layak untuk diberikan buat seorang isteri kerana melahirkan seorang anak merupakan suatu pengorbanan yang tak ternilai dan terlalu besar.
Untuk debaran anak kedua lagi hebat kerana bapak sendiri berada bersama2 isteri ku menunggu saat2 kelahiran dari mula hingga selamat dilahirkan. Nanti kalau rajin bapak cerita.
kenanglah pengorbanan seorang isteri mengandung 9 bulan 10 hari dan melahirkan seorang anak sedangkan kita lelaki hanya merasakan debarannya tapi isteri yang merasakan kesakitan dan keperitannya
bapak tahu ada antara kalian yg senyum2 sambil baca karangan bapak ni
tapi semua cerita benar yang mewarnai hidup bapak
pengalaman menjadi bapak ketika usia muda
tentu kalian juga telah pernah mengharunginya
Sekian cerita bapak buat kali ini hehehe