WARGA SCP

Isnin, Oktober 18, 2010

KAMBING BOBOK PANGGANG

diperap dgn ramuan sehingga sebati

ALHAMDULILLAH,

Aku dulu dibesarkan dipersekitaran kampung semasa di muar dulu. Cakaplah parit mana aku tak redah. Bukan aku main air parit , tapi parit2 kat muar dulukan sangat sinonim dan setiap parit ada kampungnya. Macam Kg Parit Raja, Kg Parit Sakai , Kg Parit Jawa dan banyak lagi.

Rakan2 sepermainan ku ramai yang tinggal di kawasan parit2 ni. Jadi dari situ aku terdedah dengan corak kehidupan seharian mereka.

Dan yang menjadi perhatian ku ada aktiviti mereka menternak kambing. Kambing yang dibela adalah dari baka kambing kampung . Bukan mcm sekarang ni yang terdapat pelbagai spesis kambing.

Masa tu yang aku tahu hanyalah kambing bobok je. Kambing bobok ni ialah kambing jantan yang besar dan buahnya juga besar , kekadang sebesar buah kelapa muda . Kira kambing bobok ni ialah hero dan menjadi pujaan di kalangan kambing2 betina .
Lagi besar buahnya,lagi tinggi sahamnya dikalangan betina.

Aku cukup takut dengan kambing bobok ni pasal dia suka menanduk bontot orang hehehe

panggang dalam oven lebih kurang 7 minit
kalau 7 jam , mau tinggal abu je hehehe


Kebetulan petang sabtu semalam , aku ajak mak itam pi JB , jalan-jalan, makan-makan . Sambil tu aku nak beli daging kambing, kerana lama aku tak makan kambing panggang ni. Kebetulan anak kerawit dalam kandungan meronta2 , mengidam nak makan.

Cari2 kambing bobok takde, yang ada kambing australia. Tu pun tinggal sikit yang telah dipek dan pilihan tak banyak. Hanya tinggal Lamb Shoulder.

Semalam kami jadikan hidangan tengahari kami . Mak itam pun siapkan segala ramuan rempah ratus bahannya untuk diperap seketika . Dah siap, set oven dalam 7 minit ,
kami menikmati keenakkan lamb chop ni dengan mee hoon sebagai pengganti nasi

Selepas makan terus mengembeklah kami,

beeeeeeeeeeeek,
beeeeeeeeeeeek,
beeeeeeeeeeeek,


kalau makan kambing bobok pula,
tentu terus membobok ,
boooooooook,
boooooooook,

mana tak besar .............


sedia untuk dimakan "half cook"
kalau nak "well done"
panggang lama sikit lagi
ikut cita rasa sendirilah

14 ulasan:

  1. Salam pak itam..

    Geli hati baca n3 ni...ader pulak nama kambing bobok..hihih..

    Ala pak itam..jom singgai mai rawang...pekena kambing panggang shami2...boleh kenal dari dekat...pak itam ngan mak itam...jugak...

    BalasPadam
  2. Salam Pak Hitam,

    Hehehe baru pertama kali dengar kambing bobok... Dok terfikir2 cam mana ropenya... selama nie dok kenal KAMBINGGG jer... :)

    BalasPadam
  3. Wah...memang menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Ibu baru tau ada kambing bobok. Kalau cakap ganu `bobok' tu lemas dlm air, hehehe

    BalasPadam
  5. salam pak itam...

    kak nab gelak nih....hahahahaha

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum CR...

    macam2 idea kuar kat N3 nie ,ha ha ha

    hubby ummi pun asal usul dia dr parit Jawa gak...(lahir di sana)

    BalasPadam
  7. Salam

    Kambing bobok tu rupanya mcm kambing gurun ke?

    Makan panggang ni mmg baik utk kesihatan tapi tak pening ke mkn daging kambing? ~

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam shami

    pak itam selalu mai kedai shami , tapi kat alam maya je hehehe
    insyallah , satu hari kami sampai

    kambing bobok mmg ada tau hehehe

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam tikah

    ada tau bobok tu

    rupenya rupe kambing la heheh
    janggut panjang, tanduk besar melengkung hehehe

    BalasPadam
  10. zmah

    alhamdulillah, tak cukup heheheh

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam ibu

    kambing bobok buat baka hehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak nab

    gelak hilangkan tension tau hehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak umi

    ooo org parit jawa hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam manje

    pandai manje, lebih kurang dgn kambing gurun

    pak itam tak pening, yang pening kambing tu hehehe

    BalasPadam